Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR di R&R PLUS – 1 Oktober-15 Disember 2025
Auto Terkini

Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR di R&R PLUS – 1 Oktober-15 Disember 2025

Han OthmanBy Han Othman24/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025

PENGGUNA Lebuhraya PLUS kini berpeluang menikmati lebih daripada sekadar perjalanan lancar.

Kini dengan kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober – 15 Disember 2025, setiap transaksi tanpa tunai di hentian Rehat & Rawat (R&R) bukan saja memudahkan urusan, tetapi memberi peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM200,000!

Cara Sertai: Mudah, Praktikal

Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna lebuh raya dengan hanya perlu berbelanja minimum RM30 di gerai-gerai R&R PLUS terpilih sepanjang  tempoh penyertaan. Resit boleh digabungkan daripada pelbagai kedai yang menjadikan ia lebih fleksibel untuk penyertaan.

Kaedah pembayaran yang layak adalah:

  • Kad MyDebit (melalui terminal MPay, NTT dan Pine Labs), atau;
  • DuitNow QR Dinamik (melalui terminal NTT dan Pine Labs, atau terminal MPay yang berkenaan)

Setiap resit pembelian bernilai RM30 adalah bersamaan satu (1) penyertaan, dan tiada had penyertaan. Ini bermakna, semakin banyak transaksi, semakin tinggi peluang untuk menang.

Kenapa Bayaran Tanpa Tunai (Cashless) Lebih Berbaloi?

Kempen ini bukan sekadar mengenai hadiah, tetapi juga menggalakkan gaya hidup digital yang lebih mudah dan selamat.

Dengan pembayaran tanpa tunai, anda tidak perlu risau lagi mengenai baki tunai, urusan duit kecil atau menunggu lama di kaunter. Ini kerana semuanya lebih pantas, bersih dan praktikal yang sesuai untuk pengguna lebuh raya yang sering singgah makan, isi minyak atau membeli keperluan.

Selain itu, pengguna boleh berbelanja dengan rasa yakin dan selamat kerana setiap transaksi melalui MyDebit dan DuitNow QR adalah dilindungi sistem perbankan yang selamat dan telus.

Peluang Menang Hadiah Lumayan

Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025

Dengan hadiah keseluruhan melebihi RM200,000, kempen ini menjanjikan ganjaran besar kepada peserta bertuah. Daripada barangan eksklusif hingga baucar menarik, peluang terbuka luas kepada semua yang konsisten berbelanja tanpa tunai di R&R.

Berikut adalah senarai hadiah-hadiah ditawarkan:

  • Hadiah Utama – Perodua Alza 1.5H x 1
  • Hadiah Kedua – Baucar petrol setahun x 10
  • Hadiah Ketiga -Samsung Galaxy Flip 7  x 3
  • Saguhati – Samsung Galaxy Tab x 10
  • Hadian Bulanan – Baucar petrol RM300 x 200 dan RM200 x 200

Sokong Aspirasi Pendigitalan Ekonomi

Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025

Inisiatif ini adalah kerjasama strategik untuk menyokong aspirasi negara ke arah pendigitalan ekonomi dan memperkukuh gaya hidup tanpa tunai. Ia juga membuktikan setiap perbelanjaan harian mampu memberi pulangan berbaloi, sama ada dalam bentuk kemudahan, keselamatan atau hadiah lumayan.

Jadi jika anda berhenti di R&R sepanjang 1 Oktober hingga 15 Disember 2025, jangan lepaskan peluang dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini:

  • Bayar guna kad MyDebit atau DuitNow QR dengan belanja minimum RM30 dalam sehari
  • Imbas kod QR atau WhatsApp di +6019-9309305
  • Isi dan hantar maklumat berserta resit (imbas kod QR dalam poster di atas)

Kemudian tunggu saja kerana anda mungkin salah seorang pemenang bertuah!

Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Kempen Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR bermula 1 Oktober - 15 Disember 2025
Auto Terkini Belanja dan Menang Bersama MyDebit dan DuitNow QR DuitNow QR Labuhraya PLUS MyDebit
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

25/03/2026
Auto Terkini

JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

25/03/2026
Auto Terkini

Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

25/03/2026
Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
Auto Terkini

MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

24/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

By Han Othman06/02/20192
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
Auto Terkini

Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

By Syafie24/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.