Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Beginilah Proses Kerusi Kereta Diuji, 700 Kali Keluar-Masuk Sehari!
Auto Terkini

Beginilah Proses Kerusi Kereta Diuji, 700 Kali Keluar-Masuk Sehari!

Abang HirataBy Abang Hirata01/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA aspek penting sebelum membuat keputusan membeli sesebuah kereta ialah kerusi. Walaupun tahap keselesaan seseorang individu itu subjektif, tetapi ia mesti mempunyai satu poin yang membawa kepada satu kesimpulan – selesa.

Pembinaan kerusi kereta moden sekarang semakin rumit. Selain keselesaan, faktor yang perlu diambil kira ialah keselamatan. Jika kerusi kereta dahulu hanya untuk menyokong badan atau hentakan ketika kemalangan (whiplash), kerusi kereta hari ini pula diisi dengan beg udara di sisi.

Selain itu, kerusi kereta hari ini juga perlu dilengkapkan dengan pautan ISOFIX untuk pemasangan kerusi bayi dan kanak-kanak yang betul. Salah perkiraan akan menjejaskan ujian kemalangan dan reputasi jenama pengeluar itu sendiri. Bagi memastikan kerusi kereta kekal selesa dan kukuh selepas bertahun-tahun lama, jurutera bahagian itu perlu melakukan pelbagai ujian.

BACA >>> Jenis Material Kulit untuk Kemasan Dalaman Kereta yang Perlu Anda Tahu

Pusat Teknikal SEAT

Misalnya, pasukan jurutera SEAT di bahagian Pusat Teknikal melakukan beberapa ujian utama sebelum melepasi barisan pengeluaran.

Berikut 5 fasa ujian paling berat dalam tempoh tiga tahun pembangunan kerusi kereta.

1. MASUK DAN KELUAR 700 KALI SEHARI!

Pengguna jenis apakah yang tergolong dalam kategori ini? Mustahil wujud. Tetapi itulah jumlah ujian dilakukan penguji profesional lelaki dan wanita dalam pelbagai saiz dan badan. Jumlah dilakukan itu ialah sebanyak 6,000 kali selama seminggu.

Penguji turut mengulang semula tindakan itu 700 kali sehari sebagai simulasi apa yang bakal dilalui kerusi sepanjang tempoh 5 tahun. Penguji juga memakai jeans dengan butang dan pin (rivet) poket belakang atau jahitan bagi memastikan ketahanan fabrik dan busa/span.

2. TAHAN GOSOKAN ATAU GESERAN

Ujian gosokan ini dilakukan di dalam makmal dengan simulasi badan seberat 75 kg. Sepanjang tiga minggu, mesin membuat ujian sebanyak 22,000 kitaran geseran, 24 jam sehari dengan simulasi pergerakan harian oleh pengguna yang mempunyai berat lebih daripada 100 kg.

Ujian ini adalah untuk mengkaji prestasi kerusi dan menilai sama ada ia mempunyai rupa dan bentuk yang sama seperti awalnya.

3. DIGONCANG 300,000KM DALAM KEADAAN EKSTREM

Dalam ujian ini, kereta akan digoyangkan kuat dalam kebuk untuk simulasi pemanduan atas permukaan jalan tidak rata. Ujian dilakukan 225 jam, atau bersamaan penggunaan hingga 300,000 km.

Ujian sama juga dilakukan dengan membiarkan kereta daripada suhu 80°C hingga -35°C. Penilaian dibuat dalam tiga fasa, iaitu sebelum, semasa dan selepas bagi memastikan karakteristik kerusi tidak berubah dan rosak.

4. SUHU DINAIKKAN 40°C DARIPADA TAKAT BEKU


Dalam kebuk bersuhu -20°C, jurutera akan menganalisis prestasi kerusi yang dipanaskan. Kajian ini menggunakan model SEAT Arona dan dibuat untuk kerusi yang mempunyai fungsi pemanas.

Analisis dibuat menggunakan kamera termografik bagi memastikan suhu yang selesa dicapai dalam tempoh tiga minit dan kemudian meningkat kepada 40°C, 15 minit berikutnya. Pemetaan kawasan panas akan menunjukkan sebaran panas diagihkan kepada keseluruhan permukaan dan memberikan keselesaan kepada pemandu.

BACA >>> Leon Generasi Ke-3 Jadi Model Paling Laris dalam Sejarah Seat!

5. DUDUK DENGAN BETUL

Cara duduk yang ideal juga ada kaedah tepat. Pasukan jurutera akan mengukur 20 poin rujukan utama pada kerusi bagi memastikan kedudukan badan yang betul, jarak perehat kepala atau sudut tulang peha. Aspek paling utama ialah posisi pinggul yang diukur menggunakan laser, dan posisi perehat kepala yang penting untuk keselamatan pemandu dan penumpang.

Berdasarkan pengiraan ergonomik, jurutera SEAT seperti Javier García dan pasukannya yang menumpukan aspek pembuatan dan kualiti kerusi dapat memastikan kedudukan pemandu kekal selesa dan selamat.

Sekarang kita lihat klip video penuh proses ujian kerusi kereta tersebut:

GALERI
Auto Terkini autotainment Kerusi Kerusi Kereta Seat SEAT Arona SEAT Technical Centre Tempat Duduk Ujian Kerusi Kereta
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Formula Satu

#Formula12026: Red Bull Racing Dedah Liveri Baharu Jentera RB22

19/01/2026
Roda2

#MotoGP2026 Aprilia Racing Dedah Livery Musim Ini

19/01/2026
Mercedes-Benz CLA Electric 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-Benz CLA 2026 Serba Baharu – EV Kompak Premium Tayang di Malaysia

19/01/2026
MAHB
Auto Terkini

MAHB Catat 104.4 Juta Penumpang Sepanjang 2025!

19/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.