PENGGUNA lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal berikutan penutupan sementara beberapa Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di bawah seliaan PLUS Malaysia Berhad bagi tujuan aktiviti pembersihan menyeluruh.
Dalam pengumuman rasmi, penutupan itu akan dilaksanakan berperingkat melibatkan beberapa lokasi R&R terpilih di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dengan setiap penutupan berlangsung jam 8 pagi hingga 3 petang mengikut tarikh ditetapkan.
Senarai RnR Terlibat, Jadual Penutupan
Berikut lokasi RnR yang terlibat berserta tarikh dan arah laluan:
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara): 20 Januari 2025 / 8 pagi – 3 petang
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan): 21 Januari 2025 / 8 pagi – 3 petang
- Hentian Sebelah Ladang Bikam (Arah Selatan):22 Januari 2025 / 8 pagi – 3 petang
- Hentian Sebelah Ladang Bikam (Arah Utara): 27 Januari 2025 / 8 pagi – 3 petang
- Hentian Sebelah Tanjung Malim (Arah Utara): 28 Januari 2025 / 8 pagi – 3 petang
Stesen Minyak Kekal Operasi
PLUS memaklumkan stesen minyak di kawasan R&R terlibat akan terus beroperasi seperti biasa bagi membolehkan pengguna lebuh raya mengisi bahan api walaupun kemudahan rehat ditutup sementara.
Kerja pembersihan itu dilaksanakan bagi memastikan tahap kebersihan, keselesaan dan keselamatan pengguna sentiasa berada pada tahap terbaik, khususnya menjelang peningkatan trafik perjalanan jarak jauh.
Nasihat Kepada Pengguna Lebuh Raya
Pengguna dinasihatkan:
- Merancang hentian rehat lebih awal
- Menggunakan R&R alternatif berdekatan
- Mematuhi papan tanda dan arahan keselamatan
Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi PLUS, aplikasi PLUS App, atau menghubungi PLUSLine 1800-88-0000. Pandu cermat dan semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi.
SUMBER: FBPlusMalaysia








