Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Beberapa Lokasi di Lebuhraya Pan Borneo Sabah Berisiko Tinggi Kemalangan Musim Perayaan
Auto Terkini

Beberapa Lokasi di Lebuhraya Pan Borneo Sabah Berisiko Tinggi Kemalangan Musim Perayaan

SyafieBy Syafie25/03/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA lokasi sepanjang pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan, terutama jika pengguna jalan raya tidak berhati-hati.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, walaupun tiada lokasi khas dikategorikan sebagai ‘lokasi panas’, pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati ketika melalui kawasan sedang dalam pembinaan, seperti laluan dari Ranau ke Pos Kawalan Semporna-Tawau dan kawasan Kota Kinabalu ke Bulatan Berungis.

Shahelmy menjelaskan, kerja pembinaan di bahu jalan yang sedang dijalankan dapat menambah cabaran kepada pengguna.

Antara kawasan terlibat dalam pembinaan ialah Pakej WP6, WP7, dan WP8, yang melibatkan pemasangan pengadang had laju di bahu jalan. Malah, kawasan Benoni, Papar, juga masih dalam pembinaan dan memerlukan perhatian lebih daripada pengguna jalan raya.

Mengulas lanjut, beliau menekankan kepentingan mematuhi had laju ditetapkan di kawasan pembinaan. Pematuhan kepada papan tanda had laju penting bagi mengelakkan risiko kemalangan yang boleh berlaku akibat kelalaian atau kelajuan berlebihan.

Shahelmey turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama kontraktor memastikan laluan trafik lancar dan selesa, terutama pada musim perayaan yang sering menghadapi kesesakan.

Shahelmey turut mengingatkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, Kota Kinabalu mencatatkan 1,500 kes kemalangan, termasuk 15 kes maut.

Justeru Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Ramadan dan Aidilfitri diadakan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih peka dan berhati-hati, terutama di kawasan berisiko tinggi.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Hari Raya Aidilfitri 2025 Kementerian Kerja Raya (KKR) Lebuhraya Pan Borneo (LPB)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.