Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bateri Nissan LEAF Diguna Semula untuk Kuasakan Lapangan Terbang Terbesar Itali
Auto Terkini

Bateri Nissan LEAF Diguna Semula untuk Kuasakan Lapangan Terbang Terbesar Itali

Abang HirataBy Abang Hirata22/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bateri EV Nissan LEAF guna di lapangan terbang Itali
ANTARA isu dibangkitkan mengenai kenderaan elektrifikasi adalah ke mana pergi semua bateri selepas ditukar baharu?

Adakah dibiarkan di tapak pelupusan sampah atau bagaimana? Isu ini bukan baharu kerana penduduk dunia sudah sedia hidup dengan barangan elektrik yang sudah wujud kaedah pengurusannya.

Inisiatif Pioneer untuk Lapangan Terbang Emisi Sifar 2030

Bateri Nissan LEAF kuasakan lapangan terbang Fiumicino, Rom, Itali.

Jawapannya, bateri BEV memang boleh diguna semula. Ini dibuktikan Nissan menerusi sumbangan kepada Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) termaju di Lapangan Terbang Fiumicino, yang juga hab pengangkutan antarabangsa terbesar di Itali.

Inisiatif dinamakan Pioneer itu, dibiayai Dana Inovasi Kesatuan Eropah (EU), adalah sebahagian sasaran Lapangan Terbang Rom (ADR) untuk mencapai emisi sifar bersih menjelang 2030.

Projek ini menunjukkan potensi besar teknologi EV yang sudah tamat tempoh penggunaan, yang boleh terus membekalkan tenaga bersih dan fleksibel, jauh selepas peranan asalnya dalam kenderaan.

Bagaimanakah Bateri LEAF Kuasakan Lapangan Terbang?

Bateri Nissan LEAF kuasakan lapangan terbang Fiumicino, Rom, Itali.
Bateri Nissan LEAF kuasakan lapangan terbang Fiumicino, Rom, Itali.

Secara keseluruhan, BESS Pioneer mampu menyimpan tenaga elektrik hingga 10MWj. Nissan membekalkan 84 unit bateri Nissan LEAF kitaran kedua yang menyumbang 2.1MWj kepada sistem penyimpanan tenaga itu.

Semua bateri itu kemudian disatukan penyepadu sistem, Loccioni yang bertanggungjawab menyelaraskan ke dalam Sistem Penyimpanan Tenaga milik Enel.

Projek Pioneer tersebu digandingkan dengan Ladang Suria gergasi yang mempunyai 55,000 panel solar yang mampu menjana tenaga boleh diperbaharui 31GWj setiap tahun, dan memastikan bekalan kuasa bersih konsisten untuk terminal lapangan terbang, selain perkhidmatan fleksibel untuk grid lapangan terbang itu sendiri.

Bateri LEAF buna semula itu adalah generasi ketiga (30kWj) dan generasi keempat (40kWj), yang diperoleh daripada kenderaan dengan perbatuan tinggi dan pulangan waranti.

Setiap satu sudah melalui proses kelayakan semula ketat supaya memenuhi piawaian keselamatan dan prestasi tinggi. Nissan meramalkan bateri kitaran kedua itu dapat berfungsi lebih enam hingga tujuh tahun di lapangan terbang, walaupun digunakan setiap hari.

Komitmen Nissan Terhadap Kelestarian

Bateri Nissan LEAF kuasakan lapangan terbang Fiumicino, Rom, Itali.
Bateri Nissan LEAF kuasakan lapangan terbang Fiumicino, Rom, Itali.

Pengarah Tenaga Nissan bagi rantau Afrika, Timur Tengah, India, Eropah dan Oceania (AMIEO), Soufiane El Khomri berkata;

Projek ini bukan saja membuktikan kebolehlaksanaan jangka panjang bateri EV yang diguna semula dalam persekitaran mencabar, tetapi juga menggariskan komitmen Nissan terhadap pengurusan bateri akhir hayat yang mampan.”

Pasukan Nissan terlibat secara langsung dalam setiap aspek, dari penyepaduan teknikal bateri kitaran kedua ke dalam BESS, simulasi jangka hayat bateri, hingga menyediakan jaminan prestasi dalam sistem baharu.

Sebaik saja bateri tersebut mencapai penghujung hayat penggunaan, Nissan bertanggungjawab penuh untuk mengitar semula.

Nissan Bukan Pemain Baharu dalam Bateri Guna Semula

Sistem Masuk-Keluar (EES) Melilla, Sepanyol
EES Melilla
EES Nomadic Lab, Itali
EES Nomadic Lab

Nissan bukan baru dalam bidang tersebut dan mempunyai rekod kejayaan kerjasama dengan Loccioni dan pembekal tenaga, Enel.

Projek penyimpanan tenaga serupa seperti Sistem Masuk-Keluar (EES) Melilla di Sepanyol dan EES Nomadic Lab di Itali membuktikan keberkesanan dan reliabiliti teknologi bateri kitaran kedua Nissan dalam menyediakan solusi tenaga boleh diperbaharui yang stabil.

El Khomri berkata;

Kami mengubah potensi sisa menjadi aset tenaga berharga. Strategi guna semula bukan saja menyokong projek industri skala besar seperti Lapangan Terbang Fiumicino milik Aeroporti di Roma, tetapi juga menunjukkan potensi digunakan di rumah seperti sandaran ketika gangguan bekalan elektrik.”

“Ketika kami terus meningkatkan penggunaan semula dan kitar semula bateri, kami terus memperkukuh misi lebih luas ke arah masa depan lebih bersih dan cekap tenaga.”

Logo Loccioni

Presiden dan pengasas Loccioni, Enrico Loccioni berkata;

Dengan Pioneer, kami membina jambatan antara dua dunia dalam perjalanan ke arah nyah karbon: tenaga dan mobiliti.

“Inti utama yang sentiasa kekal adalah kualiti: kualiti insan, kualiti projek, dan kualiti inovasi. Ini juga boleh disebut sebagai kelestarian.”

Auto Terkini bateri EV Bateri Guna Semula Lapangan Terbang Fiumicino Nissan Nissan LEAF
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.