Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Baru 5 Minit Dibuka! Tiket Bas Balik Raya Ke Kelantan Terus ‘Licin’
Auto Terkini

Baru 5 Minit Dibuka! Tiket Bas Balik Raya Ke Kelantan Terus ‘Licin’

SyafieBy Syafie25/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TIKET bas ekspres untuk perjalanan balik raya ke Kelantan sempena Aidilfitri habis dijual dalam tempoh hanya lima minit selepas mula dibuka pada 15 Februari lalu.

Pengendali pengangkutan awam, Queen Express, mendedahkan lebih 3,000 tempat duduk bagi perjalanan dari Lembah Klang ke Kota Bharu untuk tarikh 17 hingga 19 Mac sudah ‘licin’ dalam tempoh singkat itu.

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Suffian Daud berkata, permintaan luar biasa itu membuktikan sambutan tinggi perantau Kelantan yang mahu pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Tiada Bas Tambahan Disediakan

Menurut beliau, pihaknya tidak menyediakan perkhidmatan bas tambahan sepanjang musim perayaan kali ini.

Setakat ini, Queen Express mempunyai:

  • 46 buah bas
  • Melibatkan 7 destinasi perjalanan (kecuali Johor)
  • Dikendalikan 90 pemandu berusia antara 30 hingga 60 tahun

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima pengiktirafan Sijil Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang disampaikan oleh Ketua AADK Kota Bharu.

Rebutan Setiap Tahun

Fenomena tiket bas ke Kelantan habis terjual dalam masa singkat bukan perkara baharu.

Setiap kali menjelang Aidilfitri, tiket perjalanan pulang ke negeri Serambi Makkah itu ibarat ‘pisang goreng panas’, khususnya bagi anak-anak Kelantan yang bekerja di Lembah Klang.

Lonjakan permintaan saban tahun turut menyaksikan pertambahan syarikat pengendali bas ekspres bagi menampung keperluan penumpang.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Bas Balik Kelantan Hari Raya Aidilfitri 2026 Queen Express
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

25/02/2026
Auto Terkini

Chery Serah Tiggo Cross HEV kepada Pemenang Cabutan Bertuah!

25/02/2026
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Terkorban Dihempap ‘Bucket’ Jengkaut

25/02/2026
Auto Terkini

F-16 Turkiye Terbabas Ketika Penerbangan Malam, Juruterbang Terkorban

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.