Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bampar Jatuh Gagalkan Misi Budak 12 Tahun Pandu Kereta Jelajah Australia
Auto Terkini

Bampar Jatuh Gagalkan Misi Budak 12 Tahun Pandu Kereta Jelajah Australia

Han OthmanBy Han Othman09/05/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG budak berusia 12 tahun gagal melengkapkan misi memandu solo merentas pedalaman Australia apabila terbabit kemalangan hingga menyebabkan bampar terseret sebelum disedari dan ditahan polis peronda lebuh raya. Itupun selepas dia sudah keluar mengembara sejauh 1,300km!

Menurut Australian Associated Press, budak lelaki tersebut cuba melakukan pengembaraan epik sejauh 4,000km dari Kendall dalam negeri New South Wales (NSW) hingga ke ibu kota Perth di Western Australia. Bagaimanapun cubaannya itu terkandas di Broken Hill dekat barat jauh NSW pada pagi Sabtu, 22 April lalu.

How a 12-year-old boy avoided capture as he tried to drive solo across Australia in family car: https://t.co/pl6tz1b2mY #7News pic.twitter.com/Qu3m6GVgLK

— 7News Yahoo7 (@Y7News) April 24, 2017

Inspektor Penyiasat, Kim Fehon berkata, operasi mencari cuma dilakukan sebaik saja polis menerima laporan daripada keluarga mangsa yang mendakwa suspek hilang dengan kereta. Menurut Fehon, suspek ditahan apabila pasukan peronda polis terperasan kelibat sebuah kereta dipandu dalam keadaan bampar terseret atas jalan.


Walaupun ada kalangan netizen memuji aksi berani tersebut, tetapi tindakan suspek itu, yang bakal berdepan dakwaan di bawah Akta Pesalah Muda, tidak sepatutnya dipuji.

“Budak itu bukan hanya membahayakan diri sendiri, tetapi juga orang lain. Dia bernasib baik kerana terselamat (selepas kemalangan). Ini termasuk semua pengguna jalan raya lain sepanjang Kendall hingga Cobar, semua mereka bernasib baik,” kata Fehon lagi.

SUMBER: Esquire.co.uk

Australia Auto Terkini Broken Hill budak 12 tahun memandu 1300km budak 12 tahun pandu kereta Kendall Perth polis peronda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.