• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Baki Zainal Kongsi Pengalaman Miliki, Pandu Isuzu DMax X-Terrain 3.0L (2021)

Baki Zainal Kongsi Pengalaman Miliki, Pandu Isuzu DMax X-Terrain 3.0L (2021)

October 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

18.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TRAK pikap moden hari ini sudah melalui fasa inovasi termaju dan tidak lagi dilihat sebagai kenderaan pengangkut yang digunakan golongan peniaga, peladang atau kontraktor binaan.

Evolusi trak pikap seperti Isuzu DMax sudah berkembang maju dan diminati ramai golongan muda, tanpa mengira sama ada eksekutif bandar atau selebriti. Inilah sebahagian gaya hidup moden.

Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -29
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -3

Antara individu yang memilih trak pikap Isuzu sebagai mod pengangkutan ialah Baki Zainal, pengacara dan penyampai berbakat, yang juga petah berbicara dalam bahasa Cina. Beliau ialah pemilik DMax X-Terrain 3.0L (2021).

Ketika Abang Gan menziarahi Baki Zainal yang sedang bersiap-sedia melakukan kerja amal menggunakan DMax X-Terrain 3.0L, ada beberapa perkara menarik diceritakan pengacara popular itu mengenai trak pikap tersebut:

EKSTERIOR MODEN

Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -24
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -27
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -26
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -25

Sudah tentu, selain praktikaliti, Baki memilih sebuah kenderaan yang ada rupa eksterior moden dan sedap mata memandang sesuai dengan gaya beliau sebagai sebagai seorang selebriti dengan gaya hidup aktif.

BANYAK CIRI MEWAH

Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -21
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -22
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -23
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -20
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -19
Isuzu D-Max X-Terrain 2021 -16

Menjengah ruang kabin DMax X-Terrain 3.0L, jelas terserlah sentuhan mewah seperti balutan material kulit coklat, kerusi selesa, dan unit infotainmen skrin sentuh 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Trak pikap ini juga didatangkan dengan ciri penghidup enjin dan penyaman udara secara kunci kawalan jauh.

PENJIMATAN BAHAN API LUAR BIASA

Isuzu mendakwa DMax mencatatkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya. Dengan enjin 3.0L, trak pikap ini menawarkan jarak pemanduan hingga 800km dalam satu isian penuh tangki.

SISTEM KESELAMATAN TERBAIK

DMax X-Teerain 3.0L juga datang dengan sistem keselamatan lengkap seperti ciri bantuan pemanduan dan keselamatan bagi melancarkan pemanduan dalam sebarang kondisi seperti cuaca hujan atau situasi mencemaskan menerusi teknologi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 3.0.

Ciri paling digemari Baki Zainal ialah Rempuhan Multi Brek (Multi-Brake Collision, MBC) yang berfungsi membantu mengurangkan impak atau risiko kemalangan.

SISTEM ADAS 3.0

Teknologi ADAS ialah sistem pemanduan autonomi (ADS), terdiri daripada lima tahap: Tahap 1 (rendah) hingga Tahap 5 (paling tinggi).

DMax X-Terrain 3.0L dilengkapkan ADAS 3.0, iaitu sistem pemanduan autonomi yang boleh melakukan semua tugas pemanduan, bergantung kepada situasi tertentu.

Maksudnya, pemandu masih perlu bersedia mengambil alih kawalan pada bila-bila masa daripada ADAS. Tahukah anda, Isuzu DMax X-Terrain dilengkapkan 11 ciri bantuan pemandu dalam ADAS 3.0, iaitu:

  1. Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
    • Ketika memandu, DMax membantu memalapkan suluhan lampu tinggi secara automatik untuk supaya pemandu dari arah bertentangan tidak silau.
  2. Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Mengesan dan memberi amaran kepada pemandu jika kedudukan kenderaan mula melencong atau memasuki lorong lain ketika memandu.
  3. Pemantau Titik Buta (BSM)
    • Memberi amaran melalui paparan simbol amaran kuning pada cermin sisi apabila mengesan kelibat kenderaan lain pada zon titik buta
  4. Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
    • Memantau situasi belakang trak pikap dan memberi amaran jika mengesan sebarang objek yang datang hampir.
  5. Rempuhan Multi-Brek (Multi-Brake Collision, MBC)
    • Jika berlaku pelanggaran, sistem MBC mampu membantu mencegah atau mengurangkan impak pelanggaran susulan.
  6. Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
    • Mengesan potensi pelanggaran dari arah depan dan memberi amaran kepada pemandu.
  7. Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
    • Mengesan potensi pelanggaran dan membantu membrek secara automatik.
  8. Bantuan Pusing (Turn Assist)
    • Membantu memantau lalu lintas dari arah bertentangan ketika hendak membelok, dan membrek automatik bagi mengelakkan kemalangan.
  9. Mitigasi Silap Tekan Pedal AT
    • Mengesan sama ada pedal minyak ditekan secara tidak sengaja dan secara automatik dengan menurunkan tork enjin dan memberi amaran kepada pemandu jika ada kenderaan lain di depan.
  10. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Fungsi Henti & Mula (Stop & Start)
    • Melaraskan halaju kenderaan ketika memandu (cruising) mengikut halaju dan jarak kenderaan depan. Juga boleh berhenti sendiri dan bergerak semula apabila kenderaan depan bergerak.
  11. Pengehad Halaju Manual (MSL)
    • Membolehkan pemandu menetapkan halaju maksimum antara 30kmj hingga 160kmj supaya tidak memandu melebihi halaju ditetapkan itu.

DMax X-Terrain 3.0L juga hadir dengan 7-beg udara, iaitu jumlah beg udara terbanyak dalam kelas kenderaan untuk memberikan keselamatan dan kelegaan pemanduan yang tiada tandingan. Selain itu, tra pikap DMax ini juga menerima skor 5 bintang daripada rating  ASEAN NCAP.

WARANTI LUAR BIASA

Menarik lagi, D-Max ialah trak pikap pertama yang diberikan waranti 7 tahun, tanpa had perbatuan.

VARIAN DAN HARGA

Isuzu Malaysia menawarkan empat kategori D-Max (2021) dalam tujuh varian baharu dengan dua pilihan trenkuasa dan transmisi pada harga seperti berikut:

  • Single Cab
    • 4x4 MT 1.9L - RM88,599.20
    • 4x4 MT 3.0L - RM95,538.40
  • Standard
    • Double Cab 4x4 MT 1.9L - RM99,599.20
    • Double Cab 4x4 AT 1.9L - RM106,999.20
  • Premium
    • Double Cab 4x4 AT 1.9L - RM121,549.20
    • Double Cab 4x4 AT 3.0L - RM128,038.40
  • X-Terrain
    • Double Cab 4x4 AT 3.0L - RM141,938.40

* Mengikut harga syor atas jalan, tanpa insurans dan untuk pemilikan persendirian.

Trenkuasa

  • Ditawarkan dalam pilihan dua trenkuasa diesel:
    • 1.9L Blue Power: 4-silinder sebaris 16-injap VGS Turbo Intercooler 1,898cc DOHC berkuasa 148hp @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,600rpm. 
    • 3.0L Blue Power: 4-silinder sebaris 16-injap VGS Turbo Intercooler 2,999cc DOHC berkuasa 188hp @ 3,600rpm dan tork 450Nm @ 1,600-2,600rpm. 
  • Ada opsyen transmisi, iaitu manual dan automatik 6-kelajuan.

Sistem ADAS 3.0 DMax X-Terrain

Berikut senarai ciri ADAS 3.0 yang ada pada DMAX X-Terrain 3.0L:

  • Lampu Tinggi Automatik (Automatic High Beams, AHB)
  • Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning, LDW)
  • Monitor Titik Buta (Blind Spot Monitor - BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (Rear Cross Traffic Alert, RCTA)
  • Rempuham Multi-Brek (Multi-Brake Collision, MBC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (Forward Collision Warning, FCW)
  • Brek Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Braking, AEB)
  • Bantuan Pusing (Turn Assist)
  • Mitigasi Penyalahgunaan Pedal AT (AT Pedal Misapplication Mitigation)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC) dengan Fungsi Henti & Mula (Stop & Start)
  • Pengehad Halaju Manual (Manual Speed Limiter, MSL)

Jom tonton video di atas tentang pengalaman dikongsi Baki Zainal sebagai pemilik D-Max dan cerita perjalanan beliau dalam membantu golongan terjejas akibat pandemik covid-19.

BACA >>> Isuzu Malaysia Lancar Generasi Ketiga D-Max, Ada 7 Varian, Harga Mula RM88k!
BACA >>> Isuzu Malaysia Sedia Portal Khas untuk Trak Pikap D-Max Serba Baharu Demi Pelanggan

Related

18.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Abang Gan, autotainment, Baki Zainal\, Isuzu DMax 2021, Isuzu DMax X-Terrain, Isuzu DMax X-Terrain 3.0L (2021), Isuzu Malaysia, Pacuan Semua Roda, Pandu Uji Isuzu DMax X-Terrain 3.0L (2021), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev