Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bagnaia, Miller Dedah Desmosedici GP22 dengan Skema Warna Merah Asli Ducati
Auto Terkini

Bagnaia, Miller Dedah Desmosedici GP22 dengan Skema Warna Merah Asli Ducati

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJUARAAN Dunia MotoGP 2022 dijadualkan bermula di Qatar pada 6 Mac ini dan salah satu pasukan yang perlu diawasi semua pasukan ialah Ducati.

Ini kerana Ducati Lenovo Team mempertaruhkan dua pelumba paling berbakat dalam MotoGP, iaitu naib juara MotoGP 2021, Francesco Bagnaia dan rakan pasukan Jack Miller.

BACA >>> Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?

Bagnaia menaiki podium sembilan kali musim lalu dengan empat kemenangan, manakala Miller berada di ranking keempat dengan meraih lima kali podium dan dua kemenangan.

Kedua-dua pelumba itu bakal beraksi dengan jentera Desmosedici GP22 dan musim ini ialah tahun kedua mereka bersama pasukan pengilang Ducati Team.

Ducati Team juga sudah mendedahkan jentera lumba musim 2022 yang julung kali menggunakan seragam warna merah rasmi Ducati Red. Ini mungkin juga seragam terbaik pernah disaksikan peminat jenama dari Itali itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali berkata;

Warna liveri baharu Ducati Red pada Desmosedici GP 22 ialah testimoni ikatan paling rapat dengan jentera yang kami cipta untuk trek lumba dan model yang boleh dibeli peminat.”

Musim ini, Ducati menerima sokongan rakan penaja Lenovo yang akan bekerjasama rapat dengan pasukan teknikal Ducati Corse selain tambahan inisiatif Remote Garage.

Remote Garage membolehkan pasukan jurutera Ducati memperoleh data masa nyata daripada motosikal dan dihubungkan terus ke garaj secara kawalan jauh.

Ini bermakna pasukan jurutera lumba dan juruteknik boleh bersiap sedia untuk menala semula Desmosedici GP22 sebaik saja tiba di pit atau membuat keputusan pantas mengenai tetapan jentera.

BACA >>> Bagnaia Halang Marquez Jadi Juara GP Sepanyol, Mir Pungut Mata Berharga
BACA >>> Kemenangan Back to Back! Bagnaia Kuasai GP Itali, Quartararo Jarakkan Jurang
BACA >>> Luca Marini: Miller Buat Ducati Layan Corner Macam Yamaha
BACA >>> Miller Sambung Kontrak Semusim Lagi dengan Ducati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ducati Motor Holding (@ducati)

SUMBER: RideApart

Claudio Domenicali Ducati Desmosedici GP 22 Ducati Lenovo Team Ducati Red Francesco Bagnaia Jack Miller MotoGP 2022
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.