Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?
Autotainment

Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

Han OthmanBy Han Othman20/01/20199 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRANSMISI variabel berterusan atau continuously variable transmission (CVT) ialah jenis transmisi automatik yang mampu memberikan banyak kuasa yang berguna, penggunaan bahan api ekonomi dan pengalaman pemanduan lancar berbanding transmisi automatik konvensional.

BAGAIMANAKAH CVT BEKERJA?

Transmisi automatik konvensional menggunakan set gear yang memberikan jumlah nisbah (atau kelajuan) tertentu. Kemudian, transmisi itu akan menganjakkan gear untuk menyediakan nisbah paling sesuai dalam situasi tertentu: Gear rendah untuk mula bergerak, gear pertengahan untuk memecut dan memotong, dan gear tinggi untuk pemanduan ekonomi dengan kelajuan sederhana.

BACA >>> Kenali Jenis Transmisi Motosikal yang Perlu Anda Tahu

CVT pula menggantikan gear dengan dua puli diameter-variabel (variable-diameter pulley). Setiap satu puli berbentuk seperti sepasang kon berlawanan, dengan tali sawat logam (metal belt) atau rantai (chain) yang bergerak di antara kedua-duanya.

Satu puli bersambung dengan enjin (syaf input atau input shaft), dan satu lagi bersambung dengan roda pacu (drive wheel) atau syaf output (output shaft). Setiap bahagian puli adalah boleh gerak (moveable); apabila sebahagian lagi puli dengan tali sawat dikerah supaya dipacu tinggi, ia berkesan menjadikan diameter puli besar.

Penukaran diameter puli dapat mengubah nisbah transmisi (jumlah syaf output berpusing bagi setiap ligatan atau rev enjin). Dengan cara sama, motosikal 10-kelajuan akan memutarkan rantai sepanjang gear besar dan kecil untuk menukar nisbah.

Dengan menjadikan puli input kecil dan puli output besar, nisbah rendah dapat diberikan (jumlah besar rev enjin menghasilkan jumlah kecil rev output) dan ini penting bagi mendapatkan pecutan kelajuan rendah yang lebih baik. Apabila kereta memecut pula, puli akan mengubah diameter untuk merendahkan kelajuan enjin supaya kelajuan kereta dapat ditingkatkan.

Walaupun fungsinya masih sama seperti transmisi konvensional, dan berbeza daripada metod penukaran nisbah secara berperingkat dengan anjakan gear, CVT pula berterusan mengubah nisbah gear, bersesuaian dengan nama diberikan.

MEMANDU KERETA CVT

pandu uji proton saga 2016Kawalan bagi CVT masih sama seperti transmisi automatik konvensional: Dua pedal (minyak dan brek), dan paten anjakan dengan stail P-R-N-D-L. Apabila memandu kereta CVT, anda tidak akan mendengar atau merasai impak anjakan ketika kelajuan enjin dinaikkan atau direndahkan. Ini memberikan kefahaman, kereta CVT mampu memberikan kuasa pecutan lebih baik dalam kelajuan enjin (atau RPM) tinggi, manakala dalam RPM rendah, CVT secara konsep, teori dan teknikal adalah lebih menjimatkan.

Awalnya, ramai pemandu kurang senang dengan CVT disebabkan bunyi yang terlontar. Ini kerana apabila anda menginjak pedal minyak secara kasar, enjin CVT akan mengaum. Situasi itu sebenarnya normal kerana CVT sedang bekerja melaraskan kelajuan enjin untuk mendapatkan kuasa optimum bagi pecutan. Sesetengah CVT diprogramkan untuk menukar nisbah secara berperingkat supaya pemandu masih dapat merasai pengalaman memandu seakan transmisi automatik konvensional.

KELEBIHAN CVT

Asasnya, enjin tidak mampu menjana kuasa tetap pada semua kelajuan. Ada kelajuan tertentu yang mana tork (kuasa kilas), kuasa kuda (kuasa kelajuan) atau kecekapan bahan api berada pada tahap tertinggi. Ini kerana tiada gear yang berhubung terus kelajuan jalan kepada kelajuan enjin diberikan.

Namun, CVT boleh mengubah kelajuan enjin seperti diperlukan untuk mencapai kuasa maksimum, termasuk mendapatkan kecekapan bahan api maksimum. Ini membolehkan CVT memberikan kuasa pecutan lebih pantas berbanding transmisi automatik konvensional dan manual, termasuk penggunaan bahan api ekonomi.

KEKURANGAN CVT

Masalah terbesar CVT ialah penerimaan pengguna. Ini kerana CVT membuatkan enjin meligat (rev) dalam sebarang kelajuan yang mana bunyi dari bonet itu kedengaran agak pelik di telinga pemandu dan ia berbeza berbanding bunyi transmisi manual dan automatik konvensional.

Penukaran beransur-ansur dalam enjin yang berbunyi seakan transmisi bermasalah itu kerap membuatkan pemandu resah. Apatah lagi bunyi tersebut seperti isyarat awal kerosakan kereta transmisi automatik konvensional, sedangkan situasi berkenaan ialah normal bagi kereta CVT.

CVT Nissan Sentra

Selain itu, kereta automatik konvensional mampu memberikan impak kuasa serta merta apabila pedal minyak ditekan rapat ke lantai. Sebaliknya, kereta CVT menghasilkan kuasa yang lebih lembut dan hantaran kuasa pula meningkat secara berperingkat sebelum mencapai tahap maksimum.

Bagi sesetengah pemandu, situasi tersebut membuatkan mereka merasakan kereta bergerak perlahan, sedangkan CVT secara teori dan teknikal adalah lebih baik berbanding automatik konvensional.

Tidak dinafikan banyak pengeluar cuba menghasilkan teknologi CVT yang mampu memberikan karakter seperti transmisi automatik konvensional. Kini, sudah ada banyak CVT yang diprogramkan untuk mensimulasikan kesan ‘menendang’, sama seperti kereta automatik konvensional apabila pedal diinjak rapat.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak

Sesetengah model CVT turut menawarkan mod manual dengan pedal anjakan (paddle shift) di stereng yang membolehkan CVT mensimulasikan kesan hantaran gear seperti automatik konvensional..

SUMBER: Thoughtco.com

autotainment CVT kotak gear transmisi transmisi Automatik (AT) transmisi variabel berterusan (CVT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

10/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026

9 Comments

  1. Faiz on 08/10/2017 14:17

    Nk tny, kalo gear bergegar wktu berhenti di traffic light dlm mode gear D, adakah ia normal? Sbb kalau tukar ke N, trus senyap. Skrg pkai Kete Honda city

    Reply
  2. Mior on 08/10/2017 14:57

    Tuan, sy ada sedikit pertanyaan. Jika sedang memandu dalam mode D, jika sy ingin terus menggunakan mode S (paddle shift), apakah akan mendatangkan sebarang komplikasi?

    Reply
    • ABG GYL on 09/10/2017 10:22

      Tiada masalah tuan

      Reply
  3. May on 11/10/2017 17:09

    En Faiz, kalau bergegar macam tu bukan gear yg rosak. Sebenarnya engine monting yg rosak. Tukar semua engine monting, kereta rasa macam baru.

    Reply
  4. Rapizi on 01/03/2018 22:38

    Nk tanya,kalau awal pagi masuk gear D tp bila tekan minyak kereta xbergerak. Kena tggu lama sikit baru gear dpt tangkap. Ada masalah besar dgn gearbox ke atau leh selesai ngn tukar minyak gear n filter. Kereta grandlivina 1.8. Tq

    Reply
  5. epul on 20/10/2018 14:48

    nak tnye…kalau kita berhenti dan terus buat pecutan atau full trotthle ada masalah pada transmission x..?

    Reply
  6. Hannan on 09/05/2019 18:38

    Gear cvt ni dekat traffic light dan jam .. lebih2 lg musim raya blh ke duduk dlm gear N?

    Reply
  7. Aminuddin Ahamad Salleh on 08/12/2019 00:29

    Tuan, Ada pendapat yg mengatakan cvt apabila berhenti di t.light, xperlu masukkan gear ke N? Adalah is benar? Boleh beritahu cara penggunaan gear yg betul x? Sbb Ada yg ckp permulaan kena masuk gear S apabila rpm Mula mencapai 2k baru masuk ke gear D

    Reply
  8. Muhammad Aisamuddin on 13/06/2021 22:20

    tuan nk tanye skit pasal masalah gear box proton cvt..
    nk kate bering dlm gear box..bering gear box semua
    sy dah tuka baru….selain dari biring tuan ape lagi slalu punca berbunyi..time bawak slow dia berbunyi tuan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.