Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
Roda2

Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?

AryonBy Aryon19/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMBREK ialah antara perkara paling penting yang anda akan belajar apabila menunggang motosikal. Ramai penunggang muda cenderung menumpukan kepada teknik anjakan gear (shifting), dan kawalan selekoh (countersteering), hingga kerap melupakan cara membrek menggunakan brek depan dan belakang dengan betul. Walhal itulah cara awal yang paling berkesan mengelak kemalangan.

BREK MANA SATUKAH SEPATUTNYA SAYA GUNA?

Keseimbangan sangat penting dalam dinamik motosikal. Inilah sebab kenapa brek depan dan belakang pada kebanyakan motosikal dihasilkan secara individu atau berasingan. Majoriti pakar bersetuju kira-kira 70 peratus usaha membrek sepatutnya lebih kepada roda depan, yang menggunakan tuil brek pada grip hendal kanan, dan 30 peratus pada roda belakang yang dibrek menggunakan pedal kaki kanan.

Brek depan memerlukan lebih usaha membrek kerana pemindahan berat (weight transfer) untuk memperlahankan motosikal akan mengubah keseimbangan jentera dari roda belakang ke depan, sekali gus membolehkan tayar depan mengawal lebih beban. Sebaliknya, kurang daya bawah (downforce) ketika membrek menggunakan roda belakang menyebabkan ia mudah terkunci dan tergelincir hingga membolehkan motosikal hilang kawalan. Bagaimanapun, roda depan kurang menghadapi masalah sama kerana berat jentera dipindahkan.

MEMBREK MENGIKUT MOTOSIKAL ANDA

Nisbah membrek 70:30 boleh berubah mengikut jenis motosikal yang anda tunggang. Cruiser dan chopper mampu mengawal situasi membrek menggunakan brek belakang kerana jentera itu sendiri menampung lebih berat pada roda belakang berdasarkan posisi pelana. Sportbike pula mampu menangani situasi tekanan brek depan yang lebih kerana kedudukan fork yang lebih vertikal, dengan jarak roda pendek.

Penunggang motosikal off-road pula, atau lebih dikenali sebagai dirt bike, jarang sekali menggunakan brek depan kerana situasi permukaan jalan yang tidak sekata. Di tangan penunggang berpengalaman, motard atau supermoto yang ditunggang mereka dapat diperlahankan hanya dengan melungsurkan tayar belakang.

BERAPA KERAS PERLU MEMBREK

Belajar sesuatu tentang prestasi brek ialah kunci kepada kawalan kestabilan motosikal anda. Jadi, adalah idea yang baik untuk anda meneroka batasan motosika sendiril dalam persekitaran yang selamat. Anda boleh berlatih membrek di kawasan lapang dan anda akan mula rasa kesan gelinciran tayar.

Cuba berhenti dengan tayar depan sahaja, kemudian tayar belakang sahaja, dan akhir sekali kombinasi kedua-dua brek. Daripada latih tubi tersebut, anda pasti dapat mengetahui berapa keras tekanan brek patut anda kenakan pada pedal atau tuil brek ketika membrek kecemasan.

Apabila anda mula biasa dengan brek, sensasi pemindahan berat akan mula rasa ketara. Berhenti secara mengejut mengguna brek depan kemungkinan menyebabkan roda belakang terangkat atau ‘wheekang‘, sebaliknya menggunakan brek belakang secara mengejut pula boleh menyebabkan motosikal menggelincir. Anda juga akan menemui apakah cara terbaik mengenakan tekanan brek pada kelajuan tinggi. Apabila mengetahui batasan tersebut, anda akan jadi lebih bersedia ketika menghadapi situasi tidak dijangka.

SUDUT MIRING


Tayar bekerja dengan baik dalam keadaan menegak. Jadi, anda perlu sentiasa berjaga-jaga apabila anda berada dalam posisi miring, terutama ketika membelok. Katakan cengkaman tayar bekerja 100 peratus pada posisi menegak atau sudut 90°, tetapi apabila sudut tersebut berubah, tahap cengkaman juga berkurangan.

Misalnya, membrek menggunakan brek depan dalam posisi tegak mungkin dapat memberikan cengkaman tayar paling baik, tetapi cara sama dalam posisi miring kemungkinan besar membuatkan motosikal anda melungsur.

Dalam banyak situasi, penunggang kadangkala terpaksa membrek ketika membelok. Faktanya, input brek dalam sudut miring adalah kurang toleran. Jadi mahu tidak mahu anda perlu sangat berhati-hati jika perlu membrek ketika membelok. Dalam banyak situasi lain, membrek ketika mengambil selekoh bukanlah idea yang baik.

KEADAAN JALAN DAN CARA BREK

Kondisi jalan raya berbeza memerlukan teknik membrek yang juga berbeza. Brek depan perlu digunakan sebaik mungkin dalam situasi traksi kurang seperti atas permukaan off-road atau tidak berturap. Brek depan yang terkunci mampu menyebabkan anda hilang kawalan, manakala menggunakan brek belakang pula seakan tidak memberikan cukup kesan berhenti. Jadi, melungsurkan tayar adalah antara teknik terbaik untuk mendapatkan cengkaman tambahan sebelum berhenti, bergantung kepada keadaan traksi di sebalik tayar.

Ini termasuk mengambil kira situasi tidak diduga lain seperti lopak air, atau minyak tumpah, termasuk kawasan yang diketahui berisiko tinggi seperti simpang jalan dan tempat parkir. Jangan memandu secara semberono.

BACA >>> 15 Fakta dan Statistik Mengejutkan Tentang Kemalangan Motosikal

Cara lain, anda perlu membrek dan seretkan tayar belakang dalam situasi yang anda jangka perlu membrek atas permukaan licin. Anda turut memerlukan pelan sandaran sekiranya tayar depan mula menggelongsor. Ia memerlukan refleks pantas, dan anda perlu sentiasa berjaga-jaga. Ingat, lebih mudah mengawal motosikal yang tayar belakang terkunci berbanding tayar depan yang menggelongsor.

Ini kerana dalam undang-udang menunggang off-road, hampir kebanyakan situasi tidak melibatkan penggunaan brek depan. Jika mahu menerjah bukit atau trail, anda perlu membiasakan diri  untuk langsung tidak menyentuh tuil brek depan, melainkan anda bersedia untuk jadi lebih kotor.

BREK HUBUNG

Banyak skuter, motosikal touring, cruise dan sportbike dilengkapkan dengan brek hubung (linked brake) yang direka untuk berhenti menggunakan kedua-dua brek menerusi satu tuil tunggal, sama seperti brek kereta.

Sesetengah sistem menghubungkan roda depan ke belakang, dan selebihnya membrek menggunakan kedua-dua brek serentak. Sistem brek ini dibina bagi mengelak penunggang terkeliru dalam memilih sama ada membrek depan atau belakang dahulu.

Malah faktanya, brek hubung lebih cekap bekerja berbanding brek yang memerlukan penunggang membrek secara berasingan. Namun, ciri ini kurang popular di kalangan peminat motosikal yang berorientasikan prestasi.

MOTOSIKAL ABS

Motosikal yang mempunyai Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) direka untuk mengesan gelinciran tayar sebelum brek didenyutkan (pulse) supaya tidak menggelongsor. Sistem tersebut membolehkan pemandu membrek penuh menggunakan brek depan atau belakang tanpa perlu risau tayar akan terkunci.

BACA >>> Keselamatan Semakin Penting, Tetapi Kenapa Tidak Semua Motosikal Ada ABS?

Namun ABS tidak berkesan apabila motosikal dalam keadaan miring. Bagaimanapun, sukar menyesuaikan diri dengan jarak henti motosikal ABS dalam situasi jalan basah atau kurang traksi. Malah, tidak semua penunggang motosikal berminat dengan campur tangan komputer ke atas brek motosikal mereka.

SUMBER: Thoughtco.com

autotainment brek brek motosikal cara membrek motosikal countersteering roda2 tip motosikal
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 3 Comments

3 Comments

  1. Saiful on 21/07/2021 14:13

    Kalau brek depan semasa pulas minyak boleh ada masalah tak ?

    Reply
  2. FkU on 12/12/2022 04:33

    Tiada, pulas ja sampai habis , mcm org atas tu bilang biul betul tajuk inda sama dengan explaination.

    Reply
    • Azhan O on 19/12/2022 19:32

      Selamat membrek dengan selamat

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.