• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ayer Hitam Bakal Jadi Hab Permotoran Johor

Ayer Hitam Bakal Jadi Hab Permotoran Johor

December 8, 2022 By Azhan O Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Johor bakal mewujudkan hab permotoran di Ayer Hitam, dekat Kluang dalam usaha menghidupkan kembali kemeriahan sukan permotoran di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, hab permotoran berkenaan melibatkan pembangunan di kawasan seluas 2.8328 hektar atas tanah milik Kementerian Dalam Negeri (KDN) bawah pentadbiran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

BACA >>> 44 Pasukan Sertai Acara BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 di Sepang

Menurutnya, kebenaran sudah diberikan supaya tapak tersebut digunakan untuk manfaat peminat sukan permotoran.

Insya-Allah, pembinaan yang akan bermula seawal Januari 2023 nanti akan menyemarakkan lagi sukan permotoran di Johor, ditambah lokasi strategik Ayer Hitam yang terletak di 'central of Johor'.

“Berdasarkan rekod penganjuran masa lalu, Ayer Hitam banyak menganjurkan acara sukan permotoran sebelum terhenti sekitar 2018 dan 2019,” katanya pada sesi penggulungan sidang DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di Johor Bahru, hari ini.

Mohd Hairi berkata, pekan tersebut juga pernah menganjurkan sukan permotoran seperti Malaysian Cub Prix, Motorcross, Pocket Bike, Mountain Bike, drift dan go-kart yang ada rangkaian pencinta sukan permotoran.

Menurutnya lagi, pihaknya akan memastikan hab sukan Johor Bahru, terutama di kawasan Larkin akan ditambah baik di bawah kelolaan Perbadanan Stadium Johor (PSJ) dan Majlis Sukan Negeri Johor supaya lebih terurus dan diselenggara rapi.

Saya harap setiap daerah di Johor juga akan diwujudkan fasiliti sukan atau hab sukan buat atlet yang yang tidak dapat ke Johor Bahru selain Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC),” katanya, juga ADUN Larkin.

BACA >>> RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia Musim Depan!
BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ayer Hitam, Hab Permotoran, Johor, kluang, Mohd Hairi Mad Shah, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev