Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam27/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Aveta Vanguard 250 2026

JENAMA motosikal tempatan, Aveta Motor Malaysia (Aveta) mengumumkan ketibaan versi terbaharu skuter advencer suku liter, Aveta Vanguard 250 2026 yang menerima penambahbaikan menyeluruh dan akan mula berada di pasaran tempatan bermula awal Mac ini.

Sejak diperkenalkan, Vanguard 250 bukan sekadar skuter 250cc biasa, tetapi memiliki identiti tersendiri dalam kategori Adventure Touring Crossover (ATC), yang menggabungkan keselesaan perjalanan jauh, rekabentuk mengambil ilham jentera kembara dan prkatikaliti kegunaan harian dalam bandar.

Evolusi Berdasarkan Respons Penunggang

Aveta Vanguard 250 2026

Menurut Aveta, kemas kini kali ini bukan sekadar penambahbaikan kosmetik. Setiap perubahan dibangunkan berdasarkan hasil penelitian maklum balas komuniti penunggang, sesi pertemuan pemilik, konvoi rasmi dan laporan selepas jualan daripada rangkaian pengedar seluruh negara.

Pendekatan itu memperlihatkan strategi Aveta yang mahu memastikan Vanguard terus relevan dengan keperluan sebenar pengguna, sama ada ulang-alik kerja atau kembara hujung minggu.

10 Penambahbaikan Utama Aveta Vanguard 250 Baharu

Aveta Vanguard 250 2026

Model versi dipertingkat itu hadir dengan 10 naik taraf yang menumpukan kepada keselesaan, keselamatan dan praktikaliti:

1. Skrin TFT 7-inci dengan Fungsi Sentuhan: Paparan digital lebih moden dan interaktif untuk akses maklumat tunggangan yang lebih mudah

2. Visor Angin Boleh Laras Elektrik: Visor angin boleh laras elektronik bagi menyesuaikan tahap perlindungan ketika perjalanan jauh

Aveta Vanguard 250 2026

3. Rekabentuk Suis Kawalan Baharu: Operasi lebih ergonomik dan responsif ketika menunggang

Aveta Vanguard 250 2026

4. Kowl Ekzos Lebih Panjang: Melindungi kesan haba tambahan, terutama untuk keselesaan pembonceng

Aveta Vanguard 250 2026

5. Rekabentuk Kowl Enjin Baharu: Memudahkan kerja penyelenggaraan dan meningkatkan kemudahan pemilikan jangka panjang

6. Peg Kaki Pembonceng Dipertingkatkan: Memberikan posisi lebih stabil dan selesa untuk perjalanan jarak jauh

Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026

7. Ruang Simpanan Bawah Tempat Duduk Lebih Praktikal: Kini mampu memuatkan helmet jenis full-face, menjadikannya lebih versatil untuk kegunaan harian.

8. Pelana Baharu: Rekaan ergonomik untuk keselesaan lebih baik serta keyakinan tambahan ketika berhenti.

Aveta Vanguard 250 2026

9. Suspensi Belakang Boleh Laras:  Memberi fleksibiliti mengikut berat penunggang dan beban, sekali gus meningkatkan kestabilan

10. ABS, TCS Boleh Nyah Aktif: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) kini boleh dimatikan untuk memberikan lebih kawalan dalam situasi tertentu, termasuk ketika tunggangan santai atau di laluan kurang mencengkam

Aveta Vanguard 250 2026

Warna Baharu, Harga

Aveta Vanguard 250 2026 versi terkini itu ditawarkan dalam dua warna baharu:

  • Nano Green (hijau)
  • Desert Bronze (gangsa)

Harga jualan asas ditetapkan pada RM16,688, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Unit akan mula tersedia di pengedar sah Aveta seluruh negara bermula awal Mac 2026.

Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Aveta Vanguard 250 2026
Auto Terkini Aveta Motor Malaysia Aveta Vanguard 250 motosikal terkini roda2 skuter Skuter adventure touring cross
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.