AVETA Malaysia terus mempeluas barisan produk skuter menerusi pelancaran Aveta Serra 125 2026, yang ditawarkan pada harga RM5,088, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Model itu hadir sebagai skuter urban moden yang menggabungkan rekabentuk agresif, teknologi semasa dan praktikaliti untuk kegunaan harian, sesuai untuk penunggang bandar yang mahukan gaya dan fungsi dalam satu pakej.
Enjin 125cc dengan Sistem EFI
Aveta Serra 125 2026 dikuasakan enjin 4-lejangsilinder tunggal 124cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) Bosch.
Berikut spesifikasi utama:
- Output kuasa 6.5kW @ 7,500rpm, dan tork 10Nm @ 6,000rpm
- Transmisi automatik CVT
- Sistem suntikan bahan api EFI Bosch
- Sistem pencucuhan unit kawalan elektronik (ECU)
Gabungan itu memberikan prestasi lancar, penjimatan bahan api dan pengalaman tunggangan yang lebih mudah untuk kegunaan harian.
Rekabentuk Moden, Ciri Teknologi
Aveta Serra 125 2026 menampilkan rekabentuk agresif dan moden, yang dipadankan beberapa ciri menarik seperti:
- Lampu LED penuh (depan dan belakang)
- Panel meter LCD digital
- Port pengecas USB Type-A dan Type-C
- Rekabentuk lampu belakang sporty
- Rekabentuk badan tajam dan futuristik
Semua itu menjadikan skuter tersebut lebih relevan untuk gaya hidup urban masa kini.
Praktikaliti Harian Lebih Baik
Selain gaya, Aveta Serra 125 2026 turut menitikberatkan aspek kegunaan menerusi:
- Ruang simpanan praktikal
- Cangkuk bawa barangan
- Rak tambahan untuk kegunaan harian
- Pelana ergonomik
Ciri itu sangat membantu untuk tunggangan ulang-alik kerja atau penghantaran jarak dekat.
Dimensi, Spesifikasi Ringkas
Aveta Serra 125 2026 memiliki dimensi panjang 1,950mm,lebar 720mm, dantinggi 1,160mm, manakala jarak roda 1,350mm. Berikut spesifikasi lain:
- Jarak tinggi bumi 125mm
- Berat 115kg
- Kapasiti tangki bahan api 6 liter
- Tayar 90/90 14 (depan), dan 90/90-14 (belakang)
- Sistem brek cakera (depan), dan dram (belakang)
Pilihan Warna
Aveta Serra 125 2026 ditawarkan dalam pilihan tiga warna:
- Pixel Blue (biru)
- Mystic Mint (hijau)
- Ash Grey (kelabu)
Skuter Bergaya Harga Rahmah
Pada harga RM5,088, Aveta Serra 125 2026 menawarkan pakej lengkap untuk skuter bandar dengan rekabentuk menarik, teknologi moden dan praktikaliti tinggi.
Model tersebut sesuai untuk pengguna yang mahukan skuter bergaya dengan kos pemilikan masih berpatutan.




































