AVETA Motor Malaysia terus memperkukuh komitmen terhadap pelanggan dengan memperluaskan program servis bergerak ‘Aveta Care on Wheels’, bagi menawarkan sokongan selepas jualan lebih pantas, mudah diakses dan menyeluruh di seluruh Semenanjung Malaysia.
Langkah itu menumpukan kepada satu matlamat utama, memudahkan pemilik motosikal Aveta mendapatkan bantuan teknikal di mana saja mereka berada, tanpa perlu menempuh perjalanan jauh atau berdepan tempoh menunggu lama.
Liputan Lebih Luas, Servis Lebih Pantas
Melalui peluasan terkini, Aveta kini memiliki enam unit servis bergerak seluruh Semenanjung Malaysia dengan sokongan pengedar Preferred Plus.
Penambahan itu membolehkan liputan servis diperluas dan mempercepat bantuan di lapangan kepada pelanggan.
Selain itu, perkhidmatan mobile aftersales dan courtesy bike kini ditawarkan di semua pengedar terlibat, yabg memastikan pengalaman pemilikan lebih lancar dan konsisten.
Sokongan Mengikut Wilayah
Bagi memastikan liputan lebih efektif, Aveta turut melantik beberapa pengedar utama mengikut kawasan:
- KW Keat Wei Motor – Meliputi Kedah termasuk Alor Setar dan Perlis
- CKT Motor – Meliputi Sungai Petani, Pulau Pinang dan Perak
- NG Brothers Motor – Meliputi Johor Selatan dari Simpang Renggam hingga Johor Bahru
Selain itu, pasukan servis dalaman Aveta terus menyokong kawasan Lembah Klang, Melaka dan Pantai Timur, sekali gus melengkapkan rangkaian sokongan seluruh negara.
Kolaborasi Pengedar Tingkat Kualiti Servis
Peluasan itu dilaksanakan menerusi kerjasama rapat dengan rangkaian pengedar Preferred Plus yang bukan sahaja menyokong operasi unit servis bergerak, dan turut menyediakan motosikal gantian (courtesy bike).
Pendekatan itu membolehkan Aveta meningkatkan kapasiti servis secara lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti pengalaman pelanggan di setiap titik sentuhan.
Fokus Pengalaman Pemilikan
Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia, Steven Lim berkata, inisiatif ini memberi penekanan kepada kepuasan pelanggan sepanjang tempoh pemilikan motosikal.
Kami faham bahawa pemilikan motosikal bukan sekadar pembelian, tetapi keyakinan terhadap sokongan selepas jualan setiap hari.
“Dengan kerjasama pengedar Preferred Plus, kami dapat menawarkan servis yang lebih mudah diakses dan responsif,” katanya.
Ekosistem Pemilikan Lebih Kukuh
Peluasan Aveta Care on Wheels adalah sebahagian usaha jangka panjang Aveta untuk membina ekosistem pemilikan berasaskan pelanggan lebih kukuh.
Dengan gabungan kepakaran dalaman dan rangkaian pengedar, Aveta bukan saja memperluaskan capaian servis, tetapi turut meningkatkan standard pengalaman pemilikan motosikal di Malaysia.
Bantuan Sentiasa dalam Genggaman
Bagi sebarang pertanyaan atau bantuan, pelanggan boleh menghubungi Aveta Careline di talian 012-503 5409, memastikan bantuan sentiasa tersedia bila diperlukan.
Dengan peluasan rangkaian Aveta Care on Wheels, jenama ini membuktikan komitmen bukan sekadar menjual motosikal, tetapi turut memastikan setiap perjalanan pelanggan disokong dengan servis yang cekap, mudah dan diyakini.


















