Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

SyafieBy Syafie13/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Aveta Nova 200 2026

AVETA Malaysia terus agresif dalam segmen skuter menerusi pelancaran Aveta Nova 200 2026, yang lebih berkuasa dan premium berbanding model sedia ada, pada harga RM8,488, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Skuter itu direka untuk penunggang urban yang mahukan gabungan prestasi, keselesaan dan teknologi moden dalam satu pakej lebih lengkap.

Enjin 200cc Lebih Berkuasa, Responsif

Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026

Aveta Nova 200 2026 menggunakan enjin 4-injap silinder tunggal 183.3cc  SOHC penyejukan cecair dengan  spesifikasi berikut:

  • Output kuasa 13.5kW @ 8,000rpm, dan tork 17.6Nm @ 5,500rpm
  • Transmisi automatik CVT pacuan tali sawat
  • Sistem pencucuhan unit kawalan elektronik (ECU)
  • Penghidup elektrik

Gabungan itu memberikan pecutan lebih responsif dan prestasi yang sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana.

Keselamatan Lebih Tinggi dengan ABS, TCS

Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026

Aveta Nova 200 2026 menampilkan ciri keselamatan yang jarang ada dalam segmen harga itu:

  • Brek cakera depan dan belakang
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)

Ciri itu membantu meningkatkan kestabilan, kawalan dan keselamatan, terutama ketika membrek atau atas permukaan licin.

Ciri Premium, Praktikal

Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026

Skuter segmen 200cc itu turut dilengkapi pelbagai ciri moden seperti:

  • Sistem penghidup pintar (smart keyless ignition)
  • Port pengecas USB Type-A dan Type-C
  • Kapasiti tangki bahan api 10 liter
  • Ruang simpanan bawah pelana luas
  • Sistem henti lahu (ISS) untuk penjimatan bahan api
  • Absorber kembar boleh laras jenis gas di belakang

Semua itu menjadikan Aveta Nova 200 2026 lebih praktikal untuk penggunaan harian.

Rekabentuk Sporty, Keselesaan

Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026

Aveta Nova 200 2026 menampilkan gaya agresif dan moden:

  • Lampu LED dengan iluminasi progresf
  • Rekabentuk depan sporty dengan winglet aerodinamik
  • Kerusi ergonomik dengan sokongan belakang

Rekabentuk itu bukan saja menarik, tetapi memberi keselesaan untuk tunggangan lebih jauh.

Dimensi, Spesifikasi Ringkas

Aveta Nova 200 2026 memiliki dimensi panjang 2,003mm, lebar 710mm, dan tinggi 1,138mm, manakala jarak roda 1,370mm.

  • Tinggi pelana 778mm
  • Berat 112kg
  • Kapasiti tangki bahan api 10 liter
  • Kapasiti beban 150kg
  • Tayar 100/80-14 di depan, dan 120/70-14 (belakang)

Pilihan Warna

Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026

Aveta Nova 200 2026 ditawarkan dalam pilihan tiga warna:

  • Nordic Blue (biru)
  • Neon Pulse (kuning)
  • Nano Grey (kelabu)

Enjin Lebih Besar, Lebih Padu

Pada harga RM8,488, Aveta Nova 200 2026 menawarkan nilai tinggi dalam segmen skuter 200cc menerusi gabungan prestasi, ciri keselamatan lengkap seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan ciri premium.

Aveta Nova 200 2026 sesuai untuk pengguna yang mahukan skuter lebih berkuasa dengan keselesaan dan teknologi moden untuk kegunaan harian atau perjalanan lebih jauh.

Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Aveta Nova 200 2026
Auto Terkini Aveta Malaysia Aveta Nova 200 Aveta Nova 200 2026 skuter Skuter 200cc
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.