CHERY mempamerkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), Chery Tiggo 7 versi hibrid plug-in (PHEV) di pameran Auto Shanghai 2025. Model ini dikatakan antara model PHEV popular di China, terutama dalam pasaran kenderaan PHEV.
Chery Tiggo 7 PHEV menggabungkan enjin 4-silinder petrol 1.5L turbo dengan dwi-motor elektrik yang menghasilkan output kuasa gabungan 381ps (379hp) dan tork 610Nm, manakala kelajuan 0-100kmj sepantas 8.9 saat.
Bateri mempunyai kapasiti 19.43kWj dengan pemanduan elektrik penuh sejauh 90km.
Model Chery yang menggunakan trenkuasa ini dilengkapi Sistem Hibrid Chery (Chery Hybrid System, CHS) yang juga baru diperkenalkan tahun ini. Jadi, kenderaan ini ialah versi terbaharu yang mungkin menjadi model facelift untuk pasaran Malaysia bagi menggantikan Chery Tiggo 7 Pro.
Dari segi rekabentuk, model ini menampilkan gaya lebih konservatif dan elegan dengan gril depan bentuk heksagon dan kemasan berlian untuk penampilan premium. Lampu belakang LED penuh yang lebar menyerupai Tiggo 8 Pro yang lebih besar.
Rekabentuk keseluruhan menekankan keseimbangan antara keanggunan dan praktikaliti yang sesuai dengan cita rasa pasaran China yang mengutamakan keselesaan dan gaya.
Apa Beza Tiggo 7 China dan Malaysia?
Trenkuasa
- Enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.6L turbo suntikan terus (TGDi) berkuasa 194hp dan tork 290Nm.
- Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam pacuan dua roda (2WD).
- Pecutan 0-100kmj mengambil masa 8.3 saat.
- Kelajuan maksimum 205kmj.
- Kadar penggunaan bahan api 7 liter per 100km.
Luaran
- Sistem lampu LED penuh pada lampu utama, lampu belakang, lampu kabus, lampu siang (DRL), dan lampu signal belok (jenis sekuensial).
- Ada sensor hujan pada cermin depan.
- Pintu but elektrik.
- Dimensi panjang 4,513mm, lebar 1,862mm, dan tinggi 1,696mm, manakala jarak roda 2,670mm dan berat kasar 1,512kg.
Dalaman
- Kerusi dan stereng menggunakan material kulit tiruan (leatherette) dengan kluster butang kawalan pada stereng.
- Sistem penghidup tanpa kunci dan enjin boleh dihidupkan secara kawalan jauh.
- Ada tiga mod pandu: ECO, Normal dan Sport.
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan, dan penumpang depan 4-tetapan. Kerusi barisan depan juga ada ciri ventilasi.
- Dilengkapi pengecas wayarles 50W.
- Ada lampu ambien boleh kustom pelbagai warna.
- Penyaman udara dwi-zon automatik (depan) dan ada corong penyaman udara untuk penumpang belakang.
- Sistem infotainmen dwi-skrin 24.6 inci jenis melengkung dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Sistem bunyi premium Sony Audio System dengan lapan pembesar suara.
- Ada dua port USB dan satu port pengecas pantas Type-C, serta dua soket 12V.
- Bumbung suria panoramik dan ciri Brek Parkir Elektrik (EPB).
Leave a Reply