• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoShanghai2025: Chery Tiggo 7 CHS PHEV Bakal Jadi Facelift di Malaysia Tahun Ini?

#AutoShanghai2025: Chery Tiggo 7 CHS PHEV Bakal Jadi Facelift di Malaysia Tahun Ini?

April 30, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY mempamerkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), Chery Tiggo 7 versi hibrid plug-in (PHEV) di pameran Auto Shanghai 2025. Model ini dikatakan antara model PHEV popular di China, terutama dalam pasaran kenderaan PHEV.

Chery Tiggo 7 PHEV menggabungkan enjin 4-silinder petrol 1.5L turbo dengan dwi-motor elektrik yang menghasilkan output kuasa gabungan 381ps (379hp)  dan tork 610Nm, manakala kelajuan 0-100kmj sepantas 8.9 saat.

Bateri mempunyai kapasiti 19.43kWj dengan pemanduan elektrik penuh sejauh 90km.

Model Chery yang menggunakan trenkuasa ini dilengkapi Sistem Hibrid Chery (Chery Hybrid System, CHS) yang juga baru diperkenalkan tahun ini. Jadi, kenderaan ini ialah versi terbaharu yang mungkin menjadi model facelift untuk pasaran Malaysia bagi menggantikan Chery Tiggo 7 Pro.

Dari segi rekabentuk, model ini menampilkan gaya lebih konservatif dan elegan dengan gril depan bentuk heksagon dan kemasan berlian untuk penampilan premium. Lampu belakang LED penuh yang lebar menyerupai Tiggo 8 Pro yang lebih besar.

Rekabentuk keseluruhan menekankan keseimbangan antara keanggunan dan praktikaliti yang sesuai dengan cita rasa pasaran China yang mengutamakan keselesaan dan gaya.

Apa Beza Tiggo 7 China dan Malaysia?

Trenkuasa

  • Enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.6L turbo suntikan terus (TGDi) berkuasa 194hp dan tork 290Nm.
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam pacuan dua roda (2WD).
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 8.3 saat.
  • Kelajuan maksimum 205kmj.
  • Kadar penggunaan bahan api 7 liter per 100km.

Luaran

  • Sistem lampu LED penuh pada lampu utama, lampu belakang, lampu kabus, lampu siang (DRL), dan lampu signal belok (jenis sekuensial).
  • Ada sensor hujan pada cermin depan.
  • Pintu but elektrik.
  • Dimensi panjang 4,513mm, lebar 1,862mm, dan tinggi 1,696mm, manakala jarak roda 2,670mm dan berat kasar 1,512kg.

Dalaman

  • Kerusi dan stereng menggunakan material kulit tiruan (leatherette) dengan kluster butang kawalan pada stereng.
  • Sistem penghidup tanpa kunci dan enjin boleh dihidupkan secara kawalan jauh.
  • Ada tiga mod pandu: ECO, Normal dan Sport.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan, dan penumpang depan 4-tetapan. Kerusi barisan depan juga ada ciri ventilasi.
  • Dilengkapi pengecas wayarles 50W.
  • Ada lampu ambien boleh kustom pelbagai warna.
  • Penyaman udara dwi-zon automatik (depan) dan ada corong penyaman udara untuk penumpang belakang.
  • Sistem infotainmen dwi-skrin 24.6 inci jenis melengkung dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Sistem bunyi premium Sony Audio System dengan lapan pembesar suara.
  • Ada dua port USB dan satu port pengecas pantas Type-C, serta dua soket 12V.
  • Bumbung suria panoramik dan ciri Brek Parkir Elektrik (EPB).
tiggo-7-phev-1
tiggo-7-phev-2
tiggo-7-phev-3
tiggo-7-phev-4
tiggo-7-phev-5
tiggo-7-phev-6
tiggo-7-phev-7
tiggo-7-phev-8
tiggo-7-phev-9
tiggo-7-phev-10
tiggo-7-phev-11
tiggo-7-phev-12
tiggo-7-phev-13
tiggo-7-phev-14
tiggo-7-phev-15
tiggo-7-phev-16
tiggo-7-phev-17
tiggo-7-phev-18
tiggo-7-phev-19
tiggo-7-phev-20
tiggo-7-phev-21
tiggo-7-phev-22
tiggo-7-phev-23

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Shanghai 2025, Auto Terkini, Chery, Chery Hybrid System (CHS), Chery Tiggo 7 PHEV, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev