Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PHEV»Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

Abang HirataBy Abang Hirata20/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Audi RS 5 2026

AUDI Sport memperkenalkan model kompak prestasi premium, Audi RS 5 2026 baharu, yang juga model hibrid plug-in (PHEV) prestasi tinggi pertama daripada divisyen tersebut.

Model itu menggabungkan DNA perlumbaan RS dengan teknologi hibrid yang ditala teliti untuk memberikan dinamik pemanduan merangkumi keselesaan pemanduan harian sehingga prestasi litar ekstrem.

 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026

Audi RS 5 2026 menampilkan gaya lebih sasa dengan dimensi 90mm lebih lebar berbanding model asas A5. Bahagian depan didominasi gril Singleframe tiga dimensi (3D) dengan corak sarang lebah dan liang udara Air Curtains.

Lampu depan LED Matriks gelap hadir dengan lampu siang (DRL) digital signatur bertema bendera penamat. Di belakang, difuser aerodinamik dan sistem ekzos sport RS dengan muncung paip bujur kusam melengkapkan imej sport model tersebut.

Trenkuasa Hibrid 639ps

 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5 Avant 2026

Nadi utama Audi RS 5 2026 ialah sistem trenkuasa modular hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan enjin 2.9L Twin Turbo V6 yang dipertingkat dengan motor elektrik berkuasa.

Enjin pembakaran dalaman (ICE) itu kini menghasilkan 510ps, meningkat 60ps berbanding generasi terdahulu hasil penggunaan kitaran Miller lebih cekap dan dua pengecas turbo geometri variabel (VGT).

 Audi RS 5  Saloon 2026

Motor elektrik yang disepadu dalam transmisi hibrid  8-kelajuan menyumbangkan kuasa 130kW (177ps) dan tork 460Nm.

Secara keseluruhan, sistem itu menghasilkan output kuasa 639ps dan tork 825Nm, yang membolehkan Audi RS 5 memecut 0 – 100kmj sepantas 3.6 saat.

 Audi RS 5 Avant 2026

Sistem elektrik 400V disokong bateri 25.9kWj yang membolehkan pemanduan mod elektrik sepenuhnya dan membekalkan tenaga sehingga 8kW kepada unit pemvektoran tork.

Inovasi quattro dengan Kawalan Tork Dinamik (DTC)

 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5 Avant 2026

Audi RS 5  2026 memperkenalkan sistem quattro dengan Kawalan Tork Dinamik (DTC) pada transgandar (transaxle) belakang yang juga teknologi pertama seumpamanya di dunia untuk kereta pengeluaran.

Sistem pemvektoran tork elektro-mekanikal mampu mengagihkan tork ke roda belakang sepantas 15 milisaat (ms). Ia bertindak proaktif untuk memastikan imbangan sempurna antara kelincahan, kestabilan dan cengkaman dengan kekerapan kawalan 200Hz.

Diferensial tengah baharu kini dilengkapi ciri prabeban (preload) supaya sentiasa dalam keadaan separa kunci (partially locked) bagi menguruskan agihan tork depan-ke-belakang antara 70:30 dan 15:85 peratus.

Ini membolehkan agihan kuasa berlaku lebih pantas, mengurangkan masalah belokan kurang (understeer) dan memberikan respons stereng lebih tepat, terutama ketika agihan berat kenderaan berlaku.

Casis, Pengendalian RS Jitu

 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5 Avant 2026

Ketegaran badan Audi RS 5 2026 dipertingkat 10 peratus berbanding model asas untuk memberikan fiil pemanduan lebih terkawal.

Model itu menggunakan suspensi 5-pautan di depan dan belakang yang direka semula sepenuhnya. Suspensi sport RS dilengkapi teknologi penyerap hentak dwi-injap yang membolehkan kawalan lantunan dan mampatan dilakukan berasingan.

Sistem stereng ditala khas dengan nisbah 13:1 untuk respons lebih pantas. Dari segi kuasa henti, Audi RS 5 dilengkapi sistem brek iBRS yang menggabungkan brek regeneratif dengan brek cakera keluli 20 inci atau pilihan seramik 21 inci.

Penggunaan cakera seramik pada roda belakang adalah pertama dalam segmen, yang membolehkan jarak henti 100 – 0kmj dicapai dalam jarak 30.6 meter saja.

Kokpit Digital, Analisis Prestasi

 Audi RS 5  Saloon 2026

Ruang kabin Audi RS 5 2026 menampilkan Skrin Panorama Audi MMI, membabitkan kokpit virtual Audi 11.9 inci dan unit infotainmen skrin sentuh MMI 14.5 inci berasaskan teknologi OLED. Penumpang depan disediakan skrin 10.9 inci khas untuk mengendalikan ciri navigasi atau hiburan.

 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026

Ciri Audi Driving Experience membolehkan pemandu menganalisis data pemanduan secara mendalam seperti penggunaan pedal, Daya G, termasuk suhu tayar dan suhu bateri.

Bagi kegunaan di litar lumba, sistem boleh merekodkan masa pusingan dan sektor, termasuk mencipta profil litar baharu secara automatik. Kamera papan pemuka juga boleh ditambah untuk merakam video pemanduan secara visual.

Pakej Audi Sport, Eksklusiviti

Bagi pelanggan yang mahukan prestasi tambahan, pakej Audi Sport menawarkan peningkatan kelajuan tertinggi sehingga 285kmj.

Pakej itu merangkumi warna eksklusif Bedford Green Metallic, rim 21 inci hitam dua sisi dan sistem ekzos sport RS dengan muncung hitam kusam.

Ruang dalaman pakej menggunakan bahan Dinamica hitam pekat dengan sulaman corak sarang lebah pada kerusi sport.

Spesifikasi Teknikal Audi RS 5

Audi RS 5 2026

Enjin: 2.9L Twin-Turbo V6 TFSI
Motor Elektrik: 130 kW (177 ps) / 460 Nm
Output Gabungan: 639 ps / 825 Nm
Transmisi: Tiptronic lapan kelajuan hibrid
Sistem Pacuan: Quattro dengan Kawalan Tork Dinamik (pemvektoran tork elektro-mekanikal)
Pecutan 0 – 100kmj: 3.6 saat
Kelajuan Maksimum: 250kmj (285kmj dengan pakej Audi Sport)
Kapasiti Bateri: 25.9kWj (22kWj bersih)
Pengecasan AC: Sehingga 11kW (0 – 100 peratus dalam 2.5 jam)
Berat: 2,355kg (sedan) | 2,370kg (Avant)
Lebar Badan: Tambahan 90mm berbanding A5 standard
Rim dan Tayar: 20 inci (standard) | 21 inci (pilihan) dengan tayar 285/35
Sistem Brek: Keluli 420mm (depan) | 400mm (belakang), dan Pilihan seramik 440mm | 410mm
Skrin Dalaman: 11.9 inci (kluster instrumen) | 14.5 inci (MMI) | 10.9 inci (penumpang)

 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5 Avant 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
 Audi RS 5  Saloon 2026
Audi Audi RS 5 Audi Sport Hibrid Plug-In (PHEV) Kompak Prestasi Premium Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Aksesori

    Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

    07/04/2026
    PHEV

    Denza B8 Kini Buka Pendaftaran Minat, SUV Off-Road Premium Bakal Tiba di Malaysia

    06/04/2026
    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    #NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.