Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi RS 4 Avant edition 25 years Rai Wagon Ikonik RS 4 Avant dengan Kuasa Dipertingkat 467hp!
Roda4

Audi RS 4 Avant edition 25 years Rai Wagon Ikonik RS 4 Avant dengan Kuasa Dipertingkat 467hp!

Abang HirataBy Abang Hirata12/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA meraikan ulang tahun ke-25 wagon ikonik RS 4 Avant, Audi menawarkan model istimewa Audi RS 4 Avant edition 25 years. Bukan saja berprestasi, wagon ini juga menyerlah dalam warna Imola Yellow (kuning).

Pada era 90-an, Audi menggagaskan idea wagon atau estate prestasi melalui Avant RS2 dan S6 plus. RS2 ialah projek kerjasama antara Audi dan Porsche.

Di sebalik dua model itu, RS pertama daripada quattro GmbH, atau hari ini dikenali sebagai Audi Sport GmbH, adalah Audi RS4 Avant generasi B5 1999 (foto atas).

Berbanding Audi S4, varian RS hadir dalam badan lebar dan enjin 2.7L 6-silinder biturbo yang dibangunkan dengan kerjasama Cosworth yang menghasilkan kuasa 380ps (377hp).

Versi paling sporty RS 4 generasi pertama ditawarkan di pasaran pada 2001 melalui RS4 Sport yang dilengkapi suspensi lebih rendah, kerusi buket, ekzos sport dan stereng sued. Jadi RS 4 Avant edition 25 years mengutip jejak tersebut sebagai versi paling sporty dalam siri B9 di pasaran.

Kuasa Naik kepada 470ps!

Enjin 2.9L V6 biturbo memiliki output kuasa 470ps (467hp) dan tork 600Nm, iaitu 20ps lebih tinggi berbanding RS 4 Avant biasa.

Kuasa lebih tinggi diterjemah pada pecutan 0-100kmj sepantas 3.7 saat atau 0.4 saat lebih laju daripada versi standard, manakala kelajuan maksimum dipertingkat kepada 299kmj.

Sistem ekzos sport RS dengan muncung hitam kusam melaungkan deruman mengasyikkan dan brek seramik standard RS memberikan daya hentian cemerlang.

Absorber Boleh Laras Manual

Model ini dilengkapi suspensi RS sports pro dengan absorber boleh laras manual, manakala badan kereta 10mm lebih rendah daripada RS 4 Avant biasa.

Jika tidak cukup, badan kereta boleh direndahkan 10mm kepada 20mm secara keseluruhan.

Bias Belakang, Anjakan Gear Lebih Pantas

Kawalan kereta turut diberi kepada diferensial quattro sport dengan bias pada bahagian belakang, terutama  dalam mod pemanduan dinamik.

Kemas kini perisian dalam unit kawalan transmisi menjadikan anjakan gear lebih pantas selain julat lebih lebar antara mod pemanduan.

Kamber Negatif Ditambah

Khusus untuk edisi 25 tahun, kamber negatif bahagian depan dinaikkan kepada 2º dan menggunakan lengan kawalan (control arm) lebih tegar.

Perubahan tersebut meningkatkan lagi cengkaman dan pengendalian lebih baik untuk kelajuan di selekoh yang lebih pantas.

Subfrem kekal di gandar belakang menyumbang kepada respons suspensi lebih jitu selain prestasi keseluruhan lebih baik. Turut memberi sumbangan diferensial Torsen.

Tayar Pirelli P Zero Corsa dan Tayar Tambahan

Tayar standard Pirelli P Zero Corsa direka untuk jalanan dan litar lumba yang membalut rim aloi 20 inci dalam warna Matte Paladium.

Pelanggan juga dibekalkan set tayar tambahan Pirelli P Zero Trofeo RS jenis semi slik bersensor dan sistem Pirelli Track Adrenaline. Tayar ini direka khusus untuk litar lumba dan dibekalkan khusus dengan rim aloi 20 inci hitam kusam.

Sistem Track Adrenaline dan sensor tayar memberikan maklumat masa nyata mengenai tekanan dan suhu tayar melalui aplikasi telefon pintar.

Lagi Ciri Audi RS 4 Avant edition 25 years

  • Cermin sisi hitam kilat.
  • Inlay hitam pada lampu belakang – kali pertama digunakan.
  • Logo cincin dan tulisan Audi hitam kilat.
  • Rel bumbung ditanggalkan.
  • Sistem Bunyi B&O 3D.
  • Tulisan ‘RS 4 edition 25 years’ pada cermin sukuan belakang.
  • Kit badan karbon kusam.
  • Ruang dalaman dengan sulaman benang kuning ala hitam dan kuning dalam RS4 Sport 2001.
  • Karpet lantai dengan logo RS 4 – kali pertama digunakan.
  • Logo Audi Sport merah dan tulisan RS hitam ditukar kepada kuning.
  • Kerusi buket RS dengan corak sarang lebah dan balutan kulit dan Dinamica dalam hitam gelap dan sulaman kuning.
  • Pilihan warna latar belakang putih untuk takometer dan spidometer dan tribut kepada Avant RS2 1994 dengan jarum analog putih.
  • Nombor siri pada konsol tengah daripada 1 hingga 250. Hanya 5o unit untuk pasaran Britain.

Warna dan Harga (OTR di Britain)

Sempena meraikan warna RS4 Sport, model ini ditawarkan dalam warna Imola Yellow (kuning) dan pelanggan diberikan pilihan Nardo Grey dan Mythos Black.

  • Nardo Grey, solid – £115,880 (RM695,070).
  • Mythos Black, metalik – £116,555 (RM699,115).
  • Imola Yellow, Audi Exclusive – £119,180 (RM714,860).
Audi RS 4 Avant edition 25 years
Audi RS 4 Avant
Audi RS 4 Avant edition 25 years dan Audi RS 4 Avant
Audi AUDI RS 4 Audi RS 4 Avant Audi RS 4 Avant edition 25 years Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

    By ZY22/07/201914
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.