Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Art Of Speed (AOS) 2025 Kembali Gegar MAEPS Serdang, Lebih ‘Gempak, Mendonia’!
Auto Terkini

Art Of Speed (AOS) 2025 Kembali Gegar MAEPS Serdang, Lebih ‘Gempak, Mendonia’!

SyafieBy Syafie04/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Art of Speed (AOS) 2025
ACARA tahunan paling dinanti peminat Kustom Kulture dan Counter Culture, Art Of Speed (AOS) 2025, kembali dengan skala lebih besar dan tarikan lebih gempak!

Bertemakan ‘Kustom Ada Gaya‘, edisi kali ini bakal menggamatkan Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Serdang pada 26 dan 27 Julai 2025.

Lebih Ramai Tetamu Antarabangsa, Komuniti Global

Art of Speed (AOS) 2025

Kali ini, AOS 2025 menampilkan lebih ramai tetamu antarabangsa dari pelbagai negara. Antara nama besar bakal hadir ialah:

  • Shige Suganuma dan Hiro ‘Wildman’ Ishii dari MOONEYES (Jepun)
  • Brendon Vetuskey (pereka Hot Wheels dari Amerika Syarikat)
  • Darren McKeag (McKeag Art)
  • Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon (Jepun)
  • Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman’s Ride (Australia)

Turut serta ialah artis dan pereka terkenal dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina, yang menjadikan AOS 2025 benar-benar bersifat antarabangsa.

Tiga Motosikal Kustom Ikonik Dibawa Khas

Logo Art of Speed (AOS) 2025

AOS 2025 turut mempamerkan tiga jentera kustom istimewa daripada pembina legenda dunia seperti:

  • BMW R18 ‘Ground 0’ – Yuichi Yoshizawa dari Jepun, dibina khas sempena ulang tahun ke-100 BMW.
  • Harley-Davidson Knucklehead Chopper – Masa Sugihara dari Luck MC (Jepun) dengan rekabentuk aerodinamik minimalis.
  • Harley-Davidson Flathead – Ben Forster (Australia), pembina kustom ikonik yang buat julung kali hadir ke Malaysia.

World of Wheels, Parade, dan Fotografi Profesional

Art of Speed (AOS) 2025

Antara segmen baharu tahun ini ialah World of Wheels (WOW) daripda MotorTakaful.com yang akan menampilkan pertandingan Show & Shine eksklusif di Dewan A.

Studio fotografi profesional turut disediakan pasukan NoEqual.co untuk memberi peluang pemilik kereta dan motosikal merakam gambar kenderaan mereka dalam kualiti premium.

Tidak ketinggalan, perhimpunan kelab kereta juga berlangsung di boulevard utama sepanjang Sabtu dan Ahad.

Kolaborasi Eksklusif, Aktiviti Pelengkap

AOS 2025 juga memperkenalkan lima kolaborasi utama seperti:

  • Art of Speed x Hot Wheels
  • Art of Speed x FK (rekaan kasut)
  • Art of Speed x High Cultured (streetwear tempatan)
  • Art of Speed x XOCKS
  • Art of Speed x MOONEYES (rai 10 tahun kerjasama)

Segmen baharu ‘Collectible Alley‘ di Dewan C juga akan memperkenalkan pelbagai jualan diecast, barangan koleksi dan memorabilia kustom kepada pengunjung.

Tiket, Maklumat Tambahan

Peta Art of Speed (AOS) 2025

Tiket awal (Early Bird) kini dijual secara dalam talian pada harga RM35 (Weekend Pass) dan RM40 (Sunday Pass). Kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU masuk PERCUMA.

Tiket Valet Parking VIP juga tersedia pada harga RM30 sehari.

Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh layari laman web rasmi AOS2025.

AOS2025 Art of Speed (AOS) 2025 Auto Terkini kustom kulture Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.