Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Art of Speed (AOS) 2023 di MAEPS, Bermula 29 dan 30 Julai Ini
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) 2023 di MAEPS, Bermula 29 dan 30 Julai Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ACARA Art of Speed (AOS) edisi 2023 akan berlangsung selama dua hari di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 29 dan 30 Julai 2023, bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

Sama seperti penganjuran sebelum ini, AOS akan mempamerkan pelbagai jenis kenderaan ekstrem termasuk motosikal kustom premium termasuk beberapa penambahbaikan untuk kepuasan pengunjung. Ada lebih 500 kenderaan akan dipamerkan di AOS 2023.

BACA >>> 200k Pengunjung Bakal Hadiri Malaysia Autoshow 2023, Ada Model Bakal Lancar?
BACA >>> Art of Speed (AOS) 2022 – Kolaborasi Malaysia-Indonesia Bikin Vespa Klasik Jadi Versi Elektrik!

BOLEH MENANG KERETA KUSTOM

Seorang pemegang tiket akan membawa pulang seunit Toyota Celica (1979)  kustom penuh dengan suspensi udara daripada Art of Speed Malaysia (AOSM).

HARGA TIKET

  • Pas hujung minggu: RM35
  • Pas Speed Lane: RM60 (pintu masuk dibuka 9 pagi dan pas sah untuk dua hari)
  • Percuma: Kanak-kanak bawah 12 tahun, Golongan Kelainan Upaya (OKU)
  • SoundCircus Festival + Kombo Pas Hujung Minggu: Akan diumumkan kelak.

BACA >>> Permintaan Jadi Realiti, Toyota GR Supra Manual 6-Kelajuan Diperkenal!

APA TARIKAN UTAMA AOS 2023

Acara kali ini melibatkan pameran tertutup seluas 350,000 kaki persegi dan ruang luar (terbuka) dengan keluasan 8.6 ekar iaitu:

DEWAN A

  • Kustom & Koffee Talk – Topik perbincangan bersama tetamu jemputan tentang trend terbaharu industri kereta dan motosikal . – Dewan A (Sabtu, 3.30 petang).
  • Show & Shine – pameran kereta dan motosikal kustom/modifikasi terpilih . Pemenang boleh menang trip ke Pameran 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom (Disember 2023). – Dewan A.

DEWAN B

  • Konvensyen 1st Official Hot Wheels Collector dengan pelbagai aktiviti untuk peminat Hot Wheels termasuk Pertandingan Rekabentuk Hot Wheels x PROTON (kanak-kanak) – Dewan B.
    • Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles Exhibition.
    • Hot Wheels Skate School.
    • Hot Wheels Swap Buy & Sell.
    • Meet & Greet pereka terkenal Hot Wheels dari AS.
    • Cubaan cipta rekod pembentukan terbesar Hot Wheels di Malaysia.
    • Mattel akan berganding dengan Proton untuk Pertandingan Hot Wheels x PROTON Kids Design.
    • Hot Wheels Legends Tour.

DEWAN C

  • NEAT Fest – pameran kenderaan modifikasi terpilih. – Dewan C.
  • Off The Grid – gaya hidup perkhemahan. – Dewan C.

DEWAN D

  • Hail Vintage – menampilkan pameran koleksi vintaj bertemakan musik. – Dewan D.

Satu lagi acara terbaharu AOS edisi 2023 ialah Outdoor ThunderCircus ‘Brotherhood Rally’ iaitu kawasan terbuka untuk peminat motosikal termasuk pertunjukan aksi lagak ngeri membabitkan penunggang profesional.

BACA >>> Lebih 40 Jenama Automotif Sertai Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023!

ADA KONSERT

SoundCircus Festival tetap tersenarai dalam program AOS 2023 tetapi tarikh akan dimaklumkan kelak. PERINGATAN: SoundCircus Festival hanya untuk mereka berumur 16 tahun dan ke atas!

ACARA LAIN

  • Roda Rumble 2022 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
  • La Cultura – Perhimpuanan Penghargaan Budaya Chicano yang pertama di Malaysia, termasuk pertunjukan fesyen gaya Cholo dan Chican dan lain-lain.
  • Bazar fesyen moden Streetware Con – Dewan D
  • Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour
  • Tapak Makanan trak makanan (food truck), bazar jualan dengan tapak terlindung di tingkat paling bawah Dewan D
  • Pasar lambak automotif
  • Perasmian produk atas pentas
  • Zon pandu uji motosikal – Ducati, Royal Allpy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph dan Harley-Davidson

Pengarah Festival Art of Speed Malaysia (AOSM), Asep Ahmad Iskandar berkata:

Sejak penganjuran kali pertama, Art of Speed Malaysia berjaya menjadi pengumpulan peminat motosikal, kereta, pengamal seni, pemuzik, pengumpul barangan dalam satu skala besar-besaran. Tahun ini adalah penganjuran kali ke-12.”

TETAMU ISTIMEWA, MEDIA ANTARABANGSA

AOS 2023 dijangka menjadi lebih meriah dengan kehadian tetamu istimewa dari komuniti kustom antarabangsa seperti:

  • Shige Suganuma, Emi Suganuma, ‘Sunny’ Yano & Michi ‘NATQQ’ – MOONEYES, Jepun
  • Cycle Zombies, Amerika Syarikat (AS)
  • V-Twin Visionary, AS
  • Wild Road Choppers, Jepun
  • Cosmic Chopper City, Jepun
  • Geoff – Return of Cafe Racer, AS USA
  • Dino Dalle Carbonare – Speedhunters.com, Jepun
  • Side Yakotani, Jepun
  • Hopping Shower; Jepun
  • Boopin, Jepun
  • Ken Flat Top, Jepun
  • Jetwrench_artstudio, Jepun
  • Vondutch, Indonesia
  • Ya Seat, Thailand
Art of Speed (AOS) Art of Speed (AOS) Malaysia 2023 Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Toyota Celica (1979)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.