• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Arai Rapide-Neo - Helmet Retro Moden untuk Peminat Gaya Lumba 80-an

Arai Rapide-Neo - Helmet Retro Moden untuk Peminat Gaya Lumba 80-an

May 8, 2019 By Aryon Leave a Comment

660
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ARAI melancarkan helmet retro baharu untuk pasaran Jepun dengan slogan 'Retro Modern New Old School', iaitu helmet muka penuh Rapide-Neo yang melepasi ratiang piawaian badan keselamatan helmet, Snell.

Helmet moden klasik itu diilhamkan daripada rekabentuk helmet Arai dekad 80-an yang pasti membuatkan peminat Kejuaraan Superbike dan Grand Prix (GP) 1980-an jatuh cinta. Jika anda meminati jentera ala Suzuki Katana baharu, atau mana-mana motosikal futuristik retro, anda mungkin menjadikan model helmet ini sebagai pilihan.

BACA >>> Tentang Standard Keselamatan Helmet yang Perlu Anda Tahu

Rating Snell dimiliki Rapide-Neo dan ciri teknologi tinggi menjanjikan kualiti pembuatan dan keselamatan terbaik helmet ini. Visor dengan Sistem Paksi Variabel (VAS) direndahkan 24mm untuk mendapatkan ekstra perlindungan dalam ujian hentakan. Binaan cengkerang PB-cLc2 dihasilkan menggunakan gentian kaca khas dengan gentian ketumpatan tinggi dan kuat.

Menurut Arai, material digunakan Rapide-Neo ialah 40 peratus lebih kuat dan enam kali lebih mahal daripada gentian kaca biasa. Di sebaliknya ialah 20 lapisan komposit pelindung, dan bagi mengelak keretakan ketika kemalangan, Super Fiber Belt (SFB) daripada helmet Formula Satu (F1) digunakan untuk memperkuatkan struktur helmet. Ia juga dilincungi pelapik pelbagai ketumpatan, Multi Density Liner (MDL).

Permukaan tanpa ventilator udara pada atas helmet memberikan penampilan yang bersih, dan klasik. Aliran udaran sejuk disalurkan menerusi ventilator pada dahi, gril pipi dan dua celahan  di bawah belakang helmet, dan nozel ekzos di belakang pad leher.

BACA >>> Arai RX-7X Maze Tampil 4 Pilihan Grafik Baharu - Harga RM2,247

Juga ada satu suis untuk menutup gril depan dan membiarkan ventilator atas terbuka untu operasi nyah fros dan nyah kabus. Ventilator dahi juga boleh dibuka dan ditutup.

Skirt bawah pula berfungsi sebagai ejen aerodinamik dan penyerap hentakan tambahan, sama seperti bampar kereta. Aksesori tambahan juga boleh dipasang untuk mengurangkan bunyi bising melampau. Material dalaman helmet ini juga boleh ditanggalkan, anti bakteria dan tidak berbau.

Helmet ini didatangkan standard dengan visor ringan warna gelap cerah, tetapi boleh ditukarkan dengan visor VAS-V lain, termasuk jenis pasang-tanggal dan VAS-V Pro Shade System.

Namun produk ini bukan murah harganya. Rapide-Neo didatangkan dalam 5 saiz, warna solid berharga  ¥46,000 (RM1,730), manakala versi grafik ¥54,000 (RM2,030). Setakat ini untuk pasaran Jepun sahaja, dan model global belum diumumkan. Jadi kenalah selalu pantau di wakil pengedar Arai terdekat.

BACA >>> Arai RX-7X SP - Rai Kemenangan Pertama Freddie Spencer dalam Kejuaraan Amerika

GALERI

Artikel Berkaitan

660
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Arai Rapide-Neo, helmet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my