Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aprilia Kemas Kini RS 125, Tuono 125 (2021) untuk Eropah, Harga Mula RM25.7k
Auto Terkini

Aprilia Kemas Kini RS 125, Tuono 125 (2021) untuk Eropah, Harga Mula RM25.7k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/05/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APRILIA mengemas kini sportbike fairing RS 125 dan naked bike Tuono 125 edisi 2021 untuk pasaran Eropah yang kini hadir dengan enjin patuh Euro5 dan menyerupai model abang besar, RS 660 dan Tuono 660.

RS 125 dijual pada harga £4,600 (RM26,330), manakala Tuono 125 £4,500 (RM25,760).

Berikut ciri menarik RS 125 dan Tuono 125 (2021):

  • RS 125 hadir dalam dua pilihan warna Aprilia Black (hitam) dan Sintesi Blue (biru), manakala Tuono 125 mempunyai tiga pilihan warna Aprilia Black (hitam), Lightning White (putih) dan Arrow Grey (kelabu).
  • Trenkuasa digunakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 124.2cc DOHC berkuasa 14.8hp @ 10,000rpm dan tork 11.3Nm @ 8,000rpm.
  • Menggunakan sproket saiz 58 berbanding 60 pada model sebelumnya untuk prestasi lebih responsif.

  • Bahagian depan direka mirip model 660 dengan ciri lampu LED penuh. Lampu utama disepadukan bersama lampu siang (DRL), dan lampu signal belok dalam satu unit. 
  • Kedua-dua model menggunakan panel meter digital latar biru dan putih dengan pilihan sambungan Bluetooth untuk akses sistem multimedia Aprilia.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 40mm di depan, dan swingarm asimetrik digunakan di belakang. 
  • Dipadankan brek cakera 300mm dengan kaliper 4-piston untuk roda depan, dan brek cakera 218mm dengan kaliper piston tunggal untuk roda belakang. Turut dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran buatan Bosch.

BACA >>> Aprilia RS660 (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM59.9k
BACA >>> Aprilia Lancar Tuono V4, Tuono V4 Factory (2021), Kuasa 175hp

SUMBER: Motorcycle.com

Aprilia aprilia rs 125 Aprilia RS 660 aprilia tuono 125 Aprilia Tuono 660 roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.