Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19
Auto Terkini

#FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19

Han OthmanBy Han Othman01/04/202096 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA 20 bank yang menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akibat penularan wabak COVID-19.

Terbaharu, Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan secara automatik berkuat kuasa bermula 1 April ini.

Kepada pemohon yang diberikan notis cuti tanpa gaji, anda boleh memohon bantuan kewangan RM600 sebulan melalui PERKESO. 

Malah, ramai juga belum faham dan bertanya kepada kami apa itu moratorium dan bagaimana nak buat untuk tangguh bayaran. Bagi memudahkan semua, maka kami buat satu artikel edisi mudah faham tentang cara pengangguhan bayaran pinjaman Bank akibat Covid-19.

* Gaya bahasa kali ini lebih santai dan tidak skema serta menggunakan beberapa istilah Inggeris bagi memudahkan pemahaman. Harap maklum.

1. APAKAH MORATORIUM?

Penangguhan bayaran balik pinjaman bank, atau dikenali sebagai moratorium, bertujuan meringankan beban peminjam yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Kerajaan, baru-baru ini.

Tiada sebarang caj, penalti atau denda dikenakan sepanjang proses moratorium. Ini bermakna anda tidak perlu membayar ansuran bulanan kereta atau rumah sepanjang tempoh enam bulan. Antara bank yang terlibat ialah:

  • Bank Rakyat
  • SME Bank
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Public Bank / Public Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Muamalat
  • HSBC Amanah
  • Affin Bank
  • OCBC
  • TEKUN
  • AmBank
  • Bank Pembangunan Malaysia Berhad
  • Bank Islam
  • MBSB Bank
  • Alliance Bank
  • Standard Chartered Saadiq
  • RHB Bank

2. APA JENIS PINJAMAN BOLEH MINTA TANGGUH?

Antara produk yang dibenarkan penangguhan hanyalah:

  • Pembiayaan peribadi
  • Pinjaman rumah
  • Sewa beli kereta
  • Kad kredit
  • Pinjaman SME
  • Overdraft

3. AEON CREDIT BOLEH MINTA TANGGUH PINJAMAN?

Ya boleh, tapi bukan enam bulan. FAQ mengenai pinjaman AEON Credit, anda boleh rujuk sini.

4. SAYA TERSENARAI DALAM AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KRESIT (AKPK), ADAKAH LAYAK?

Ya, anda juga layak menikmati penangguhan pinjaman secara automatik. Penangguhan ini berkuatkuasa April sehingga September 2020.

5. APAKAH DOKUMEN DIPERLUKAN?

Tiada sebarang dokumen diperlukan kerana ia adalah automatik (kecuali kad kredit). Hanya stay at home!

BACA >>> Covid-19: Boleh Tangguh ‘Road Tax’, Tapi Kena Ada Insurans

6. MACAM MANA NAK TAHU SAYA LAYAK ATAU TAK?

Sekiranya anda tidak mempunyai tunggakkan melebihi 90 hari pada 1 April 2020, maka anda adalah layak menikmati penangguhan ini. Untuk pinjaman kad kredit, anda perlu menghubungi bank untuk minta penangguhan.

7. BAGAIMANA JIKA SAYA SUDAH ADA TUNGGAKAN MELEBIHI 90 HARI SEBELUM INI?

Peminjam dinasihati supaya menghubungi bank untuk mendapatkan bantuan.

8. KEWANGAN SAYA STABIL DAN TAK MAHU PENANGGUHAN, APA PERLU SAYA LAKUKAN?

Anda perlu menghubungi bank jika ingin memilih untuk tidak menyertai pakej penangguhan automatik ini. Atau boleh membuat pembayaran sepenuhnya pada tepat pada masanya.

9. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN FAEDAH ATAU TAMBAHAN BAYARAN JIKA AMBIL PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN?

Bagi pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak yang merangkumi pinjaman pokok dan faedah (iaitu terkompaun) semasa tempoh moratorium.

Bagi pembiayaan Islam, keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) pada jumlah pokok yang belum dijelaskan. Namun begitu, keuntungan tersebut tidak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah.

Walau bagaimanapun, bank-bank tidak dibenarkan mengenakan bayaran penalti lewat atas jumlah tertunda. Dalam erti kata lain, bayaran balik pinjaman hanya tertangguh selama enam bulan.

10. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN REKOD CCRIS SEPANJANG TEMPOH PENANGGUHAN?

Tidak.

11. ABANG NAMPAK KACAK, BOLEH BERIKAN NOMBOR TELEFON SETIAP BANK UNTUK BERTANYA?

Memandangkan dah panggil abang kacak, berikut ialah nombor telefon bank yang anda boleh hubungi:

  • CIMB / CIMB Islamic 03-62047788
  • Maybank / Maybank Islamic 1-300-88-6688
  • Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic 03-76268899
  • Affin Bank / Affin Islamic 03-82302222
  • AmBank 03-21788888
  • Bank Islam 03-26900900
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) 1300-88-1900
  • Agro Bank 1-300-88-2476
  • Bank Muamalat 1-300-88-8787
  • Bank Rakyat 1-300-80-5454
  • HSBC Amanah 1-300-88-2626
  • Public Bank 1-800-22-5555
  • OCBC Al Amin Bank Berhad 03-83149310
  • MBSB Bank 03-20963000
  • RHB Bank / RHB Islamic 03-9206 8118
  • Standard Chartered Saadiq 1-300-88-8888
  • Alliance Bank 03-55169988
  • Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) 03-26113888
  • SME Bank 03-26037700
  • Bank Negara 1-300-88-5465
  • AIBIM 03-20268002 – Info lanjut anda boleh rujuk portal AIBIM di sini.

BACA >>> Covid-19: Benarkah Roti Putih Gardenia Habis Stok Sebab Kilang Tutup?

apa nak buat Auto Terkini Bank Malaysia Cara Mohon Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Covid-19 Prosedur Mohon Moratorium
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Almera 2026 Kini Di Thailand Dengan Piawaian EURO 6!

30/01/2026
Kempen 'Hypermarket Sweep'
Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’

31/01/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Petronas Sprinta F900HD
Auto Terkini

Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’

30/01/2026

96 Comments

  1. Junaidi mohamad John on 23/03/2020 20:46

    Saya memang lambat bayar pinjaman sewa beli kereta di musim covid-19 ini.

    Reply
  2. Wandy on 24/03/2020 12:02

    Mohon penangguhan sewa beli kenderaan atas sebb x dpat melakukan tugasan harian disbbkan covid-19

    Reply
  3. Wandy on 24/03/2020 12:05

    Mohon penangguhan pembayaran bulanan kenderaan disbabkan tempoh covid-19

    Reply
  4. nurul on 25/03/2020 08:42

    boleh ke lambat bayar musim covid ni? ada extra chrges x

    Reply
  5. Asri. A'azir on 25/03/2020 10:56

    1. Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas Covid-19)
    2. Penyata bank (sebelum dan selepas Covid-19)

    Macamana nak beri penyata bank dan slip gaji selepas Covid-19? Ada kah saya tahu bila Covid-19 ini akan berhenti?

    Bank ni, mintak benda bodoh, cakap tak serupa bikin….
    Jangan berpura pura nak tolong.

    Reply
  6. Mohamad Amin on 25/03/2020 15:46

    Kalau kerja kerajaan yang Potongan deret melalui slip gaji yg dia Potong Oleh pihak bank boleh mohon jugak ker untuk penanguhan pembayaran?

    Reply
  7. Ayu on 25/03/2020 19:00

    Macam mana kalau saya dh buat penstrukturan semula MBSB dengan AKPK? Adakah layak untuk mohon penangguhan?

    Reply
  8. Zulkifli on 26/03/2020 01:07

    Maaf saya teramat rasa kesal mcmana lain bank boleh bgi buat pernaguahan perbayaran kerana carona 19 ini tpi ada satu bank yg teramat bodoh lagi boleh buat susahkan semua yg ada buat perminjaman beli kereta pd satu bank ini iaitu bank AEON credit apa kerna AEON credit ini bkan bank dlm malaysia punya ke apa boleh saya thu… Klau saya ckp ini slah harap di maafkan… Itu saja dri saya…sekian terima kasih…

    Reply
  9. Xxx on 26/03/2020 14:35

    Loan koperasi tak terlibat ke☹️

    Reply
    • Abang GYL on 26/03/2020 16:20

      Tidak tuan. Itu atas inisiatif koperasi itu sendiri

      Reply
  10. aeisha on 26/03/2020 14:58

    Sya pun membayar kereta di aeon juga.. rasanya apa bikin bayar di aeon aa klo tiada pendapatan?.. rasanya bnyk lah yg kena tarik kereta ni

    Reply
  11. jani on 26/03/2020 15:55

    Kenapa tiada penangguhan aeon bank? Mcm mna mau bayar kereta? Kerajaan tolong lah.. kebanyakan yg peminjam kereta dari aeon ni smua yg bergaji rendah… kenapa tiada penangguhan? Tarik ja lah kereta tu…. dari pada saya dan keluarga tidak dapat makan.. bayaran baru 400 pun tak mampu suda ni bayar tuan

    Reply
    • Abang GYL on 26/03/2020 16:20

      Tidak tuan. Itu atas inisiatif Aeon Credit itu sendiri

      Reply
  12. Intan suraya on 26/03/2020 16:44

    Aoen kredit tolong la faham rakyat list kan jelaa semua bank tanpa kecualian.

    Reply
  13. Adam on 26/03/2020 20:32

    Pinjaman perumahan kerajaan?

    Reply
  14. Yana on 26/03/2020 20:50

    Sya pn loan aeon knp tk d beri penanguhan…dh 3 ari sya col aeon jb tk angkat2 ke tk nk jwb…klu sya thu cm gini aeon dri dlu sya tk nk abik aeon …

    Reply
  15. Zue on 26/03/2020 21:04

    Aeon credit kalau bayar melalui mybank ada penangguhan jugak atau tak ye

    Reply
  16. ALANGO on 26/03/2020 21:50

    Kenape Aeon kredit ini shj tak tolong rakyat.saya punye loen dekat aeon cradit juga kerajaan tolong rakyat bagi penyelesaian masalah aeon ini

    Reply
  17. Ace on 27/03/2020 09:21

    Kereta baru belum sampai sebulan boleh buat penangguhan tak

    Reply
    • Abang GYL on 27/03/2020 11:06

      Tidak boleh. Atleast loan dah pernah bayar min 3 bulan

      Reply
  18. Joearie on 27/03/2020 12:07

    Kenapa no cimb x dpat di hubungi ??

    Reply
  19. Duke on 27/03/2020 15:42

    Aeon cdit memng.. Duit ja d kepala.. Xpa klo xtanguh xpyh byr lah,kluar pn sush puih

    Reply
  20. Hisabdin A.Rahim on 27/03/2020 20:19

    Sabah Credit ada penangguhan kah..harap ada pencerahan..

    Reply
  21. Haziq on 27/03/2020 20:22

    Saya nak tnya.. kalau sy baru buat loan kereta dgn cimb xsmpai sbulan lagi.. layak ke?? Terima kasih..

    Reply
    • Abang GYL on 29/03/2020 09:42

      Tidak layak. Min pembayaran pernah dibuat adalah 90 hari

      Reply
  22. suriani on 27/03/2020 20:49

    chailease berjaya kredit ada buat penangguhan bayaran atau tidak..keadaan btl2 terkesan..mcm mana nk byar..

    Reply
  23. Jegan on 27/03/2020 21:01

    Apakah loan yang ambil di syarikat berlesen juga boleh tangguh bayaran selama 6 bulan. Ada kerajaan akan tolong dalam situasi ni pada rakyat.

    Reply
    • Abang GYL on 29/03/2020 09:41

      Tidak buat masa ini kerana mereka bukan institusi kewangan

      Reply
  24. Lynn on 27/03/2020 21:24

    Pinjaman perumahan kerajaan menerusi LPSA terlibat x dlm program ni?

    Reply
  25. Anita on 27/03/2020 23:05

    Saya ada ambil personal loan di mbsb bank. bayaran loan melalui potongan gaji Biro Angkasa.

    Adakah potongan biro angkasa pun boleh dapat penangguhan moratorium selama 6 bulan juga.

    Adakah penangguhan ni saya kena apply atau tak perlu.

    Reply
    • Abang GYL on 29/03/2020 09:41

      Cuma perlu bagitahu majikan jangan buat potongan

      Reply
  26. Nitya on 27/03/2020 23:45

    Sy nak tahu bank Aeon ade buka ke …sebab kereta sdh tarik tp sy col bank Aeon tak de jawap…sy nak bayar duit pun susah sebab sy tak tahu bank Aeon ade buka ke tak???kereta pun dah habis masa utk bayar sebab covid 19 tak dpt keluar rumah..

    Reply
    • Abang GYL on 29/03/2020 09:40

      buat masa ini tiada surat dikeluarkan AEON Credit mengenai penangguhan bayaran

      Reply
  27. Arieza on 28/03/2020 01:01

    Sekiranya masih di bayar gaji tetapi belum pasti berapa lama di bayar gaji, adakah boleh mendapat penangguhan kerana keadaan sekarang agak gawat

    Reply
    • Abang GYL on 29/03/2020 09:40

      Boleh minta penangguhan

      Reply
  28. wan on 28/03/2020 02:25

    apa mslh aeon kredit…org tngh susah…kna tak biat penanguhan….tollllong la kerajaan…yg meminjam nga aeon org berpendapatan rendah..yg meminjam dengaaan bank semua gaji tnggi..orgg yg. berpendapatan rendah ni hanyaa dengan. eeon. saja lluss…Say pon. ad. loan dengan eon…kenapa kerajaan tak bantu… kami merayu pada kerajaan…kalau kami mampu kami tdk bersuara….

    Reply
  29. Donn on 28/03/2020 09:59

    Adakah pinjaman perumahan kerajaan juga terlibat dalam penangguhan bayaran ini?

    Reply
  30. azman on 28/03/2020 10:47

    pembayaran motor juga boleh di tunda ya

    Reply
  31. Iza on 28/03/2020 14:23

    UOB tak terlibat ke

    Reply
  32. RusSty on 28/03/2020 16:13

    Aeon crdit pikir la skit.. Keadaan mcm ni mne nk cri duit.. Bkn suka2..

    Reply
  33. Mel on 28/03/2020 16:43

    Loan dari easy rhb utk asb boleh tangguh ke?

    Reply
  34. Otek on 29/03/2020 00:50

    Tidak melebihi 90 hari tue maksudnya apa? 3 bulan ke?

    Reply
    • Abang GYL on 29/03/2020 09:21

      Ya

      Reply
  35. Rose on 29/03/2020 08:04

    Saya mempunyai tunggakan kereta di Toyota Capital selama 90 hari dan sudah dikeluarkan surat penarikan kereta, adakah penarikan masih diteruskan dalam situasi covid19 ini

    Reply
    • Abang GYL on 29/03/2020 09:20

      Penarikan mungkin akan dibuat selepas PKP ditarik balik

      Reply
  36. ina on 29/03/2020 18:43

    loan bawah koperasi tidak di tangguh ke??pdhal dari sumber kewangan dari BNM juga??

    Reply
  37. Anil on 29/03/2020 20:53

    CHAILESE BERJAYA ada buat penangguhan ke boss?

    Reply
  38. Adi on 30/03/2020 01:12

    Kepada pihak eon saya mengharap jasa budi baik pihak eon Credit dapat memberi penangguhan bayaran payment kereta dan lain2 kerana kami tidak dapat melakukan pekerjaan kerana keadaan penyakit corono virus sedang meningkat..mohon jasa baik pihak eon kami amat memerlukan pertolongan darimu

    Reply
  39. Divakaran on 30/03/2020 10:45

    Nak tanya sikit chailease barjaya loan mau bayar ke tak mau bayar?

    Reply
  40. Mohd nazri on 30/03/2020 18:02

    Saya harap penangguhan 6bln ni anggota tentera yg berpencen ada pinjaman peeibadi dgn bank muamalat pun terlibat la sbb ia amat terkesan sgat dlm situasi skrg..

    Reply
  41. Hasmidi on 30/03/2020 20:53

    Pinjaman asb ade penanguhan x

    Reply
  42. Ira on 31/03/2020 07:46

    Pinjaman asb ada penanguhan tak?kalau ada,mcmana nanti bila dah hjg tahun utk bonusnya dikira?

    Reply
  43. Oshin on 31/03/2020 10:05

    Balance kereta saya ada lagi rm3k dan itu termasuk dengan tunggakan 2 bln lebih. Adakah saya layak atau tidak dengan penangguhan bayaran?

    Reply
    • Abang GYL on 31/03/2020 17:30

      Mohon semak dengan pihak bank

      Reply
  44. joan on 31/03/2020 12:18

    Chailease berjaya punya loan ada penangguhan tak ye? Tak boleh laa call diorang pun tutup office

    Reply
  45. Hanis on 31/03/2020 12:46

    Saya harap Aeon Credit dapat pertimbangkan penangguhan bayaran pinjaman motor/kereta kerana pada waktu begini rakyat Malaysia kebanyakkannya hilang sumber pendapatan. Kami rakyat Malaysia waktu kini fikirkan perbelanjaan untuk bekalan makanan untuk keluarga. Jika pihak Aeon tidak memberi penagguhan pembayaran pada peminjam agak membebankan kami untuk membuat pembayaran. Saya yakin, kebanyakkan yang membuat pinjaman dari Aeon Credit bukanlah semua yang berpendapatan besar dan hidup mewah. Golongan hidup sederhana yang kebanyakkan hilang sumber pendapatan pada saat Covid-19 melanda kini saya pasti tidak mampu untuk meneruskan pembayaran setiap bulan sekiranya pihak Aeon Credit tidak memberi penangguhan pada peminjam seperti saya dan rakyat lain. Jika pihak Pandulaju dapat fight perkara ini pada pihak Aeon kami amat berterima kasih

    Reply
    • Abang GYL on 31/03/2020 17:29

      Kami harap AEON Credit akan dengan rintihan anda

      Reply
  46. Pat on 31/03/2020 16:10

    Pinjaman kenderaan atas AEON tu….AEON kredit juga ke?

    Reply
    • Abang GYL on 31/03/2020 17:27

      YA BETUL

      Reply
  47. Abang GYL on 31/03/2020 19:37

    Ini berita baru terima, AEON Credit beri 1 bulan penangguhan pinjaman

    Reply
  48. roy on 31/03/2020 21:17

    kami mintak jasa baik pihak aeon kredit membuat pernagguhan sekurg²nye 3 bln terkini…sy harap prtimbagan dri pihak aeon kredit ..t.ksih

    Reply
  49. Mohd Abdullah Mat Daud on 31/03/2020 23:40

    Loas asb tetap kena bayar ke ?

    Reply
  50. Sha on 01/04/2020 04:41

    Boleh sy tahu,,cara bank tunda kn pembayaran mcm mana ye??
    Adakah sy perlu jawap ape2 soalan?sebab loan sy masih di tolak secara auto.
    sy dapat sms yg meyata kan pembyaran sy akan di tunda 6 bulan.tp ada suruh rply apa nta,,sy pun tak berapa nak faham.
    Mohon pejelasan

    Reply
    • Abang GYL on 01/04/2020 11:36

      Perlu reply. Dan pinjaman akan diberi penangguhan pembayaran

      Reply
  51. Sham on 01/04/2020 09:55

    Kenapa sy punya duit masih ditolak cimb..kata penangguhan adalah automatik..atau sebab penolakan auto?kena hubungi bank?

    Reply
    • Abang GYL on 01/04/2020 11:35

      Ini perlu rujuk pada bank

      Reply
  52. Faezah on 01/04/2020 20:57

    Sama lah saya intrest dah masuk kt situ nasib sy dh asingkn dlu cash ke acc lain

    Reply
  53. siti fairuz on 02/04/2020 13:06

    sy nk tanya kenapa cimb ttp tolak loan peribadi saya,sedangkan dah termaktud penangguhan selama 6bulan,atau ada cara tak nk stop payment selama 6bulan

    Reply
    • Abang GYL on 02/04/2020 14:09

      Tuan perlu hubungi pihak bank

      Reply
  54. khairuddin on 03/04/2020 20:23

    banyak yang tanya samada chailese berjaya ade bagi moratorium atau pun tidak… harap2 pengurusan chailese dpt bekerjasama dgn kerajaan dan bantu peminjam pd saat genting ini. kerja sendiri pendapatan terjejas..sahutlah seruan kerajaan utk bantu rakyat…

    Reply
  55. Rohsmadi bin mohd hassan on 04/04/2020 11:09

    Salam.saya nak.tanya pasal penangguh bayaran selama.6 bulan jadi saya ada rumah loan kerajaan dipotong dalam.pencen tiap2 bulan ada kah termasuk sekali dengan penangguh 6 bulan sempena pkp sebab rasa musykilan

    Reply
    • AO on 04/04/2020 11:14

      Sepatutnya tidak dipotong lagi

      Reply
  56. Thenmoli on 06/04/2020 02:08

    Hi I dah bayar duit kereta sy oada 2/4/2020 sebab ramai yg cakap kalau Tak bayar kene bayar bunga ..kalau sekwrang I nak minta refund jar bank boleh ke? Sbb I Tak cukup duit untuk Sara hidop

    Reply
    • Abang GYL on 06/04/2020 15:24

      Mohon bank untuk refund. Harus call bank anda.

      Reply
  57. Badrull nizam on 06/04/2020 15:17

    Saya ingin bertanya.. Adakah chailease berjaya credit pun menangguhkan selama covid-19 ini.

    Reply
  58. Siti on 07/04/2020 07:50

    Haii. Saya ingin bertanya. Saya dah dapat message dari pihak cimb yang mengatakan bahawa loan saya ditangguh untuk 6 bulan. Due bayaran kereta saya adalah pada 7 April 2020. Adakah saya perlu membuat pembayaran? Jika saya ingin dapat monotorium tu? 😌

    Reply
    • Abang GYL on 07/04/2020 19:49

      Sefaham kami tidak perlu

      Reply
  59. James on 08/04/2020 00:29

    Potongan angkasa juga boleh ditangguhkan sementara ke sepanjang tempoh pkp ni nagi kakitangan kerajaan.

    Reply
  60. Hermezan Bin Abdul Bahar on 11/04/2020 01:07

    Salam sejahtera.last payment kereta saya adalah pada bulan February 2020.iaitu sebanyak 108 kali melalui pemotongan akaun bank.Pemotongan telah dibuat pada 27 february 2020.saya telah semak melaui online banking selepas pemotongan,ada outstanding balance sebanyak RM 72.33.
    Pada 10 April 2020 bank telah membuat pemotongan sebanyak Rm 818.00,melebihi balance outstanding yang sepatutnya( Dalam tempoh PKP) setelah masuk wang Bantuan Perihatin Nasional tanpa ada sebarang pemberitahuan.Dalam tempoh inilah saya tidak bekerja kerana PKP.Untuk Makluman bank ini tersenarai dalam senarai penangguhan selama 6 bulan (Maybank Islamic)
    Minta jasa baik untuk pencerahan..
    SEKIAN TERIMA KASIH..

    Reply
  61. Jainus on 11/04/2020 10:40

    Kenapa pihak aeon hanya buat penangguhan selama sebulan untuk pembayaran pinjaman,kenapa tak sama dgan yang bank lain yg buat penangguhan selama 6bulan.macam mana nak dapat gaji kalau pkp masih berterusan.

    Reply
  62. Mustafa alias on 13/04/2020 10:20

    Tuan..pkp sekarang .ada penangguhan tak..UTK pembayaran.di chailease.mustafa

    Reply
  63. siti hana on 14/04/2020 01:21

    dalam tempoh penangguhan bayaran selama 6bulan auto,, adakah bank masih aktiv untuk terima kalau buat byaran kereta setiap bulan seperti biasa ,, dan adakah kalau tempoh tunggakan kereta 60hari (2bulan) untuk penangguhan bayaran kereta selama 6 bulan terus auto atau perlu double comfirm balik dgn pihak bank..

    Reply
    • Abang GYL on 14/04/2020 03:17

      Ya, boleh bayar seperti biasa. Maklumkan kepada bank yang anda ingin buat bayaran seperti biasa

      Reply
  64. Wan on 19/04/2020 20:34

    Saya belum dapat keputusan pengangguhan
    Chailease berjaya credit..ada ka penangguhan…

    Reply
  65. Rick on 22/04/2020 12:00

    Salam..saya nak tanya berkenaan penangguhan bayaran bank rakyat(pinjaman peribadi) di mana pengumuman telah dibuat bahawa penangguhan bayaran bermula 1 april..dan sudah juga dijelaskan bahawa pemotongan secara automatik akan ditunda dalam tempoh 6 bulan sekiranya individu peminjam tidak mempunyai tunggakan selama 90 hari..tetapi persoalan nya sekarang,kenapa selepas saya membuat semakan pada slip gaji,ternyata pemotongan masih juga dibuat pihak bank…sedangkan transaksi pembayaran pinjaman saya dibuat melalui pemotongan angkasa…dan tiada tunggakan….mohon penjelasan sebab ramai juga peminjam yang mempunyai kes yang sama…..terima kasih

    Reply
    • Abang GYL on 22/04/2020 12:11

      Kena maklumkan pada pihak bank dan mereka akan buat refund.

      Reply
  66. Ameera on 23/04/2020 06:59

    Hai. Saya baru je buat Asnb dengn RHB Sebelum pkp. Saya nak tanya yang ni ada penangguhan 6 bulan tak?

    Reply
  67. Beat on 23/04/2020 23:32

    Bank ada ckp bukan urusan mereka? Mohon pcerahan mcmana ya? Sbb bank mmg auto motarium,mereka sdh call angkasa.. Masalahnya,smpai skg angkasa kena call tidak jawab2

    Reply
  68. ZAMZIDA M JAMHARI on 27/04/2020 21:54

    Kenapa sy punya duit masih ditolak mbsb dlm payslip..kata penangguhan adalah automatik..atau sebab penolakan auto? Sy tlh brtnya dgn peg mbsb, beliau mnyatakn rekod pmbayarn loan sy pd 1 okt 2020. Sy tlh emel pd careline MBSB tetapi tiada jwpn. Mohon pncerahan..

    Reply
  69. Mohd Khir Bin Hamdan on 02/05/2020 18:01

    Saya ada duit untuk bayar duit kereta, boleh ke saya bayar seperti biasa setiap 7hb di Public Bank ketika Covid-19 nie?

    Reply
    • Abang GYL on 02/05/2020 22:42

      Ya boleh. Disyorkan guna online banking.

      Reply
  70. Muhammad Shaqeel Bin Ramli on 06/05/2020 15:22

    Saya ingin meminta penangguhan bayaran bulanan kereta mengenai covid 19 ini.. ini kerana saya memerlukan kewangan ini.. saya harap pihak tuan boleh memberikan layanan yang baik kepada saya

    Reply
  71. Hari on 14/05/2020 18:32

    Pembayaran terakhir utk rumah saya ialah bulan Feb 2020 ada kah 6 bulan tanguhan termasuk di bulan Feb..

    Reply
    • AO on 14/05/2020 20:16

      Moratorium dikira bulan Mei ke atas. Kalau tak bayar sebelum tu dianggap sebagai tunggakan.

      Reply
  72. MS RIN on 20/05/2020 16:50

    Chailease berjaya ade buat penangguhan selama 6 bulan tu tak encik?

    Reply
  73. Adzahari bin aziz on 08/07/2020 23:30

    Saya tak fahamlah..AEON sruh buat penangguhan bayaran kereta..??

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.