Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Cara Mohon Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Cara Mohon Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia

FarahBy Farah03/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUSIBAH banjir besar yang melanda beberapa negeri pada Disember lalu memberikan penutup duka 2021 kepada semua mangsa. Terbaharu tahun ini, penduduk di beberapa kawasan negeri Pantai Timur pula mengalami bencana sama.

Walaupun ramai mangsa terkesan banjir, tetapi tidak ramai tahu Kerajaan menawarkan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia bagi mengurangkan beban dialami.

BACA >>> Banjir Punca Jualan Proton Merudum Lebih 25 Peratus Sepanjang Januari 2022

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia

Dengan bantuan itu, Kerajaan menawarkan baucar diskaun RM1,000 kepada semua penduduk Malaysia yang menjadi mangsa dalam usaha meringgankan beban kos membaik pulih kenderaan persendirian mereka, membabitkan kereta, motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Inisiatif tersebut mendapat kerjasama syarikat automotif yang menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja baik pulih dan kos menunda percuma.⠀

Pemilik kenderaan juga layak mendapat pengurangan terus daripada kos keseluruhan baik pulih atau penukaran alat ganti menerusi invois dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah serta bengkel tidak berdaftar.

Awalnya, cuma pusat servis dan pengedar sah berdaftar saja terlibat, tetapi Kerajaan kemudian meluaskan tawaran inisiatif kepada bengkel tidak berdaftar.

Tempoh memohon:

  • Bengkel Berdaftar – 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022
  • Bengkel Tidak Berdaftar – 19 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022

Pemilik kenderaan juga boleh mendapat pengurangan terus daripada kos keseluruhan baik pulih atau penukaran alat ganti melalui invois dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah, termasuk bengkel tidak berdaftar.

Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit disertakan.
  • Kenderaan tidak dilindungi insuran bencana alam.
Cara Mohon

1. Terus ke portal rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my). Klik menu Permohonan atau Mohon Di Sini, atau;

2. Muat Turun secara manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia), atau pergi ke mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berdekatan.

Jangan lupa memohon OK!

Senarai Syarikat & Bengkel Terlibat

BACA>>> #ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir
BACA>>> Dapat Diskaun 15 Peratus Pun Kos Baiki Kereta Rosak Akibat Banjir Boleh Cecah RM67k!

apa nak buat Auto Terkini Bantuan Banjir bantuan diskaun automotif keluarga malaysia baucar baiki kereta Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia Cara Mohon Bantuan Banjir Inisiatif Banjir mangsa banjir
Farah

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.