Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Gear ‘Hi-Range 4WD’ dan ‘Lo-Range 4WD’?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Gear ‘Hi-Range 4WD’ dan ‘Lo-Range 4WD’?

Han OthmanBy Han Othman18/11/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERBANDING kereta biasa, kenderaan pacuan empat roda (4WD), juga boleh disebut 4×4, menawarkan opsyen gear berbeza yang berfungsi menangani cabaran kepelbagaian bentuk permukaan jalan atau muka bumi, terutama ketika memandu di jalan tidak berturap atau off-road.

Tidak kira apakah model trak pikap yang sedang anda pandu, apa yang perlu anda tahu adalah bilakah masa yang tepat untuk menggunakan sistem pacuan 4WD?

BACA >>> Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4×4, 2×4 dan AWD?

TENTANG HI-RANGE 4WD

Dalam pacuan julat tinggi atau hi-range, kenderaan anda boleh dipandu lebih laju berbanding julat rendah atau lo-range. Sistem penggearan dan fiil pemanduan dirasai lebih kurang sama seperti dalam pacuan 2WD .

BILAKAH PERLU GUNA HI-RANGE 4WD?

  • Apa saja paras jalan
  • Apabila terkandas dalam pasir dalam
  • Situasi jalan licin
  • Dalam lumpur, ais, dan salji
  • Jalan berbatu, kerikil
  • Di rabung dan parit

TENTANG LO-RANGE 4WD

Anda hanya perlu menggunakan pacuan lo-range apabila kereta anda perlu bergerak dalam kelajuan perlahan. Penggearan lo-range adalah lebih rapat berbanding hi-range, dan kelajuan maksimum direndahkan dengan ketara. Adalah baik anda memandu tidak melebihi 40kmj semasa menggunakan lo-range 4WD. Dari segi teknikal, lo-range 4WD memberikan tork yang lebih kuat berbanding hi-range 4WD.

BACA >>> Kenali Jenis 4WD dan 2WD, Ada yang Sama Tapi Tidak Serupa

BILAKAH PERLU GUNA LO-RANGE?

  • Permukaan jalan basah dan licin
  • Meredah laluan dan kawasan berpasir.
  • Dalam air cetek dan bukit curam.
  • Ketika mendaki batu
  • Ketika menuruni bukit curam

TIP EKSTRA 4WD

  • Sila pastikan anda melepasi halangan sebelum menukar gear pacuan. Jangan tukar ketika sedang memandu dalam air atau mendaki.
  • Elakkan terkandas, masukkan gear yang betul sebelum meredah mana-mana laluan. Ini kerana kenderaan anda berkemungkinan terkandas ketika berhenti untuk menukar gear pacuan.
  • Tukar kepada gear 2WD apabila kembali memandu semula atas jalan berturap atau permukaan jalan keras/rata.

SUMBER: Thoughtco.com 

4WD 4x4 autotainment bila perlu tukar gear 4WD pacuan empat roda (4WD) Roda4 tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026

1 Comment

  1. Abd rashid on 07/12/2020 13:31

    Kenapa lampu gear 4×4 bahagian 2 tayar depan sering berkelip??isyarat apakah..??

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.