Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

ShawkathBy Shawkath22/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pemandu dan penunggang motosikal masih kurang faham atau mahir memandu di bulatan (roundabout). Masih ramai pengguna keliru mengenai lorong yang sepatutnya mereka berada dalam bulatan dan waktu sesuai perlu menyalakan lampu signal belok.

Sebenarnya, hanya ada tiga senario berlaku apabila memandu di kawasan bulatan iaitu:

  • Mahu membelok kiri untuk menyusur keluar dari bulatan serta-merta.
  • Memandu terus.
  • Mahu keluar di susur kedua, ketiga atau seterusnya.

Jika bulatan itu empat susur keluar, anda harus beri perhatian pada jenis garisan pada setiap lorong sama ada terputus-putus, lampu isyarat dan petanda jalan. Mari kita perincikan berdasarkan imej rujukan di bawah:

Sebelum itu perlu kita fahami, ‘masuk’ bermaksud kenderaan anda mula memasuki kawasan bulatan, manakala ‘keluar’ bermakna anda keluar, atau menyusur keluar dari bulatan.

1. Susur Pertama – Masuk dan Terus Keluar

Jika masuk bulatan dan mahu keluar susur pertama, anda perlu menyalakan lampu signal belok kiri. Sila nyalakan signal belok sebelum masuk bulatan. Lihat contoh kereta jingga dalam gambar rajah di atas.

2. Pandu Terus – Arah Jam 12

Jika mahu keluar susur kedua yang dalam laluan lurus (juga disebut sebagai arah jam 12), anda perlu menyalakan lampu signal belok kiri selepas melepasi susur pertama (lihat kereta biru).

Anda perlu pastikan kereta atau motosikal berada dalam lorong mengikut garisan disediakan dan tanda anak panah atas jalan. Kekalkan pemanduan di lorong kiri (sebelah luar).

Peringatan:

  • Ramai pemandu tersilap beri signal belok kanan apabila masuk bulatan sedangkan dia mahu memandu lurus ke depan.
  • Jangan nyalakan lampu signal belok kiri selagi belum melepasi susur keluar pertama. Ini boleh mengelirukan pengguna lain yang menyangka anda mahu terus membelok ke Susur Pertama (seperti poin 1), sekali gus berisiko menyebabkan kemalangan.
3. Belok Kanan – untuk Susur Ketiga/Seterusnya/Pusingan U

Sebelum masuk bulatan, anda perlu memastikan kenderaan berada di lorong kanan sebelum menyalakan lampu signal belok kanan. Ini bertujuan memberitahu pengguna sekeliling anda hendak membelok keluar Susur Ketiga (disebut arah jam 3) atau buat pusingan U (untuk patah balik).

Lampu signal kanan perlu dibiarkan menyala atau berkelip hingga melepasi Susur Pertama dan Susur Kedua (jika mahu keluar susur ketiga).

Kemudian, sebaik saja melepasi dua susur tersebut dan berada di lorong betul mengikut garisan jalan, barulah segera menyalakan lampu signal belok kiri untuk keluar dari bulatan. Lihat contoh kereta hijau di atas.

4. Patah balik

Situasinya sama seperti poin 3 ‘Belok Kanan’ di atas. Lampu signal belok kiri perlu dinyalakan selepas melepasi Susur Ketiga (jika bulatan itu ada empat susur keluar).

Selain menyalakan signal kiri, anda perlu memeriksa situasi di sebelah kiri supaya selamat menyusur keluar. Ini langkah berjaga-jaga sekiranya ada kenderaan lain atau motosikal di zon titik buta.

Jika terlepas susur keluar, bawa bertenang dan terus nyalakan signal belok kanan dan teruskan memandu sekeliling bulatan (lengkapkan satu pusingan) sebelum menyusur keluar.

JIKA BULATAN LEBIH 4 SUSUR KELUAR

Pemanduan di kawasan bulatan seperti ini mungkin sedikit mengelirukan, tetapi jangan panik. Anda cuma perlu ikut semua lampu isyarat, tanda jalan, garisan jalan dan petunjuk anak panah disediakan.

Konsepnya sama seperti di atas, cuma ada ekstra susur keluar. Lakukan tip mudah ini:

  • Jika terlepas susur, teruskan memandu untuk melengkapkan satu bulatan penuh dan menyusur keluar mengikut cara seperti dijelaskan di atas.
  • Beri laluan kepada kenderaan yang mula memasuki bulatan di depan anda. Jangan berebut hendak keluar cepat ketika kenderaan lain sedang memasuki zon bulatan.
  • Perhatikan kenderaan sekeliling, mungkin ada pemandu yang tidak menyalakan lampu signal atau salah beri signal dengan tiba-tiba membelok ke kiri.
  • Bagi penunggang motosikal, jangan berhenti atau memandu di zon titik buta kereta atau kenderaan berat. Pastikan anda dapat dilihat di cermin sisi atau pandang belakang kenderaan yang sedang anda ekori.

KESIMPULAN

Pemanduan di bulatan sepatutnya lancar dan agak sukar berlaku kesesakan walaupun ada lampu isyarat. Namun, ada dua faktor menyebabkan kesesakan di bulatan, iaitu kemalangan atau sikap pemandu yang mementingkan diri kerana tidak sabar hendak masuk dan keluar.

Jika anda salah seorang pemandu tersebut, inilah masa berubah sikap.

BACA >>> Magic Roundabout – Bulatan dalam Bulatan di Swindon Ini Nampak Rumit Tetapi Efisien!
BACA >>> Hampir Semua Pemandu Kentucky Tak Tahu Guna Roundabout!
BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?

SUMBER: HighwayCodeUK |MockTheoryTest

apa nak buat autotainment bulatan Roundabout Tip Beri Signal di Bulatan Tip Masuk Bulatan
Shawkath

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.