Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 10 Tip Asas Menunggang Motosikal Ketika Hujan
Autotainment

#ApaNakBuat: 10 Tip Asas Menunggang Motosikal Ketika Hujan

WahidBy Wahid04/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUSIM hujan datang kembali. Di Malaysia, pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal memang tidak dapat lari daripada hujan.

Menunggang di dalam hujan atau atas jalan basah adalah cabaran buat mana-mana penunggang tanpa mengira apa jenis motosikal dan tahap kemahiran yang anda miliki. Jadi, kami sediakan 10 tip keselamatan mengenai cara mengendalikan motosikal ketika hujan.

Di bawah ini adalah tip-tip lain yang pernah kami kongsikan kepada anda.

BACA >>> #ApaNakBuat: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan
BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Redah Banjir yang Perlu Anda Tahu (Jika Terpaksa)

Lanjutan daripada perkongsian berkenaan, kami tambahkan lagi beberapa tip asas yang perlu anda buat apabila menunggang ketika hujan.

 

1. PERLAHANKAN KELAJUAN

Memperlahankan kenderaan memang sesuatu yang kita wajib tahu apabila hujan. Air yang bertakung atas jalan akan menyebabkan tayar hilang cengkaman akibat disebabkan berlaku situasi aquaplane.

2. …TETAPI JANGAN TERLALU PERLAHAN

Laju-laju nak ke mana, tapi jangan perlahan sangat.

Berapa perlahankah kita harus menunggang? Jawapan spesifik bergantung kepada jenis tayar, keadaan tayar, jenis motosikal, kuasa enjin, bantuan elektronik, tahap skil penunggang, dan sebagainya. Secara am, kita harus menunggang pada kelajuan yang membolehkan kita mengawal jentera dengan sempurna dan tidak terlalu perlahan.

Ini ialah roda motosikal menghasilkan daya giroskopik (gyroscopic force) ketika berpusing. Daya inilah yang memberikan imbangan kepada motosikal untuk bergerak secara menegak atas dua roda. Jadi, motosikal lebih stabil jika ditunggang lebih laju kerana menghasilkan lebih daya giroskopik dihasilkan.

Jika kita bergerak terlalu perlahan, motosikal berisiko tumbang jika menempuh sesuatu rintangan seperti lopak air dalam. Juga, motosikal akan rasa berat dan tidak senang dikawal apabila terlalu perlahan, terutama motosikal besar.

Selain itu, roda yang berpusing menghasilkan daya sentifugal (centrifugal force) pada permukaan tayar untuk mengaut air daripada permukaan tayar supaya dapat mencengkam jalan. Jadi, tungganglah pada halaju stabil dan mampu memberikan anda respon kawalan terbaik.

3. TUNGGANG SECARA LANCAR

Ini dah terlebih lancar!

Semua pergerakan harus dirancang awal. Ini membolehkan kita tidak memecut, membelok, membrek atau menukar gear melulu. Kelancaran tunggangan memberikan masa untuk tayar bertindak seperti sepatutnya.

4. PANDANG JAUH DAN LUAS

Kami berpendapat ramai pengguna jalan raya tidak menggunakan deria pandangan dengan betul ketika memandu atau menunggang. Ini bukan salah kita sebab kita tidak diajar teknik penglihatan yang betul di sekolah memandu.

Kita harus alihkan perhatian kita dan bukan hanya menumpukan  satu kawasan di depan. Sebaliknya, gerakkan pandangan ke beberapa tempat seperti pandang ke depan sejauh boleh. Selain itu, gerakkan pandangan ke sisi sebelah kanan dan kiri.

Jadi mata seperti radar untuk mengimbas jalan di depan, dan jangan lupa periksa cermin pandang belakang. Ini membolehkan anda menjangka sebarang situasi berbahaya dengan lebih awal. Ingat petua nombor tiga tadi?

5. RELAKSKAN BADAN

Ini dah terlebih relaks. Hmmm…

Menungganglah dengan relaks, terutama siku dan pinggang. Ini membolehkan casis dan suspensi motosikal berfungsi sebetulnya. Sebaliknya, motosikal sukar dikawal jika menunggang dengan gaya mengeraskan badan (mungkin sebab kesejukan). Malah, akan rasa lebih cepat penat dan stres. Ini membuatkan ramai penunggang tidak suka menunggang dalam hujan.

6. APA KENA BUAT KALAU TAYAR MENGGELINCIR?

Tayar yang menggelincir (sliding) bukan maksud tiada harapan lagi kerana tayar itu sedang mencari cengkaman dan posisi yang stabil. Apa perlu buat adalah kekal relaks dan tidak melakukan sesuatu secara mendadak dengan mengekalkan posisi terotel.

Kita boleh tegakkan motosikal sedikit ketika dalam selekoh. Jangan sesekali terus lepaskan terotel atau tekan brek! Jika anda sedang laju dan tayar mula menggelincir, tutup terotel dengan lembut.

Di sini, petua nombor 5 adalah penting. Jika mengeraskan badan, tayar motosikal akan menggelincir lebih teruk hingga menyebabkan kita hilang kawalan dan terbabas.

7. TEKNIK REDAH BANJIR

Ghairah tengok gambar motosikal advencer meredah banjir? Itu boleh dilakukan kerana mereka sudah tahu tahap kedalaman air dan sebarang rintangan dalam air sebelum  beraksi seperti itu.

Jika terpaksa menempuh air yang dalam seperti banjir, tunggang perlahan, guna gear rendah (2 atau 3) dan pulas terotel berterusan. Jangan pula main-main pulas-tutup terotel. Biarkan terotel dipulas secara konsisten, dan gunakan brek belakang jika hendak perlahankan motosikal.

8. JANGAN KHAYAL

Jangan nak merendek pula masa hujan.

Berkhayal adalah perbuatan paling berbahaya ketika menunggang. Anda mungkin terlalu penat selepas seharian bekerja, tetapi harus kekal fokus. Gunakanlah petua nombor 4 supaya fikiran sentiasa aktif. Lebih baik nikmati masakan isteri apabila selamat sampai rumah daripada terlantar di wad hospital akibat terleka kerana memikir isteri masak apa.

9. TAHU FUNGSI ABS

Sistem Brek Anti-Kunci  (ABS) ialah ‘kawan baik’ motosikal jika kita terpaksa membrek atas jalan basah atau licin. Ini kerana ABS berfungsi melepaskan tekanan brek supaya tayar tidak terkunci dan menggelincir, serta mencengkam kembali selagi kita menarik dan menginjak brek.

Tuil brek bergetar adalah tanda mudah ABS motosikal anda berfungsi. Jangan pula terkejut sampai lepaskan brek tiba-tiba.

10. KENAL SISTEM  KAWALAN TRAKSI ELEKTRONIK

Banyak motosikal moden hari ini sudah siap dibekalkan ciri kawalan traksi (traction control). Kami harap ada banyak pengeluar akan memasang ciri berkenaan pada semua model motosikal.

Apapun, sila baca buku manual dengan teliti. Fahamkan fungsi dan tatacara mengaktifkan sistem berkenaan. Anda boleh gunakan mod tertentu untuk mengehadkan kuasa enjin, atau meninggikan kawalan traksi atau kedua-dua sekali ketika menunggang dalam hujan.

apa nak buat autotainment roda2 tip tip menunggang ketika hujan Tip Menunggang Motosikal
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

    01/07/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.