Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apakah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Propaganda Jualan atau Ciri Keselamatan?
Autotainment

Apakah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Propaganda Jualan atau Ciri Keselamatan?

Han OthmanBy Han Othman04/02/20196 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH fungsi sebenar Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), juga disebut Program Stabiliti Elektronik (ESP) atau Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)? Adakah ESC dibangunkan sebagai sokongan pemanduan berprestasi (sporting) atau ciri keselamatan bagi sesebuah kenderaan? Ataupun sekadar propaganda jualan untuk melariskan kenderaan?

ESC ialah sistem yang dibangunkan untuk mengekalkan sesebuah kenderaan dalam arah pemanduan dimahukan pemandu. Anda boleh juga menganggap ESC sebagai kawalan anti gelincir (anti-skid control) yang berfungsi membetulkan situasi belokan lebih (oversteer) dan belokan kurang (understeer).

BACA >>> Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?

understeer-oversteer
Secara terma, belokan kurang atau understeer berlaku apabila kereta tidak cukup dibelokkan hingga menyebabkan kereta terbabas daripada laluan asal. Belokan lebih atau oversteer pula terjadi apabila kereta membelok berlebihan hingga menyebabkan bahagian belakang kereta cuba mengambil alih hadapan kereta. Situasi itu turut menyebabkan kereta terbabas daripada laluan asal.

Di sini, ESC menggunakan sensor kelajuan roda untuk menentukan seberapa pantas setiap roda berputar, termasuk sensor seperti rol, oleng, posisi terotel, sudut roda stereng dan banyak lagi untuk mengenal pasti sama ada kereta anda bergerak seperti dimahukan. Sementara itu, komputer terbina dalam kereta bertindak mengaktifkan brek kepada satu atau lebih roda untuk membetulkan arah kenderaan.

esc-oversteer
Sebagai contoh, jika anda mengalami situasi understeer, ESC akan mengaktifkan brek pada roda dalaman dan meriliskan roda yang menggelincir supaya radius putaran kereta dapat dikekang. Jika oversteer, ESC akan membrek satu atau lebih roda yang menggelincir keluar (seperti gambar di atas).

Umumnya, jika roda stereng diputar, kereta sepatutnya memberi respon kepada haluan dituju. Secara mudahnya, lihat ke mana anda mahu pergi dan putarkan roda stereng ke arah haluan itu. Itulah respon yang sepatutnya diberikan kereta anda.

Dalam beberapa kes ekstrem, ESC juga mampu memotong terotel, sekaligus menyahkan kuasa pecutan. Ini termasuk menggunakan bantuan kawalan traksi (TRC) untuk melakukan tugasnya seperti menghalang belakang kereta menggelupur seperti biasa dialami kereta pacuan roda belakang (RWD).

PRESTASI ATAU KESELAMATAN?

fungsi-esc
Bagi menjawab persoalan di atas – adakah ESC dibikin untuk sokongan pemanduan atau keselamatan? Jawapannya ESC sememangnya dibikin untuk tujuan keselamatan berbanding sokongan pemanduan berprestasi. Ini bermakna, jika ESC diaktifkan, ia menunjukkan anda sedang melakukan beberapa situasi bahaya di bawah.

i. Anda memandu sangat teruk. Misalnya memijak brek dan memutar stereng, memecut di selekoh hingga stereng terkunci lalu terbabas.
ii. Berlaku perkara buruk ke atas kereta anda. Misalnya tekanan tayar terlalu kurang atau pancit, penjajaran stereng teruk, kegagalan suspensi utama seperti peredam pecah.
iii. Anda memandu terlalu laju atau kombinasi ketiga-tiga situasi ini.

ESC UNTUK PRESTASI?

ESC dalam kenderaan moden masa kini dikalibrasikan dengan baik dan tidak akan aktif melainkan situasi benar-benar memerlukan. Malah, walaupun keempat-empat tayar kereta anda berciut dan menggelincir, ESC tidak semestinya diaktifkan selagi pemanduan anda dalam trajektor atau radius kawalan.

Sesetengah kereta premium menawarkan varian dengan ciri ESC yang diaktifkan sebelum kereta mula menggelincir luar kawalan dan direka untuk membantu kereta mengambil selekoh. Ciri ini mungkin sepatutnya disebut sebagai kawalan brek selekoh (CBC), di mana fungsinya lebih kepada memperkemaskan keupayaan kereta membelok di selekoh. Mungkin inilah jenis ESC yang boleh dianggap sebagai ciri sokongan pemanduan berprestasi.

Bezanya, ciri tersebut diaktifkan secara halus hingga kadangkala anda langsung tidak menyedarinya. Ia berbeza dengan fungsi ESC sebenar yang mudah dikesan menerusi kelipan indikator amaran (seperti gambar di atas). Sesetengah ESC disertakan bunyi amaran. Malah, anda sendiri dapat merasai kuasa brek yang dikenakan pada tayar tertentu apabila ESC diaktifkan.

Jadi, semestinya ESC dibangunkan untuk tujuan keselamatan dan bukan sokongan pemanduan berprestasi. Anda juga tiada keperluan untuk mematikan fungsi ESC ketika memandu atas jalan raya awam. Kenapa perlu matikan? Walaupun ESC bukanlah penyelamat mutlak daripada kemalangan, tetapi tindakan anda mematikan ciri itu langsung tidak membantu apa-apa.

autotainment belokan kurang belokan lebih ciri keselamatan kereta Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) sokongan pemanduan berprestasi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

6 Comments

  1. khairul on 08/10/2016 21:02

    artikel menarik serta menambah ilmu ttg ciri2 keselamatan sesebuah kenderaan harap blh bg info juga tentang:
    VSC(Vehicle Stability Control)
    adakah VSC ini sekadar tambahan kepada aspek keselamatan sesebuah kenderaan?
    Adakah kenderaan yg tidak mempunyai sistem VSC ini tidak selamat? saya musykil tentang ni. ada pengeluar kenderaan jenama “T” telah melancar model “V” terbarunya dgn tambahan ciri2 keselamatan seperti sistem VSC ni.manakala model lamanya tiada sistem VSC. jadi ianya telah meragukan saya tentang tahap keselamatan kereta tersebut.

    Reply
    • Saga3 on 09/10/2016 04:03

      Electronic stability control (ESC), juga disebut sebagai electronic stability program (ESP) atau dynamic stability control (DSC) atau nama lainnya Vehicle Stability Control (VSC).

      Fungsinya adalah sama sebutannya berbeza mengikut pengeluar kereta. Walaupun begitu, setiap kilang automotif mempunyai nama masing-masing untuk kawalan kestabilan ini:

      Acura: Vehicle Stability Assist (VSA)
      Alfa Romeo: Vehicle Dynamic Control (VDC)
      Audi: Electronic Stability Program (ESP)
      Bentley: Electronic Stability Program (ESP)
      BMW: Dynamic Stability Control (DSC) (termasuk Dynamic Traction Control)
      Bugatti: Electronic Stability Program (ESP)
      Buick: StabiliTrak
      Cadillac: StabiliTrak & Active Front Steering (AFS)
      Chery: Electronic Stability Program
      Chevrolet: StabiliTrak; Active Handling (hanya Corvette)
      Chrysler: Electronic Stability Program(ESP)
      Citroën: Electronic Stability Program (ESP)
      Dodge: Electronic Stability Program (ESP)
      Daimler: Electronic Stability Program (ESP)
      Fiat: Electronic Stability Program (ESP) dan Vehicle Dynamic Control (VDC)
      Ferrari: Controllo Stabilità (CST)
      Ford: AdvanceTrac with Roll Stability Control (RSC) dan Interactive Vehicle Dynamics (IVD) dan Electronic Stability Program (ESP); Dynamic Stability Control (DSC) (Australia)
      General Motors: StabiliTrak
      Honda: Vehicle Stability Assist (VSA)
      Holden: Electronic Stability Program (ESP)
      Hyundai: Electronic Stability Program (ESP), Electronic Stability Control (ESC), dan Vehicle Stability Assist (VSA)
      Infiniti: Vehicle Dynamic Control (VDC)
      Jaguar: Dynamic Stability Control (DSC)
      Jeep: Electronic Stability Program (ESP)
      Kia: Electronic Stability Control (ESC)’ dan ‘Electronic Stability Program (ESP)’
      Lamborghini: Electronic Stability Program (ESP)
      Land Rover: Dynamic Stability Control (DSC)
      Lexus: Vehicle Dynamics Integrated Management (VDIM) dengan Vehicle Stability Control (VSC)
      Lincoln: AdvanceTrac
      Maserati: Maserati Stability Program (MSP)
      Mazda: Dynamic Stability Control (DSC) (termasuk Dynamic Traction Control)
      Mercedes-Benz (co-inventor): Electronic Stability Program (ESP)
      Mercury: AdvanceTrac
      MINI: Dynamic Stability Control
      Mitsubishi: Active Skid and Traction Control MULTIMODE dan Active Stability Control (ASC)
      Nissan: Vehicle Dynamic Control (VDC)
      Oldsmobile: Precision Control System (PCS)
      Opel: Electronic Stability Program (ESP)
      Peugeot: Electronic Stability Program (ESP)
      Pontiac: StabiliTrak
      Porsche: Porsche Stability Management (PSM)
      Proton: Electronic Stability Program
      Renault: Electronic Stability Program (ESP)
      Rover Group: Dynamic Stability Control (DSC)
      Saab: Electronic Stability Program (ESP)
      Saturn: StabiliTrak
      Scania: Electronic Stability Program (ESP)[5]
      SEAT: Electronic Stability Program (ESP)
      Škoda: Electronic Stability Program (ESP)
      Smart: Electronic Stability Program (ESP)
      Subaru: Vehicle Dynamics Control (VDC)
      Suzuki: Electronic Stability Program (ESP)
      Toyota: Either Vehicle Stability Control (VSC) -atau- Vehicle Dynamics Integrated Management (VDIM)
      Vauxhall: Electronic Stability Program (ESP)
      Volvo: Dynamic Stability and Traction Control (DSTC)

      Reply
  2. Shas on 09/10/2016 07:37

    Boleh esc dipasang pada kereta yang tiada sistem ini?

    Reply
    • ZF TRW Staff on 03/12/2016 07:34

      Tidak..esc ada keperluan untuk pemasangan sensor iaitu steering sensor dan yaw sensor. Semasa skiddding, steering sensor akan baca abrupt steering manuever dan yaw sensor akan membaca perubahan titik graviti kereta. Berdasarkan maklumat sensor, arahan diberikan kepada sistem ABS untuk distribute braking pada roda dalam. Lawati web http://www.trw.com untuk maklumat lanjut

      Reply
  3. Izat on 30/09/2018 08:39

    Sy tdk fhm yg bertulis off..adakan utk mengaktifkan perlu tekan off atau tekan off bermakna tdk aktif..

    Reply
    • ABG GYL on 30/09/2018 21:05

      tekan lama untuk aktifkan semula

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.