Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Beza Hi4, Hi4-Z, Hi4-T, dan Hi4-G?
Auto Terkini

Apa Beza Hi4, Hi4-Z, Hi4-T, dan Hi4-G?

SyafieBy Syafie09/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GREAT Wall Motor (GWM) membangunkan teknologi trenkuasa hibrid pintar dikenali sebagai Hi4 iaitu akronim kepada Hybrid, Intelligent dan 4WD.

Ia merupakan sistem AWD elektrik hibrid kawalan pintar generasi baharu yang direka bagi merealisasikan falsafah ‘prestasi pacuan empat roda dengan penggunaan bahan api pacuan dua roda.’

Dengan sasaran mencapai kecekapan optimum dalam semua keadaan pemanduan dan kebebasan maksimum untuk semua senario, teknologi Hi4 menggunakan konfigurasi dual-motor siri-paralel pada gandar hadapan dan belakang, membolehkan kenderaan menukar mod pacuan secara lancar menerusi sistem tiga enjin dan sembilan mod.

Permintaan tork dapat dipenuhi dalam masa bawah 10 milisaat, dengan sehingga 100 pertukaran data sesaat bagi memastikan sistem memilih mod paling cekap pada setiap situasi.

Melalui inovasi tiga sumber kuasa dan pengagihan dua gandar, sistem kawalan tork vektor iTVC serta transmisi elektromechanical coupling generasi baharu, Hi4 bukan sahaja menawarkan pemanduan yang lebih cekap, malah menambah baik kestabilan dan cengkaman.

Sistem pengurusan tenaga pintarnya pula meningkatkan kecekapan keseluruhan kenderaan sehingga lapan peratus, membolehkan peralihan automatik antara pacuan elektrik penuh, hibrid paralel, pemulihan tenaga dua gandar serta mod bantuan petrol, tanpa campur tangan pemandu.

Hi4 – AWD Hibrid untuk SUV Casis Monocoque

Versi asas Hi4 dibangunkan khusus untuk SUV monocoque (unibody), menjadikannya sesuai untuk pemanduan harian dan perjalanan jarak jauh.

Walaupun menawarkan pengalaman pacuan semua roda penuh, penggunaan bahan api hampir setanding kenderaan pacuan dua roda hasil pengurusan tenaga pintar yang mengutamakan operasi paling efisien. Inilah yang membolehkan GWM merealisasikan konsep ‘four-wheel drive experience at two-wheel drive price.’

Melalui penggunaan tiga sumber kuasa dengan pengagihan dua gandar serta kawalan tork pintar iTVC, setiap roda menerima kuasa mengikut tahap cengkaman sebenar permukaan jalan, memastikan kestabilan dan keselesaan optimum.

Sistem ini membolehkan Hi4 beroperasi dalam mod elektrik empat roda, hibrid paralel ataupun pemulihan tenaga secara automatik, memastikan kecekapan maksimum di bandar, lebuh raya atau ketika melalui permukaan basah dan licin.

Hi4-Z – Monocoque Adventure untuk Off-Road Ringan

Hi4-Z ialah evolusi kepada Hi4, masih berasaskan platform monocoque, namun menerima talaan tambahan untuk kegunaan off-road ringan dan aktiviti adventure.

Struktur badan diperkukuh dan sistem AWD dikonfigurasikan dengan talaan traksi yang lebih agresif, membolehkan kenderaan menghadapi laluan tanah merah, trek camping dan permukaan tidak berturap tahap ringan hingga sederhana dengan lebih yakin.

Walaupun tidak menggunakan ladder-frame seperti jentera 4×4 tulen, Hi4-Z mengekalkan keseimbangan antara keselesaan harian dan keupayaan meredah laluan luar bandar, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mahukan SUV monocoque yang mampu pergi lebih jauh tanpa mengorbankan tahap komfort serta kecekapan bahan api.

Hi4-T – Solusi Hibrid Ladder-Frame untuk Off-Road Ekstrem

Bagi dunia off-road tulen, GWM membangunkan Hi4-T khusus untuk kenderaan ladder-frame (body-on-frame). Berbeza daripada Hi4 dan Hi4-Z, Hi4-T menggunakan pendekatan parallel petrol-electric bagi menghasilkan kuasa berterusan tanpa kehilangan prestasi.

Sistem ini membolehkan enjin dan motor elektrik bekerjasama secara langsung, memastikan enjin sentiasa berada dalam julat RPM paling efisien sambil mengekalkan tork tinggi bagi pecutan dan pendakian sukar.

Mechanical 4WD non-decoupling structure memastikan tiada kehilangan kuasa mekanikal, disokong oleh tiga kunci diferensial yang membolehkan 100 peratus tork disalurkan ke satu roda sekalipun hanya roda itu sahaja yang mendapat cengkaman, memastikan kemampuan keluar dari perangkap paling ekstrem.

Mod pemanduan termasuk AWD, 2H, 4H Lock dan 4L Lock membolehkan talaan kuasa disesuaikan dari lebuh raya hingga laluan berbatu dan berlumpur berat. Sistem pengurusan tenaga Hi4-T akan memanfaatkan tenaga lebihan sebagai elektrik serta mengaktifkan pemulihan tenaga ketika nyahpecutan bagi meningkatkan kecekapan.

Dari sudut mekanikal, Hi4-T dilengkapi enjin petrol khas hibrid berkuasa tinggi dalam pilihan 2.0 liter menghasilkan 180 kW dan 380 Nm serta versi 3.0 liter dengan 260 kW dan 560 Nm. Ia digandingkan bersama motor elektrik magnet kekal ultra nipis berkuasa 120 kW dan tork 400 Nm.

Semua kuasa disalurkan menerusi kotak gear khas 9HAT, transmisi hibrid yang dibangunkan sendiri dengan nisbah gear pertama 5.288 dan julat nisbah sehingga 8.843 serta kecekapan sehingga 97 peratus. Reka bentuk bersepadu transmisi dan motor menyokong mod pacuan elektrik penuh, petrol sepenuhnya dan hibrid gabungan.

Untuk keselamatan, bateri khas off-road dilindungi struktur keluli tahan haba sehingga suhu lebur 1,500 darjah Celsius, dilengkapi lapisan penebat dan bahan anti thermal runaway bagi meningkatkan ketahanan sewaktu hentakan atau penggunaan ekstrem.

Hi4-G – Sistem Hibrid Trak Berat 1,050hp

Paling ekstrem dalam keluarga Hi4 ialah Hi4-G, dibangunkan khas untuk lori berat komersial dan bukan untuk kenderaan penumpang. Ia diperkenalkan rasmi pada Hi4-G Technology Co-Creation Launch Conference di Baoding, China, selain mencipta sejarah sebagai lori hibrid pertama dalam industri yang mencatat penggunaan bahan api 29.7 liter bagi setiap 100 kilometer dalam ujian CHTC-TT, sekali gus melepasi penanda aras bawah 30 liter.

Hi4-G menggunakan seni bina P2 + P2.5 dual-motor hybrid, digandingkan dengan enjin diesel Cummins X13 13.0 liter inline enam silinder menghasilkan 560hp dan 2,600Nm, bersama motor elektrik berkuasa puncak 360kW serta transmisi 8-kelajuan DHT khas lori berat.

Ini digabungkan dengan bateri 12.9kWh berkeupayaan pelepasan tinggi 30C bagi menampung input dan output kuasa segera ketika pecutan penuh serta pemulihan tenaga brek.

Output gabungan keseluruhan sistem mencecah 1,050hp, beroperasi menerusi konsep ‘Three engines, eight gears and ten modes’ yang membolehkan pertukaran antara mod siri, paralel dan gabungan secara pintar.

Sistem kawalan domain 9-dalam-1 memastikan enjin sentiasa berada pada RPM paling ekonomik, mengurangkan beban brek, serta memaksimumkan kecekapan penggunaan tenaga dalam operasi jarak jauh dan pengangkutan muatan berat.

Teknologi Hi-4 Bina Ekosistem Hibrid Paling Menyeluruh

Melalui empat sistem berbeza ini, GWM membina satu ekosistem hibrid AWD paling menyeluruh dalam industri.

Hi4 memenuhi keperluan SUV monocoque harian yang mahukan AWD cekap, Hi4-Z membawa kemampuan tambahan untuk kegunaan lasak ringan, Hi4-T pula menghadirkan penyelesaian sebenar bagi kenderaan ladder-frame off-road ekstrem, dan Hi4-G membuktikan teknologi hibrid mampu merevolusikan sektor lori berat dengan kombinasi kuasa lebih 1,000hp serta penggunaan diesel jauh lebih efisien.

Pendekatan modular ini menunjukkan bagaimana GWM mengadaptasi teknologi hibrid mengikut karakter casis dan fungsi sebenar kenderaan, bukannya satu sistem universal yang dipaksa sesuai untuk semua segmen.

Auto Terkini Great Wall Motor (GWM) Hybrid Intelligent 4WD (Hi4)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Bentley Continental GT S dan GTC S 2026, Hibrid V8 680hp, 0-100km/j Hanya 3.5 Saat!

30/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Mugen untuk Honda Prelude!

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.