Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Mula Guna Kamera Badan untuk Pertingkat Ketelusan, Lindungi Anggota di Lapangan
Auto Terkini

JPJ Mula Guna Kamera Badan untuk Pertingkat Ketelusan, Lindungi Anggota di Lapangan

SyafieBy Syafie16/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JPJ mula guna kamera badan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melangkah ke fasa baharu apabila anggota penguat kuasa mula dilengkapi kamera badan body-worn camera (BWC) bagi menghadapi operasi berisiko tinggi di lapangan.

Langkah itu bukan saja menambah baik keselamatan pegawai ketika bertugas, tetapi turut membantu memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilakukan lebih telus dan profesional.

Logo JPJ

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pengenalan kamera badan menjadi bukti kesungguhan agensi Kerajaan itu memodenkan sistem penguatkuasaan, selain memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap integriti anggota JPJ.

Teknologi ini membolehkan pegawai kami menjalankan tugas dengan lebih selamat sambil merakam bukti sekiranya berlaku sebarang perselisihan ketika operasi.”

Beliau berkata, pelaksanaan fasa pertama membabitkan 100 unit kamera badan, diagihkan berperingkat bermula Ibu Pejabat JPJ dan JPJ Negeri. Menjelang tahun depan, jumlah itu akan diperluas kepada lebih ramai pegawai penguat kuasa seluruh negara.

Rakaman Tak Boleh Dihenti Hingga Tamat Tugasan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut menjelaskan penggunaan kamera badan itu akan dikawal rapi dengan setiap rakaman diaktifkan sebaik saja anggota melapor tugas dan tidak boleh dimatikan hingga selesai tugasan.

Fasa awal ini menelan kos RM2.3 juta, dan menurut Loke, langkah berkenaan sebahagian strategi Kerajaan meningkatkan integriti dan ketelusan dalam penguatkuasaan jalan raya.

Kamera badan bukan sekadar alat keselamatan, tetapi simbol ketelusan dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.”

Tambah 60 Senjata Api Baharu untuk Tingkat Siap Siaga

Aedy turut memaklumkan Kerajaan meluluskan perolehan 60 pistol baharu tahun ini bagi memperkukuh kesiapsiagaan pegawai JPJ di lapangan, khususnya ketika berdepan situasi berisiko tinggi.

Setakat ini, JPJ memiliki lebih 400 senjata api seluruh negara, dan penambahan baharu itu dijangka meningkatkan keselamatan operasi, terutama dalam operasi khas melibatkan kenderaan perdagangan berat.

Langkah memperkenalkan kamera badan dan penambahan senjata api ini mencerminkan komitmen Kerajaan memperkukuh profesionalisme dan keselamatan anggota JPJ.”

Dengan pelaksanaan teknologi BWC dan keupayaan penguatkuasaan yang semakin moden, JPJ kini bersedia mendepani cabaran baharu jalan raya dengan lebih efisien, berintegriti dan telus yang seiring matlamat Budi MADANI.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kamera badan Kementerian Pengangkutan (MOT)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.