Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
Sembang Deras

Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/09/201929 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI memang banyak terima aduan pasal isu harga motosikal, terutama segmen kapcai dan skuter di Malaysia. Antaranya ialah model skuter sport, Yamaha NVX 155. Selain harga, aduan lain paling kerap sampai ke peti ‘PM tepi’ kami  ialah masalah stok dan pilihan warna terhad.

Mungkin anda menganggap portal automotif seperti kami sudah serba tahu pasal apa saja selok-belok pasaran jual beli motosikal di Malaysia. Jawapannya, tidak guys! Isu seperti ini memang sangat rumit untuk dihuraikan hingga sampai ke tahap yang boleh kita katakan sebagai, TIADA PENYELESAIAN!

BACA >>> Yamaha NVX (2019) Kini Berwarna Baharu – Harga Naik Sikit Saja, RM9,988

Jadi kepada pembaca PanduLaju, khususnya peminat ArenaPermotoran, anda mungkin sudah boleh lupakan semua hal ‘PM Tepi’ untuk bertanyakan soalan yang bukan dalam jangkauan kerja kami seperti harga motor, bayaran bulanan atau berapa duit deposit beli moto!

Ye la, saya bukan salesman, reporter cabok saja, dan tidak semua jawapan ada dalam poket kami!

SURVEI MENCARI NVX 155

Ini ialah hasil tinjauan khas kami ke atas model NVX 155 berwarna kuning yang dilakukan selama sebulan. Pengalaman sebulan itu jugalah buatkan saya faham pasal situasi dirasai pembeli skuter itu, termasuk juga kapcai-kapcai, terutama bila sudah termasuk dalam senarai popular.

Lebih-lebih lagi apabila berhajat mahu membeli model Yamaha jenis terhangat di pasaran yang bolehlah diibaratkan seperti mencari calon isteri solehah di kelab malam. Memang payah dan semacam buang masa saja, atau boleh dikatakan mustahil!

Kalau sudah berjumpa dengan NVX kuning, masalah harga pula yang datang. Kita kena cuba untuk dapatkan harga ideal di pasaran kerana setiap kedai motor tidak meletakkan tanda harga sama. Boleh dikatakan memang mustahil untuk kita dapat beli NVX kuning pada harga RM10,500!

HARGA ‘TEL AVIV!’

Berdasarkan tinjauan rawak di kedai motor, secara purata kedai motor meletakkan harga NVX 155 kuning (Active Yellow) lebih kurang RM12,500 dan 2 bulan tempoh menunggu. Harga tersebut lebih mahal berbanding dua warna lain: biru (Race Blu) dan merah (Fiery Red). Rasanya, anda pun tahu kenapa. Permintaan tinggi! Mungkin sebab warna kuning kerap dikaitkan dengan kelajuan.

Daripada 10 kedai motor, hanya satu premis saja (di Pantai Timur) yang ada stok NVX kuning. Itupun harga cecah RM13,300 (gulppp…). Harga paling murah sepanjang survei saya ialah RM11,900, tetapi kenalah sabar menunggu lima pembeli dalam senarai. Lagi satu, perlu bayar cash!

BACA >>> #Videotomotif: Mampukah Ciri-Ciri Yamaha NVX 155 Ini Pikat Hati Anda?

BERAPAKAH KEDAI MOTOR UNTUNG?

Keuntungan kedai motor juga tinggi, hampir 30 peratus daripada harga cadangan jualan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), iaitu RM 9,988 yang sebenarnya sudah pun diperuntukkan jumlah keuntungan. Alasan yang sering kita dengar daripada kedai motor ialah margin motosikal cc kecil saja, iaitu 5 peratus, dan kurang masyuk.

Jadi komisen yang diterima daripada HLYM untuk NVX 155 adalah sekitar RM499 (RM9,988 x 5%) bagi setiap unit. Jadi, di sinilah berlaku situasi mark up harga lebih tinggi.

Berikut contoh pengiraan jumlah keuntungan yang diperoleh kedai motor selepas markup:

MODEL: Yamaha NVX 155 (kuning) – RM13,300 (harga Pantai Timur)

  • Komisen Yamaha: RM9,988 x 5% = RM499.40
  • Untung Harga Mark Up: RM13,300-RM9,988= RM3,312
  • Untung Bersih 1 Unit: RM3,312 + RM499.40 =  RM3,811.40

Jadi, bayangkanlah berapa kedai motor untung jika mereka dapat menjual 10 unit motor NVX.

PEMBELI DIANIAYA?

Ini bukan cerita baru. Kata orang, sejak zaman Tok Kadok lagi. Kenapa tanda harga motosikal masih tidak dapat dibuat sama seperti harga kereta yang dijual mengikut harga cadangan pengeluar.  Sampai bilakah pengguna motosikal akan berterusan dianiaya dengan isu ini? Di manakah hak pembeli?

Logiknya,  isu harga mark up ini  tidak boleh berlaku apabila melibatkan jual beli tunai kerana ini jelas satu kesalahan mengikut akta pencatutan. Tetapi apa mampu kita buat?

Boikot? Lupakan…

BACA >>> Honda Vario 150 Kini di Malaysia, Harga Bermula RM7,199 – Mampukah Cabar Yamaha NVX 155?

– AI

Harga Hong Leong Yamaha Motor Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) roda2 skuter skuter super sport skuter yamaha nvx 155 Yamaha Yamaha NVX (2019) Yamaha NVX 155
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026

29 Comments

  1. Loceng on 12/09/2019 07:26

    Ape lagi yg kami sbg pembeli boleh buat, bro? Bukan takat Yamaha, yg lain pun tu. Tambah lagi pembeli kt Sabah Swk kene tambah lagi rm1k berbanding dgn Malaya atas alasan delivery. Kes in point: cuba check harga leoncino 250 antara 2 benua ni. Manufacturer rrp rm14999 tp kt Sek RM17900 cash. Nak mengadu kat sape??

    Reply
    • Along on 11/12/2019 09:41

      Sbnrnya buyer kena pandai bermain tawar harga. Sy pernah soalkan pada kedai. Jika pembeli loan. Mereka dh dpt loan sbyk yg dia nak rm13500 tp msih kena tunggu smp sebulan. Utk apa bg duit free kt mereka sedangkan mereka bukan ambil motor guna modal dulu. Buyer dh dpt loan, br mereka oder. Bulat bulat makan smp 4k duit org. Pembeli sbaiknya trus je servey kedai yg btul2 ready stok samaada loan atau cash. Jika tiada ready stok maki je kedai tu. Untung atas angin mcm tu je.
      Jika motor ready stock yg mereka dh bayar dlu kt hly lpstu nk jual brp kita xde la kisah sgt. Ni dah sama mcm tlg belikan tp caj punya la mahal.

      Reply
    • Abdul Razak Abdul Rahman on 16/12/2019 00:06

      yang ramai pakai motor adalah melayu kelas menengah dan bawah … gang banyak duit pun ada macam artis pun ada, ..tapi majority yang guna motor pergi kerja cari rezeki memang melayu. …. menteri ada kuasa kan …tapi dia lena diulit intan …dia tak pandang rakyat terbanyak …PRU15 kita ajar menteri dan kerajaan yang syok sendiri …. cuba korang tengok harga big bike dan kereta … boleh pulak harga standard …beza sikit sebanyak pada interest rate and free gift …. harga motor cc kecil macam yahudi …susah dan tindas rakyat ..

      Reply
  2. Muhd Sam on 12/09/2019 15:28

    Sepatutnya syarikat Hong Leong Yamaha kena pantau harga jualan setiap kedai harga yang ditetapkan, bukannya nak kaut keuntungan saja.kerajaan juga perlu ambil tindakan

    Reply
    • Secret reader on 12/11/2019 11:36

      Hong Leong pon mcm taik.. nk pantau apa..

      Reply
      • Ysoserious on 11/12/2019 09:46

        Pembeli malaysia langsung xde sepakat. Kalau btul2 sepakat bole je. Ada seller yg jual murah tp dorg xpercaya. Sbb bangsa melayu yg jual. Kalau cina jual smp 15k pun xpe. Y suku seller melayu jual rm10k otr. (Ready stok) Still kena nego dgn buyer. Kalau dgn cina oder rm10k pun boleh. Hahahaha.. mantap hebat padu binasa kurang ajor

        Reply
  3. Awal hisham on 12/09/2019 15:40

    Boikot… Kenapa harus mrgelupur dgn enjin yg akan jatuh harga…. Kesiannnnn

    Reply
    • Wan on 13/09/2019 02:32

      Kedai declare tax ikut harga rrp ke harga mark up?

      Reply
  4. Farez on 12/09/2019 16:23

    Min,mohon email HLYM bawa masuk mt15.

    Reply
  5. Zeaf-O on 13/09/2019 01:37

    Kite kne paham & tahu dulu siapa yg mengawal harga moto yg demand tggi ni kt kedai. Kedai2 cina ni biasa dikawal selia oleh pertubuhan peniaga mereka. Ini bukan nk rasis ke apa ya. Tp kne ingat balik kes demak. Sebab ape mereka terpaksa gulung tikar. Semua adalah tekanan dr pertubuhan peniaga yg memberi syarat ketat dr segi kewangan. Semua komisen & mark up hrga akan pg pd mereka jugak. Ni melibatkan pengeluar & kedai skali. Jadinye kedai yg betul nk jual moto pun terpksa naikkan harga. Jadi eloklh kita cari kedai muslim. Biarpn mahal & lama tggu. Janji kita x ditipu. Ps: Ukur baju di badan sendiri. Beli moto ikut kemampuan ye. Jgn ikut nafsu. Dunia sementara je. #BMF #buymuslimfirst

    Reply
    • Razib ZA on 14/09/2019 17:39

      Ada ke kedai muslim yang jual yamaha nvx 155 kuning dengan harga RM9988?

      Reply
      • ketawa on 12/11/2019 09:04

        ni soalan yg saya nak tanya pun…. hahahaha!
        lagi lagipun, kedai muslim ada kapasiti untuk stok? tidak! semua melalui channel yg sama

        Reply
  6. Piee on 13/09/2019 08:45

    X perlu yamaha.. Jenama lain pun sama… 0 downpayment..tapi bila sign agreement dah lebih 1k…pernah beli jenama sym 0 sownpayment… Bila aeon call… Cakap bayar downpayment 680 iaitu 10%…harga moto 5k leebih…bila sign.. Dah jadi harga moto 6800…kedai makap lebih… Pastu interest aeon… Bermakna kedai caj lebih pastu bagi helmet ms88 je… Bila dah terkena.. Baru tau cam na sistem 0 downpayment ni

    Reply
  7. Yamaha Dealer on 13/09/2019 10:24

    Bayar gaji pekerja paling minimum RM1100.00 (Seorang). Bukan ada orang beli motor hari2.

    Reply
    • Namau on 13/09/2019 15:23

      Tak ada org beli buat apa ambil prkrja.buat lah sendiri.tau sdh kedai tak laku srh pelangan pla byr gaji

      Reply
      • Ani on 11/12/2019 09:49

        Motor bukan ready stok. Lpstu loan dh lulus br oderkan. Beli kereta ikut rrp dan oder pun org xmarah sbb xde markup. Org jual kereta pun byr gaji pekerja. Bodoh punya dealer buat alasan pekerja.. haahhaah..

        Reply
    • Palu on 14/09/2019 20:49

      Alasan ja tu…dapat masyuk banyak lagi sparepart n servis bagai harga yahudi…

      Reply
    • Wan Zainuddin on 15/09/2019 16:19

      Dah x jual hri2,dan xmampu gji pekerja,jgn ambk pekerja..mto sbln kdai mto dpt jual brapa bji?xpyh nk up harga sgt..

      Reply
  8. Rock on 13/09/2019 10:48

    Ada kedai bagi murah lagi. 11.6k cash otr boleh dapat. Tapi policy hly tak bagi motor beli luar dari kawasan lain. So pandai2 la deal. Kang valley kena lupakan la. Memang kawasan peniaga tel aviv.

    Reply
  9. Abu on 14/09/2019 19:21

    Kalau korg bukak kedai moto, korg nk letak harga moto ni berapa? bagi aku bende ada market value mmg mcm tu… sebagai buyer kalau xmampu mungkin turunkn sikit citarasa ambik yg harga ok2 je…

    Reply
    • Bibo on 16/11/2019 09:13

      Bukan boleh letak harga ikut suka. Sebab kerajaan pun tak bagi orang beli moto ikut suka. Tak boleh beli moto indon bawak masuk sini sebab nak tolong peniaga malaysia.

      Reply
  10. Anymomous on 12/11/2019 00:00

    Puak peniaga paling happy bila gst mansuh. Boleh untung besar tak perlu declare.

    Reply
  11. Hairul on 12/11/2019 23:09

    Aku bli cash kedai bukak 2 resit 1 resit 10k pastu 1 lagi balnce dia.. Tp skrg aku da mula fhm.. Haihhh knpe lah xde yg kacau.. Tinggi naaa makap tu..

    Reply
  12. Husaini Salleh on 08/12/2019 20:39

    Beli aje Modenas

    Reply
    • Mat motor on 14/12/2019 16:21

      Sama je % yg peniaga untung motor cap ape pun, jgn beli motor baru je cara nya

      Reply
  13. kambing on 08/12/2019 23:50

    tu x pe.. ade yg loan lulus.. tunggu stok nvx lambat.. janji seminggu.. yg ade nvx douxy( ape ntah nama dia.. ) pastu dorang mcm tekankn suro ambik moto tu.. tapi tambah lagi 1k .. dapat sijil dan kejadah2 nya.. bingai

    Reply
  14. kazar on 09/12/2019 02:30

    tak payah beli moto tu, tak mati pun, beli jer yang murah…

    Reply
  15. Hakimi Haffiz on 09/12/2019 09:38

    Ada gst pun harga lagi tinggi

    Reply
  16. km on 13/12/2019 21:57

    ade kami kesah???
    hobi kami mahal. awk jeles ke apa?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.