Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Amtel, Zurich Perkenal Peranti Baca Tol dengan Kamera Pemuka, Lokatag Pro
Aksesori

Amtel, Zurich Perkenal Peranti Baca Tol dengan Kamera Pemuka, Lokatag Pro

Han OthmanBy Han Othman23/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LOKATAG bekerjasama dengan syarikat insurans, Zurich memperkenalkan produk terbaharu Lokatag Pro untuk pengalaman pemanduan terhubung lebih lancar, selamat dan pintar.

Lokatag Pro ialah peranti Pembaca Tol Tersambung dan kamera pemuka (dashcam), direka untuk memenuhi keperluan pemandu yang semakin berkembang.

Peranti inovatif ini dilengkapi teknologi dipaten termaju yang pertama seumpamanya di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Amtel Holdings Berhad, Chester Koid berkata;

Lokatag Pro mewakili detik penting dalam perjalanan kami, kerana kami menjangkaui jualan perkakasan tradisional untuk menjadi penyedia Perkhidmatan Mobiliti Pintar yang pertama di rantau ini.

”Kami sedang memulakan era baharu aksesori automotif yang mana keselamatan, inovasi dan konektiviti bersatu dengan lancar dalam satu platform pintar dikenali sebagai ‘Ekosistem Loka’.”


Lokatag Pro
menggunakan teknologi inframerah daripada Efkon dan menyokong kad TNG NFC tradisional dan baharu yang membolehkan pengguna memandu melalui lorong SmartTAG tanpa perlu menghentikan kenderaan.

Ciri kamera pemuka pula berfungsi merekod rakaman video berkualiti tinggi pandangan jalan di depan, sekali gus memberikan pemandu tahap keselamatan dan keselamatan tambahan. Rakaman ini berfungsi sebagai bukti jika berlaku kemalangan atau sebarang insiden jalan raya lain.

Salah satu kelebihan unik Lokatag Pro ialah ciri AI Voice, yang menyediakan kemas kini masa nyata baki kad dan makluman dalam tiga bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin). Ini membantu pemandu kekal fokus ketika memandu.

Lokatag Pro juga dilengkapi e-SIM gred automotif dengan rangkaian perkhidmatan komunikasi lain seperti penjejak GPS, makluman masa nyata, kawalan jauh awan, termasuk akses dan kemas kini melalui udara (OTA).

Selain itu, sensor dan sistem pemantau terbina dalam Lokatag Pro bukan saja meningkatkan keselamatan kenderaan dengan memaklumkan pengguna tentang aktiviti mencurigakan, tetapi juga insiden tag geo untuk tujuan pembuktian.

Ini gabungan sempurna antara keselamatan dan inovasi, yang menghimpunkan teknologi terkini untuk menyediakan pemandu dengan platform komprehensif dan kohesif di hujung jari, yang selaras secara harmoni dengan komitmen rakan kongsi insurans Lokatag terhadap pengurangan risiko dan kesejahteraan pelanggan.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Zurich Malaysia untuk meningkatkan dan mengautomasikan proses tuntutan insurans motor dan takaful dan pada masa yang sama, memperkenalkan insurans telematik yang lebih diperibadikan untuk semua pengguna Loka App,” kata Chester.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Shamsul Azman berkata;

Di Zurich Malaysia, kami sentiasa meneroka cara untuk menambah nilai kepada pelanggan kami melalui kerjasama strategik. Kami berbangga bekerjasama dengan Lokatag dalam meningkatkan keselamatan jalan raya, kemudahan dan ketenangan fikiran untuk pengguna,”

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Lokatag dan mengukuhkan komitmen kami untuk melindungi perkara yang benar-benar bermakna untuk pelanggan kami.”

Chester berkata, memandangkan Lokatag berhasrat meningkatkan pengalaman pemanduan bagi setiap rakyat Malaysia, matlamat Lokatag adalah memuatkan 500,000 pengguna dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian Ekosistem Loka.

Selaras komitmen menyokong dan memberi manfaat secara aktif kepada semua pemandu Malaysia, Lokatag juga bekerjasama dengan syarikat teknologi iklan kereta tempatan yang menggunakan perkhidmatan lokasi termaju, Stickiie (www.heystickiie.com).

Perkongsian berpaksikan komuniti ini melangkaui memperkasakan pemandu untuk menjadi duta jenama Lokatag tetapi juga memberi peluang memiliki peranti Lokatag percuma sambil memperoleh pendapatan sampingan tambahan pada masa sama.

Lokatag Pro dijual pada harga RM1,799 dan tersedia untuk pratempahan untuk penghantaran pada Mac 2024 melalui laman web www.lokatag.comwww.lokatag.com. Pelanggan prapesanan layak mendapat insurans kereta percuma dengan setiap pembelian Lokatag Pro, tertakluk terma dan syarat.

aksesori Auro Terkini Lokatag Pro Zurich
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

25/03/2026
Auto Terkini

Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

25/03/2026
Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
Auto Terkini

MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

24/03/2026
PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
Auto Terkini

Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

24/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

By Han Othman06/02/20192
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
Auto Terkini

Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

By Syafie24/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.