Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Amerika Lancar Kia Rio Sedan (2018) bersama Model Hatchback, Harga Bermula RM58,394
Roda4

Amerika Lancar Kia Rio Sedan (2018) bersama Model Hatchback, Harga Bermula RM58,394

Han OthmanBy Han Othman21/09/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA baru saja mengumumkan perincian harga untuk model Rio sedan (2018) serba baharu dan model hatchback 5-pintu. Barisan pertama dijangka tiba di Amerika Syarikat (AS) pada awal Oktober ini dalam tiga varian pilihan –  LX, S dan EX.

Berbanding model terdahulu, Kia Rio baharu kali ini menampilkan rekaan luaran lebih bersih dengan rupa gril ‘hidung harimau’ gaya baharu bersama saiz badan panjang untuk mendapatkan ekstra ruang kabin. Ciri dalaman pula kali ini memuatkan fungsi Bluetooth, sistem audio 6 pembesar suara dengan radio satelit dan kamera pandang belakang.

BACA >>> Kia Rio (2017), Enjin 1.4L MPI, 6 Beg Udara – Harga RM79,888

Model paling premium, EX diberikan sistem infotainment skrin sentuh 7-inci yang didatangkan dengan pengecaman suara, Android Auto dan Apple CarPlay serta Pembrekan Kecemasan Autonomi (AEB). Satu-satunya pilihan enjin ialah 1.6L GDI petrol berkuasa 130hp dan tork 161Nm.

Harga bermula AS$13,900 (RM58,394) untuk LX Sedan, manakala model LX hatchback bermula AS$14,200 (RM59,654). Harga varian EX sedan pula bermula AS$18,400 (RM77,299) dan hatchback AS$18,700 (RM78,559).

Di pasaran Malaysia, Naza Kia sebenarnya sudah pun melancarkan Rio hatchback pada Julai lalu pada harga RM79,888, termasuk GST tanpa insurans. Masih tiada ura-ura bilakah pihak Naza Kia akan membawa masuk model Rio sedan. Mungkinkah tahun hadapan? Apapun, mari kita layan dahulu foto-foto menarik Rio sedan versi Amerika di bawah ini.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Amerika Kia Kia Rio Kia Rio hatchback (2018) Kia Rio sedan (2018) Roda4 Segmen B subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
Pandu Uji

#PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

20/04/2026
Lepas L6 2026 Euro
Elektrifikasi

Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

20/04/2026
Syarat MITI ke atas BYD | DS Johari Abdul Ghani
Auto Terkini

Syarat MITI Terlalu Ketat, Pelaburan BYD di Perak Bakal Terjejas?

20/04/2026
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

17/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.