• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Alta Redshift EXR (2019) – Motosikal Off-Road EV dengan Ekstra Kuasa dan Cas Pantas

Alta Redshift EXR (2019) - Motosikal Off-Road EV dengan Ekstra Kuasa dan Cas Pantas

June 24, 2018 By AI Leave a Comment

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM usaha untuk mendapatkan jentera off-road yang lebih ringan dan mudah ditunggang, segmen enduro nampaknya semakin popular. Terkini, Alta Motors menampilkan produk dirtbike, Alta Redshift EXR yang dibangunkan berasaskan model MX, tetapi dengan prestasi lebih baik.

Sekali pandang, penampilan Redshift EXR nampak biasa saja, sama seperti apa yang dapat kita lihat pada enduro moden. Bezanya, jentera itu datang dengan motor elektrik yang ringan dan berprestas, termasuk kemampuan mengecas pantas.

BACA >>> 19 Fakta | Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

Sebagai makluman, Alta Motors ialah pengeluar motosikal elektrik (EV) yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat dan kini semakin membuka mata ramai pemerhati dunia permotoran sejak model pertama MX melakukan debut dalam Kejuaraan Motocross Amerika (2016). Siapa cakap motosikal EV manja?

redshift-exr-logo
logo-alta-motors
Alta_Redshift_EXR-20189
2019-alta-redshift-exr-action-2
Alta_Redshift_EXR-201810

Jika model sebelum ini memiliki kuasa 40hp dan tork 52Nm, Redshift EXR didatangkan dengan kuasa 50hp dan tork 57Nm. Walaupun dibina atas platform sama seperti model lain, tetapi komponen motor elektrik, rangka dan bateri serta kawalan elektronik kini dipertingkatkan.

Komponen lain ialah seperti suspensi WP dan absorber belakang kustom dengan brek Brembo.  Asas rekabentuk Redshift EXR ialah MX varian R. Ini jelas dapat dilihat pada rupa  lampu depan, lampu belakang, cermin sisi, gad tangan, dan roda belakang 18-inci. Cuma kelajuan maksimum yang berbeza, yakni mampu mencapai 114kmj.

SPESIFIKASI

KUASA KUDA: 50hp
TORK: 57Nm
TEMPOH CAS: 1.5 jam (240VAC)
TAYAR: Metzeler 6 Days 80/100-21 (depan); Metzeler 6 Days 120/90-18 (belakang)
SUSPENSI: Fork WP Xplor 48 (depan); Penyerap hentak WP Alta Kustom Spec (belakang)
BREK: Cakera Brembo 260mm, kaliper Brembo dual-piston (depan); cakera Brembo 220mm, kaliper Brembo piston tunggal (belakang)
BERAT: 124kg
JARAK RODA: 1,492mm
TINGGI PELANA: 925mm
RAKE: 26.3°
TRAIL: 113mm
HARGA: AS$12,495 (RM49,790)

GALERI

SUMBER: AltaMotors

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Alta Motors, Alta Redshift EXR, Amerika Syarikat (AS), California, dirtbike, EV, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, motosikal EV, off-road, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my