Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Alfonso Albaisa – Lelaki Penting di Sebalik Nissan dan Infiniti, Pernah Jadi Pereka Kapal Pesiar
Roda4

Alfonso Albaisa – Lelaki Penting di Sebalik Nissan dan Infiniti, Pernah Jadi Pereka Kapal Pesiar

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INFINITI ialah jenama Nissan yang diwujudkan untuk bersaing dengan jenama premium Eropah seperti Mercedes-Benz, BMW dan Audi. Ataupun boleh juga dikatakan lebih hampir kepada persaingan jenama premium Jepun lain seperti Lexus milik Toyota dan Acura milik Honda.

Tidak banyak yang sensasi tentang Infiniti, siapa di belakang mereka atau produk manakah paling menonjol? Jika Lexus ada LFA, dan Acura ada NSX, tetapi bagaimana pula Infiniti?

Walaupun nampak bersahaja, apa yang menarik tentang Infiniti ialah jenama itu sudah sedia mempunyai cawangan di Malaysia dengan membariskan model-model terkini. Ini termasuk Lexus dan cuma Acura masih selesa di Amerika Syarikat.

Walaupun tidak seagresif rakan senegara atau pengeluar automobil dari Korea Selatan, Infiniti sebenarnya memiliki sumber manusia yang hebat. Misalnya, bekas Ketua Pereka BMW Design, Karim Habib kini dilantik untuk menyandang jawatan Ketua Pereka Infiniti.

PEKERJA SETIA

Tanggungjawab Karim diselia Naib Presiden Kanan Nissan Design Group dan Infiniti, Alfonso Albaisa. Apa yang menarik tentang Albaisa pula ialah kesetiaannya sebagai seorang pekerja. Jangan tidak tahu, beliau mula berkhidmat dengan pasukan pereka Nissan sejak 1988.

Albaisa adalah graduan Institut Pratt di New York dengan Ijazah Rekabentuk Industri. Antara hasil kerja beliau ialah Nissan Juke, Infiniti Q60, Q30, Prototype 9 dan banyak lagi yang di luar hasil kerja pengeluar arus perdana lain. Malah, Nissan ada identiti tersendiri yang boleh dilihat pada Teana, X-Trail atau Sylphy. Semua model tersebut hadir dengan rekabentuk permukaan badan beralun dan besar yang menyerlahkan keunikan seni permainan permukaan besi.

PROJEK KAPAL PESIAR

Seperkara lagi menarik tentang Albaisa adalah minatnya dalam dunia pelayaran. Pada 26 tahun lalu, beliau merekabentuk sebuah kapal pesiar mewah, dinamakan Motali yang dibina khas untuk pelanggan dari Timur Tengah. Melalui temubual dengan Infiniti, Albaisa menjelaskan serba sedikit tentang kapal pesiar Motali.

Motali ialah kapal pesiar bertingkat berukuran 33 kaki. Motali juga kapal peribadi dan direka untuk memberikan pengalaman pengembaraan sebenar kepada penumpang. Kapal ini mempunyai bentuk seperti peluru dan beberapa ciri seakan kapal klasik era 50-an yang dibina dengan metod moden.”

Projek Motali bermula pada tahun kedua Albaisa berkhidmat dengan Nissan, di mana seorang pelanggan di Turki menghubungi pasukannya pada Ogos 1990 dan meminta supaya menghasilkan sebuah kapal pesiar.

Albaisa nyata berminat kerana beliau sendiri membesar dekat kawasan pantai dan selalu menaiki bot di Miami. Beliau memaklumkan, pereka Infiniti Design mendapat ilham merekabentuk model-model kereta berasaskan kekuatan dan kecantikan alam sekitar serta lautan.

Cabaran terbesar Albaisa dalam merekabentuk Motali ialah saiz. Merekabentuk kereta memerlukan satu bentuk pemikiran dan pergerakan sambil dibantu aspek perincian. Namun, sebuah kapal pesiar ditentukan daripada senibina yang lebih kepada merekabentuk sebuah bangunan berbanding sebuah kenderaan!

Alfonso Albaisa Infiniti kapal pesiar Motali Nissan
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.