Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aleix Espargaro Mahu Lelong Aprilia RS-GP 20
Auto Terkini

Aleix Espargaro Mahu Lelong Aprilia RS-GP 20

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BEKAS pelumba MotoGP Aprilia, Aleix Espargaro, mahu melelong jentera lumba peribadi, Aprilia RS-GP 20, dalam satu acara lelongan berprofil tinggi di Britain awal tahun depan.

Jentera MotoGP tersebut diberikan Aprilia kepada Espargaro secara rasmi pada 2022, dua tahun selepas beliau menamatkan musim 2020 di kedudukan ke-17 keseluruhan dengan keputusan terbaik di tempat kelapan.

Espargaro ialah tonggak utama projek MotoGP Aprilia sejak 2017 hingga bersara sebagai pelumba sepenuh masa pada penghujung musim 2024.

Sejarah Espargaro Bersama Aprilia

Sepanjang bersama pengeluar dari Noale itu, Espargaro mencatatkan tiga kemenangan perlumbaan, lima petak utama, dan pencapaian terbaik keseluruhan di tempat keempat pada musim 2022.

Kejayaan Aprilia diteruskan selepas itu apabila Marco Bezzecchi meraih tempat ketiga keseluruhan musim MotoGP 2025.

Aprilia RS-GP 20 menandakan fasa penting dalam evolusi pasukan MotoGP Aprilia, dengan enjin V4 90º serba baharu, aerodinamik direka semula, casis baharu dan peningkatan menyeluruh dari segi prestasi.

Walaupun hanya digunakan selama satu musim perlumbaan, jentera itu dianggap sebagai batu loncatan utama kepada kejayaan Aprilia hari ini.

Unit Asal, DNA Perlumbaan

Unit dilelong itu dilaporkan dalam keadaan asal sepenuhnya, seakan baru keluar dari litar perlumbaan.

Ia dilengkapi sistem ekzos Akrapovič, suspensi lumba Öhlins khas, cakera brek karbon di depan dan badan gentian karbon sepenuhnya. Turut disertakan dokumen rasmi Aprilia dan nota penghantaran asal.

Lebih menarik, jentera itu masih menggunakan sistem elektronik Marelli asal MotoGP, sesuatu yang jarang ditemui kerana kebiasaannya komponen tersebut akan ditanggalkan sebelum jentera dilepaskan kepada kolektor.

Lokasi, Masa Lelongan

Jentera itu akan dilelong Iconic Auctioneers sempena acara The Iconic Sale at Race Retro 2026 yang berlangsung di Stoneleigh Park, Warwickshire, dari 20 – 22 Februari 2026.

Ia turut dijual bersama set lengkap sut lumba, but, sarung tangan dan helmet yang digunakan Espargaro ketika menunggang jentera tersebut.

Nilai anggaran jualan diletakkan antara £300,000 hingga £400,000 (RM1.8 juta – RM2.4 juta), menjadikannya antara jentera MotoGP paling eksklusif yang pernah ditawarkan di pasaran terbuka.

SUMBER: MotorcycleNews

Aleix Espargaro Aprilia Racing Aprilia RS-GP 20 lelongan motosikal MotoGP United Kingdom
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.