• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aleix Espargaro Jual Jentera MotoGP Peribadi Aprilia RS-GP 20, Dari RM1.8 Juta

Aleix Espargaro Jual Jentera MotoGP Peribadi Aprilia RS-GP 20, Dari RM1.8 Juta

December 23, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

BEKAS pelumba MotoGP Aprilia, Aleix Espargaro, bakal melelong jentera perlumbaan peribadinya, Aprilia RS-GP 20, dalam satu acara lelongan berprofil tinggi di United Kingdom awal tahun hadapan.

Motosikal MotoGP tersebut diberikan kepada Espargaro secara rasmi oleh Aprilia pada tahun 2022, dua tahun selepas beliau menamatkan musim 2020 di kedudukan ke-17 keseluruhan dengan keputusan terbaik di tempat kelapan. Espargaro merupakan tonggak utama projek MotoGP Aprilia dari 2017 hingga persaraannya sebagai pelumba sepenuh masa pada penghujung musim 2024.

Sejarah Espargaro bersama Aprilia

Sepanjang bersama pengeluar dari Noale itu, Espargaro mencatatkan tiga kemenangan perlumbaan, lima petak utama, serta pencapaian terbaik keseluruhan di tempat keempat pada musim 2022. Kejayaan Aprilia diteruskan selepas itu apabila Marco Bezzecchi meraih tempat ketiga keseluruhan musim MotoGP 2025.

Aprilia RS-GP 20 menandakan satu fasa penting dalam evolusi pasukan MotoGP Aprilia, menampilkan enjin V4 90 darjah serba baharu, aerodinamik yang direka semula, casis baharu serta peningkatan menyeluruh dari segi prestasi. Walaupun hanya digunakan selama satu musim perlumbaan, jentera ini dianggap sebagai batu loncatan utama kepada kejayaan Aprilia hari ini.

Unit Asal, DNA Perlumbaan

Unit yang dilelong dilaporkan berada dalam keadaan asal sepenuhnya, seolah-olah baru keluar dari litar perlumbaan. Ia dilengkapi sistem ekzos Akrapovič, suspensi perlumbaan Öhlins khas, cakera brek karbon di bahagian hadapan serta badan gentian karbon sepenuhnya. Turut disertakan ialah dokumen rasmi Aprilia dan nota penghantaran asal.

Lebih menarik, motosikal ini masih menggunakan sistem elektronik Marelli asal MotoGP, sesuatu yang jarang ditemui kerana kebiasaannya komponen tersebut akan ditanggalkan sebelum jentera dilepaskan kepada kolektor.

Lokasi dan Masa Lelongan

Jentera ini akan dilelong oleh Iconic Auctioneers sempena acara The Iconic Sale at Race Retro 2026 yang berlangsung di Stoneleigh Park, Warwickshire, dari 20 hingga 22 Februari 2026. Ia turut dijual bersama set lengkap sut perlumbaan, but, sarung tangan dan helmet yang digunakan Espargaro ketika menunggang jentera tersebut.

Nilai anggaran jualan diletakkan antara £300,000 hingga £400,000 (RM1.8 juta - RM2.4 juta), menjadikannya antara motosikal MotoGP paling eksklusif yang pernah ditawarkan di pasaran terbuka.

SUMBER: MotorcycleNews

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aleix Espargaro, Aprilia Racing, Aprilia RS-GP 20, lelongan motosikal, MotoGP, United Kingdom

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my