Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2025: Aldeguer Juara GP Indonesia, Rookie Kedua Termuda dalam Sejarah
Auto Terkini

#MotoGP2025: Aldeguer Juara GP Indonesia, Rookie Kedua Termuda dalam Sejarah

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam06/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Fermin Aldeguer juara GP Indonesia, rookie kedua termuda menang MotoGP

PELUMBA pasukan BK8 Gresini Racing MotoGP, Fermin Aldeguer mencatatkan kemenangan sulung penuh bergaya di Grand Prix (GP) Indonesia 2025 di Mandalika, sekali gus muncul sebagai pemenang kedua termuda dalam sejarah MotoGP.

Kemenangan dominan itu hadir selepas insiden kontroversi di Lap 1 melibatkan juara dunia daripada pasukan Ducati Lenovo Team, Marc Marquez dan pasukan Aprilia Racing, Marco Bezzecchi yang bertembung dan terjatuh awal perlumbaan.

Drama Awal di Lap 1

Fermin Aldeguer juara GP Indonesia, rookie kedua termuda menang MotoGP

Perlumbaan bermula penuh dramatik apabila Bezzecchi yang bermula dari petak utama gagal mempertahankan kedudukan, memberi ruang kepada Pedro Acosta dari pasukan Red Bull KTM Factory Racing untuk mendahului.

Namun, ketika memasuki selekoh laju Turn 6, Bezzecchi cuba memintas Marquez di ruang sempit hingga berlaku sentuhan dan menyebabkan kedua-dua pelumba tersungkur. Marquez disahkan mengalami retak tulang selangka kanan dan akan menjalani pemeriksaan lanjut di Eropah, manakala Bezzecchi dibawa ke hospital tempatan untuk pemeriksaan.

Aldeguer Ambil Alih

Fermin Aldeguer juara GP Indonesia, rookie kedua termuda menang MotoGP

Ketika kekecohan berlaku di belakang, Aldeguer mula menekan Acosta dan merampas kedudukan pendahulu pada Lap 7. Dari situ, pelumba muda Sepanyol itu tidak menoleh ke belakang lagi.

Mempamerkan rentak konsisten dan pantas hingga membuka jurang lebih 8 saat menjelang garisan penamat. Acosta pula terpaksa berhempas pulas mempertahankan kedudukan kedua daripada asakan dari rakan sepasukan Aldeguer, Alex Marquez.

Pertarungan Podium

Fermin Aldeguer juara GP Indonesia, rookie kedua termuda menang MotoGP

Saingan untuk podium terakhir berlangsung sengit dengan pelumba seperti Luca Marini (Honda HRC Castrol), Raul Fernandez (Trackhouse Aprilia MotoGP), Alex Rins (Monster Energy Yamaha) bersama rakan sepasukan Fabio Quartararo dan Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) turut sama memburu kedudukan tiga teratas.

Namun, akhirnya Acosta mengekalkan posisi kedua, manakala Alex melengkapkan podium ketiga, memberikan Gresini Racing keputusan terbaik musim ini.

Keputusan Penuh 10 Teratas

Fermin Aldeguer juara GP Indonesia, rookie kedua termuda menang MotoGP

  1. Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  2. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing)
  3. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  4. Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing)
  5. Luca Marini (Honda HRC Castrol)
  6. Raul Fernandez (Trackhouse MotoGP)
  7. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha)
  8. Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46)
  9. Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46)
  10. Alex Rins (Monster Energy Yamaha)

Tumpuan ke Phillip Island

Kemenangan bersejarah ini menyaksikan Aldeguer menuju ke GP Australia di Phillip Island sebagai pemenang MotoGP buat kali pertama. Tumpuan kini juga terarah kepada status kecergasan Marquez dan Bezzecchi, sama ada sempat pulih untuk kembali beraksi hujung minggu depan.

SUMBER: MotoGP.com

2025 MotoGP Indonesia Alex Marquez Auto Terkini Fermin Aldeguer Litar Pertamina Mandalika MotoGP 2025 Pedro Acosta sukan permotoran
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.