Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Al-Kisah Karburetor Motosikal [Siri 2]: Bagaimanakah Tuning Enjin dengan Penuh Gaya?
Autotainment

Al-Kisah Karburetor Motosikal [Siri 2]: Bagaimanakah Tuning Enjin dengan Penuh Gaya?

Suffian XBy Suffian X25/08/20188 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA pergerakan enjin motosikal agak kasar, mungkin inilah masa yang tepat untuk bertindak sesuatu. Tetapi, sebelum bermula, amat penting untuk kita mengenali asas karburetor  terlebih dahulu. Seperti diketahui, kapcai dipasangkan enjin dan karburetor.

Jangan salah faham, karburetor bukan enjin dan cuma sebahagian daripada enjin. Tetapi tidaklah berdosa kalau kita selalu anggap atau bayangkan karburetor sebagai enjin. Secara amnya, karburetor bolehlah diibaratkan sebagai jantung motosikal. Jadi, siri terbaharu ini akan membedah lagi anatomi karburetor dalam bab meningkatkan prestasi enjin menerusi talaan (akan disebut sebagai tune selepas ini). Enjin dalam artikel ini tidak rosak, tidak jahanam dan tidak pula mati. Jadi proses tune ini lebih kepada prestasi.

BACA >>> Al-Kisah Karburetor Motosikal [Siri 1]: Kenapa Enjin Jadi Hambar?

Pertama sekali, kita mestilah tahu di manakah kedudukan karburetor motosikal sendiri. Jangan terkejut Ah Seng mungkin saja tidak tahu di manakah karburetor motor kita dan perlu ambil masa mencari, tetapi brader dengan penuh yakin dan bersemangat dapat tunjukkan kepada dia. Apabila ini dilakukan, sudah tentulah Ah Seng secara automatik akan terkesima sambil meletakkan kedua-dua tangan di bahu dan mata memandang ke atas (poyo gile mamat ni aduyainya punnnn…).

Projek ohsem naik taraf prestasi ini boleh dimulakan dengan berbekalkan pemutar skru yang sentiasa berada dalam genggaman. Tetapi, sebelum memulakan teknik tune super supreme ini, motosikal kita perlulah break in, atau melengkapkan kitaran servis ditetapkan, ataupun ditunggang melebihi 500km pada bacaan odometer motosikal. Paling penting, ikut saranan pengeluar.

Bagi memastikan kesan penambahbaikan dapat dirasai pada tahap optimum, pastikan guna jenis petrol yang konsisten,  bukan suka-suka tuang RON95, kejap RON97, kejap V-power pula. Pastikan enjin hidup dan bergerak dalam skala penggunaan jenis petrol yang sama supaya kita dapat mengesan hasil tune secara berperingkat.

ASAS TALAAN KARBURETOR

1. Panaskan Enjin

Pertama sekali, apa yang perlu dilakukan ialah menghidupkan dan memanaskan enjin motosikal sekitar 5 minit. Boleh juga pusing-pusing sekeliling kedai Ah Seng sama ada untuk berlagak atau mintak restu. Selepas itu, proses tune bolehlah dimulakan.

Jika enjin tidak dipanaskan, proses penalaan karburetor boleh jadi sia-sia sahaja.”

2. Kenal Pasti Kedudukan Skru Angin/Petrol dan Idle

Skru petrol karburetor 4-lejang

Skru angin dan petrol ialah komponen utama yang perlu dilaraskan untuk menetapkan campuran udara+petrol. Ada juga skru tetapan lahu (idle) untuk tetapan pemasaan (timing) enjin. Skru tetapan idle bertujuan membantu tune rev (rpm) enjin ketika beroperasi secara idle.

Bagaimana mahu mengenal pasti kedudukan skru?

Jawapannya, pastikan varian lejang enjin motosikal yang hendak di-tune. Karburetor motosikal 2-lejang ada tetapan skru angin, manakala motosikal 4-lejang pula hanya ada skru minyak/petrol untuk proses tune.

Kedudukan skru petrol (4-lejang) dapat dikenal pasti berdekatan enjin. Apabila diputar arah jam, karburetor akan memberikan campuran lean (lebih udara) dan apabila lawan jam, kita akan dapat campuran rich (lebih petrol).

Kedudukan skru angin (2-lejang) juga masih di karburetor, tetapi terletak jauh dari enjin. Apabila skru diputar arah jam, campuran udara+bahan api akan jadi rich (lebih minyak) dan apabila diputar lawan jam, enjin akan menerima campuran lean (lebih udara).

Jika karburetor motosikal buatan Mikuni, skru angin dan petrol diperbuat daripada tembaga yang berwarna perang keemasan. Kedudukan skru idle pengeluar ini terletak dekat kabel terotel.

3. Ya, Tune Juga Akhirnya

Ingat lagi tak pasal skru idle? Pertama sekali, putar skru idle supaya enjin motosikal berada pada takah sekurang-kurangnya 3,000rpm. Enjin akan semakin mengerang atau menderam umpama terotel dipulas perlahan-lahan.

Selepas proses itu selesai, perlahan-lahan putarkan skru petrol (4-lejang) atau skru angin (2-lejang), bergantung jenis enjin motosikal. Objektif utama putaran ini ialah memutar skru ke arah campuran lean paling maksimum. Sepanjang proses putaran ini, RPM enjin semakin menurun dan tidak keruan yang menandakan campuran udara+petrol jadi semakin lean.

Berhati-hatilah ketika tune motor.

Ingat, skru perlu diputar untuk  memastikan campuran lean dicapai semaksimum mungkin. Skru idle juga perlu dilaraskan supaya enjin masih hidup secara perlahan-lahan. Practice makes perfect, brader!

Selepas itu, putar skru yang sama itu ke arah berlawanan jam untuk menjadikan objektif campuran kepada rich semula bagi menambah jumlah petrol. Skru perlu diputar secara skala suku – 1/8 pusingan setiap kali. Jangan putar main hentam saja!

Sepanjang proses ini, RPM enjin akan kembali menaik secara berperingkat. Sentiasa berwaspada bagi memastikan tangan brader tidak terketar-ketar sebab berdebar dengan enjin sendiri. Setakat ini, belum ada kes motosikal meletup disebabkan tune karburetor. Jangan biarkan Ah Seng gelakkan kita. Sentiasa bersabar dan buatlah perlahan-lahan.

RPM enjin akan jadi konsisten selepas putaran dilakukan dalam 3 hingga 4 putaran penuh skru (1/4-1/8 pusingan setiap kali tune). Berhenti memutar skru pada kondisi ini kerana inilah potensi tetapan ideal untuk enjin motosikal kita. Ketika ini campuran udara+petrol adalah optimum. Jika skru masih terus diputar, campuran udara+petrol pada tahap ini sudah menjangkau tahap rich (lebih petrol).

Selepas memastikan enjin dapat beroperasi lancar, putar pula skru idle untuk memastikan rev enjin turun pada kadar sekitar 1,000rpm semula. Terotel perlu dipulas sekiranya enjin jadi semakin lemah. Respon diterima daripada enjin sepatutnya lebih pantas dan lancar.

EUREKA DAN TAHNIAH!!!


Akhir sekali, cuba mati dan hidupkan semula enjin motor. Seperti magik, enjin motosikal brader akan dapat dihidupkan dengan sekali tendang sahaja. Jika keputusan itu dicapai, tahniah kerana brader sudah berjaya. Sila kenal pasti perbezaan enjin dari segi respon terotel dan bunyi. Berbanggalah dengan diri sendiri dan belanjalah lawan sebagai habuan mereka sudi mendengar cerita ke-power-an anda.

Namun jika tidak berjaya, sila ulang semula proses di atas hingga dapat tune yang memuaskan. Proses tune berulang kali adalah normal jika dilakukan sendiri bagi mendapatkan hasil yang tepat, dan terbaik serta kena dengan ‘tekak’ brader. Ah Seng pun tak mampu nak buat macam ini sebab ramai lagi pelanggan yang dia kena layan! Jangan sampai dia fed up dan tune motor sampai melompat duduk atas pokok nyiok sana.

BACA >>> Naik Taraf Ekzos Aftermarket – ‘Slip On’ atau ‘Full System’? Mana Satu Pilihan Terbaik?

Akhir kata, selamat berjaya! Kami nasihatkan brader supaya tidak terlalu ghairah untuk tune karburetor motor sendiri. Brader juga digalakkan melihat manual karburetor motor masing-masing kerana jenis dan rekaan karburetor tidak sama bagi setiap model dan pengeluar. Tetapi konsep dan asas masih sama.

Jika mahu ambil risiko itu, biarlah risiko yang realistik atau istilah yang disebut mat saleh sebagai calculated risk! Jika tidak berjaya juga, silalah telefon Ah Seng di talian +03 755 – 2525 dan tanyalah cara tune Super Supreme satu. Tanya juga Ah Seng berapa tahun pengalaman dia untuk nak tune karburetor kasi cun. Salam dan adiooosss…

* Hang jangan nak mengada telefon nombor atas tu. Itu nombor Pizza Hut!

angin autotainment carb carburetor DIY karburetor lean mixture pembakaran petrol rich roda2 talaan teknik tips tuning
Suffian X

Artikel Berkaitan

Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026

8 Comments

  1. Pakcik Tua on 24/08/2018 01:16

    Motor kapchai pakcik senang hidup…tapi lost power..pulas²..x pergi..enjin .jerit je lebih…
    Cmne tu bos??

    Reply
    • Racingboy,yamaha on 28/03/2019 14:51

      Tukar motor Baru je pakcik

      Reply
    • ujang on 20/12/2019 15:12

      klas plate ngan auto klas abih tu pokcik kordi…

      Reply
  2. Din on 07/04/2019 02:59

    Motor saya bila full terotel dgn sentap dia jdi blow Dan mati mcm nk setting bila full terotel sentap dia terus high RPM

    Reply
  3. Man on 30/04/2019 21:37

    Kenapa ye bila di rpm tinggi dalam geae 5 mcm tu tibe2 motor meletop lepas tu angin jadi mengerang. Tapi bila da rpm rendah dia ok balik. Adakah sebab carb atau lain?

    Reply
  4. faiyezzz on 04/12/2019 14:41

    enin sy meletup sbb tune carb. mesti ah seng gelak

    Reply
  5. Mizan on 28/03/2020 19:48

    Bang saya pakai carburetor mikuni . So lama tak tgk jadi lupa mana angin mana timing . Saya tersentuh skru angin lpstu lupa balik kiraan . Mula mula nak kene buat ape dulu bang . Saya tukar ekzos tapi separuh paip standard separuh sekali smpai tabung racing punya . Tu nk kene buat ape dekat karburetor . Lari teruk ni bang tune dia . Saya check plug dia dh lean sbb kering . Mohon pencerahan bang .

    Reply
  6. nazzcham on 11/07/2020 01:48

    bang sayaa carb espada 30 mm baru pastu start motorje timing terus tinggi dan turunnyaa lambat giler , check carb takde bocor takde masalah sebelum ni pon nsr 28 pon samaa jugak timing tinggi head block da tukar jugak baru tapi still samaa ? kenapaa yee bang ?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.