Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina
Auto Terkini

Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina

AryonBy Aryon10/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Mac 2019, Presiden Rodrigo Duterte menandatangani Akta Pencegahan Jenayah Motosikal atau RA 11235 yang digelar penunggang motosikal Filipina sebagai ‘Doble Plaka’.

Akta tersebut mengenakan penalti berat terhadap pesalah penunggang motosikal, termasuk hukuman penjara berhubung kesalahan yang ada kaitan dengan nombor plat membabitkan kecurian, kehilangan dan jualan motosikal.

BACA >>> Presiden Duterte Lulus ‘Doble Plaka’, Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!
BACA >>> Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz


Undang-undang itu kali pertama diusulkan Senator Richard ‘Dick’ Gordon dan Vicente ‘Tito’ Sotto III sebagai Rang Undang-Undang Senat 1397, tetapi dianggap sebagai prejudis terhadap penunggang motosikal sebaik saja diluluskan.

Susulan itu, dua kes berasingan difailkan ke Mahkamah Perbicaraan Wilayah Manila dan Bandar Quezon yang  menentang undang-undang ‘Doble Plaka’ pada 2020. Undang-undang tersebut dikatakan tidak menepati perlembagaan dan mencetuskan beban perundangan tidak konsisten, atau langsung menafikan hak penunggang dan pemilik motosikal yang dilindungi perlembagaan.

Terbaharu, baru-baru ini Pertubuhan Hak Asasi Motosikal (MRO) mendakwa kes menentang RA 11235 kini berjalan lancar berikutan kesediaan mahkamah mendengar reaksi responden yang mempertikatkan beberapa bahagian perundangan berkenaan sebagai satu kesalahan.

jurucakap MRO, Jobert Bolanos berkata;

Semasa pendengaram, kumpulan kami menekankan semua kesalahan yang terdapat pada undang-undang diusulkan Gordon yang didapati menekan penunggang seperti kami.”

Menurut MRO, ada empat alasan utama undang-undang ‘Doble Plaka’ tidak menepati perlembagaan, iaitu:

  • Pertama, ia menetapkan jangka masa kepada pemilik dan pembeli motosikal untuk memindahkan dokumen di bawah nama mereka.
  • Kedua, undang-undang itu menetapkan bayaran penalti melampau yang seakan berat sebelah ke atas penunggang motosikal, dan tidak untuk pemilik kenderaan selain motosikal dengan kesalahan sama.
  • Ketiga, hukuman penjara ke atas mereka yang tidak membayar penalti melampau.
  • Keempat, undang-undang seakan prejudis terhadap motosikal dan penunggangnya sahaja.

Dalam erti kata lain, Pejabat Peguam Negara tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankan undang-undang diusul Gordon. Pendengaran berikut dijadualkan bulan depan.

BACA >>> Presiden Duterte Pertimbang Mansuhkan ‘Doble Plaka’, Kritik Kompaun Mahal Sangat
BACA >>> Penunggang Filipina Bengang dengan RUU Daftar Satu Helmet untuk Satu Motosikal

SUMBER: MotoPinas

Auto Terkini Doble Plaka Motorcycle Rights Organization (MRO) Penunggang Motosikal Filipina Undang-Undang Doble Plaka
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.