Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»AirBorneo Rasmi Mula Penerbangan Pertama dengan Dua Laluan di Sarawak
Auto Terkini

AirBorneo Rasmi Mula Penerbangan Pertama dengan Dua Laluan di Sarawak

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam05/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AirBorneo mula operasi sendiri mula 2026

SYARIKAT penerbangan, AirBorneo mencatat sejarah tersendiri dalam landskap penerbangan Sarawak apabila melancarkan penerbangan pertama di bawah jenama sendiri, menandakan permulaan fasa baharu selepas pengambilalihan operasi MASwings.

Detik penting itu bukan sekadar penjenamaan semula, sebaliknya menjadi simbol aspirasi Sarawak untuk memperkukuh kesalinghubungan udara, terutama ke destinasi luar bandar yang kritikal.

Penerbangan sulung menghubungkan Kuching – Mukah dan Kuching – Tanjung Manis, iaitu dua laluan penting yang menyokong mobiliti penduduk, aktiviti ekonomi dan akses perkhidmatan asas.

Langkah itu mengukuhkan peranan AirBorneo sebagai tulang belakang pengangkutan udara wilayah Borneo.

Laluan Sulung Fokus Kesalinghubungan Luar Bandar

Pesawat AirBorneo

Penerbangan Kuching ke Mukah menggunakan pesawat ATR72-500 dan berlepas jam 8.25 pagi, manakala laluan Kuching ke Tanjung Manis menggunakan pesawat DHC6-400 Twin Otter yang berlepas jam 8.45 pagi.

Pemilihan pesawat turboprop itu mencerminkan kesesuaian operasi untuk landasan pendek dan destinasi berkeperluan khas di kawasan luar bandar.

Kedua-dua laluan itu dilihat strategik dalam menyokong agenda pembangunan seimbang negeri, membolehkan pergerakan rakyat dan barangan dilakukan lebih cekap berbanding pengangkutan darat yang memakan masa lama.

Komitmen Kerajaan Negeri

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin menyifatkan pelancaran AirBorneo di bawah jenama sendiri sebagai langkah besar dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan negeri.

Belia berkata, pelancaran itu bukan sekadar pencapaian operasi, tetapi detik transformatif bagi sektor penerbangan Sarawak.

Beliau menegaskan penubuhan AirBorneo mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan perkhidmatan udara luar bandar yang kritikal terus disediakan, selain meningkatkan kesalinghubungan antara Sarawak, Sabah dan destinasi serantau pada masa depan.

Operasi Berdisiplin, Keselamatan Jadi Keutamaan

Pesawat AirBorneo

Menurut Kim Shin, sepanjang tempoh peralihan, operasi penerbangan akan diteruskan seperti biasa dengan aspek keselamatan dan kebolehpercayaan kekal menjadi keutamaan utama. Pada masa sama, AirBorneo dirangka untuk beroperasi berlandaskan disiplin komersial dan tadbir urus korporat yang baik.

Walaupun perkhidmatan udara luar bandar melibatkan kos operasi tinggi, AirBorneo akan berkembang secara berperingkat ke laluan serantau terpilih berdasarkan ketersediaan pesawat, permintaan pasaran, kemampanan laluan serta perjanjian perkhidmatan udara dua hala.

Fasa Awal, Fokus Kemampanan Jangka Panjang

Kim Shin turut menjelaskan AirBorneo masih berada pada peringkat awal susulan pengambilalihan MASwings dan penerimaan Lesen Operasi Udara (AOC). Pasukan khas dan pasukan petugas sudah ditubuhkan bagi mengkaji pengoptimuman kos jangka panjang, kecekapan penyelenggaraan dan kemampanan kewangan syarikat.

Pendekatan ini penting bagi memastikan AirBorneo bukan sahaja mampu memenuhi mandat perkhidmatan awam, malah berdaya tahan sebagai entiti penerbangan dalam persekitaran industri yang kompetitif.

Mandat Lebih daripada Komersial

Sementara itu, Pengerusi AirBorneo, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menegaskan, misi syarikat melangkaui keuntungan semata-mata. AirBorneo menggalas mandat sosial untuk memastikan komuniti luar bandar terus menikmati akses perhubungan udara yang konsisten dan boleh dipercayai.

Dengan bermula operasi di bawah identiti sendiri, AirBorneo dijangka memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi wilayah, meningkatkan aksesibiliti masyarakat pedalaman dan memperkukuh kesalinghubungan udara Sarawak dan Borneo secara keseluruhan.

Pada majlis sama, AirBorneo turut memperkenalkan pakaian seragam rasmi kru kabin yang diilhamkan daripada warisan budaya Sarawak, melambangkan identiti tempatan yang kini dibawa terbang ke ruang udara Borneo.

SUMBER: Berita Harian

AirBorneo Borneo Kuching Penerbangan Domestik Pesawat Ringan Syarikat penerbangan Sarawak Tanjung Manis
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

    03/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Stesen minyak di iran
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Naik, Tapi RON95 Malaysia Kekal RM1.99 Seliter

    02/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Boulder Concept, Lagi SUV Berkotak, Mahu Lawan Ford Bronco?

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.