Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ahli Perniagaan Dapat Hadiah Yamaha 125ZR versi NOS Belum Isi Petrol Sempena Hari Jadi
Auto Terkini

Ahli Perniagaan Dapat Hadiah Yamaha 125ZR versi NOS Belum Isi Petrol Sempena Hari Jadi

ShawkathBy Shawkath08/02/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AHLI perniagaan Vietnam, Nguyen Quoc Cuong berkongsi beberapa foto di Facebook yang menunjukkan kapcai Yamaha 125ZR yang diterimanya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran.

Hadiah itu diterima Quoc Cuong lebih awal dari tarikh lahir, yang mana kapcai berwarna kuning itu ialah model 2-lejang pertama dalam koleksi kenderaan miliknya.

BACA >>> Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal
BACA >>> Siapa Sangka Yamaha 125Z Kuning Ini Boleh Dijual Hingga RM24k di Indonesia!

Yamaha 125ZR itu dikatakan unit baharu, atau NOS (New Old Stock) yang belum pernah diisi petrol. Quoc Cuong mendakwa beliau tidak bercadang menunggang kapcai tersebut, cuma mahu dijadikan bahan pameran di kediamannya.

Sebahagian besar Yamaha 125ZR yang dijual di Vietnam ialah model import dari Malaysia. Kapcai 2-lejang keluaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) itu dihentikan pengeluaran pada 2018, sekali gus menyebabkan harga model itu meningkat saban tahun berikutan permintaan tinggi.

 

Di Vietnam, harga yang perlu dibayar untuk memiliki seunit Yamaha 125ZR mampu mencecah setinggi 400 juta dong (RM72,930). Bagaimanapun, status harga adalah bergantung kondisi motosikal berkenaan.

Yamaha 125ZR dijana enjin 2-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan cecair berkuasa 17hp @ 8,000rpm dan tork 16Nm @ 7,500rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Selain kapcai itu, Quoc Cuong turut menyimpan beberapa unit motosikal lain seperti Harley-Davidson Breakout 114 dan Vespa Primavera Sean Wotherspoon.

BACA >>> Yamaha 125ZR ‘NOS’ Hitam di Vietnam Ini Mahu Dijual RM89.9k!
BACA >>> Yamaha 125ZR Versi Baharu – Harga RM7,269
BACA >>> HLYM Naik Taraf Laman Web Yamaha Malaysia, 125ZR dan FZ150i Selamat Dipencenkan
BACA >>> Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!

SUMBER: Facebook | Zing

Auto Global Harley-Davidson Breakout 114 Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Kapcai Nguyen Quoc Cuong roda2 Yamaha 125ZR Yamaha 125ZR Vietnam
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.