Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Acura MDX 2025, Rupa Depan Lebih Menonjol, 3.5 V6 dan 3.0 Turbo V6
Auto Terkini

Acura MDX 2025, Rupa Depan Lebih Menonjol, 3.5 V6 dan 3.0 Turbo V6

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGGUNA di Amerika Syarikat yang meminati kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda mempunyai banyak pilihan, dari HR-V sehingga Passport.

Jika mahu sesuatu lebih premium, Acura juga mempunyai pilihan yang baik. Bukan sahaja premium malah tampil sporty seperti Acura MDX yang berada di dalam generasi keempat selepas dilancar pada 2020.

Satu lagi, MDX mempunyai tiga baris tempat duduk. Usia MDX telah sampai untuk dipertingkat dan Acura memperkenal model tahun (MY) 2025 dengan perubahan luar dan dalam serta kelengkapan baharu.

MDX dan MDX A-Spec digerakkan enjin 3.5 liter V6 dengan kotak gear automatik 10-kelajuan yang menghasilkan 290 kuasa kuda (hp) dan tork 362Nm. Pelanggan boleh memesan MDX dengan pacuan dua atau semua roda.

MDX Type S pula lebih berkuasa dengan enjin 3.0 liter turbo (skrol berkembar) V6 yang memiliki 355 hp dan tork 480Nm.

Kotak gear 10-kelajuan jenis talaan sport dan hanya menggunakan pacuan SH-AWD selain mod Sport+ khusus untuk Type S.

Sistem pacuan itu bias kepada roda belakang dan boleh mengagihkan sehingga 70 peratus daya kilas ke belakang dan 100 peratus daripadanya ke roda sebelah luar.

Dari segi pengendalian, Type S juga lebih istimewa dilengkapi ampaian udara dan Sistem Damper Adaptif. Sistem brek MDX Type S lebih berprestasi dengan bahagian depan dari Brembo.

Bar penstabil pun berbeza, bahagian depan MDX menggunakan saiz 31.8 x 5 milimeter (mm) dan 21.7 x 4 di belakang. MDX Type dipasang bar 30.5 di depan dan 20.0 x 3.5 di belakang.

Dari segi rekaan, rupa depan MDX 2025 berbeza daripada sebelumnya dan bukan setakat perubahan ringkas.

Rupa depan menggunakan jeriji corak berlian yang direka baharu dan bampar dengan permukaan berlekuk dan ala tiga dimensi (3D). Lampu besar LED JewelEye® dan lampu nyalaan siang LED ‘Chicane’ mengapit jeriji baharu.

Rim 20 inci untuk A-Spec, Technology Package dan Advance Package turut direka semula. MDX A-Spec pula lebih bersahaja dan berkongsi rupa depan dengan MDX Type S.

Type S menggunakan rim 21 inci Berlina Black baharu dengan kemasan mesin dan terus dibezakan dengan difuser belakang khusus dan ekzos empat muncung.

Acura menawarkan dua warna baharu untuk MDX 2025 iaitu Canyon River Blue Metallic dan Urban Gray Pearl.

Ciri-ciri baharu MDX 2025:

  • Teknologi keselamatan dan bantuan pemanduan AcuraWatch™ yang dipertingkat.
  • Skrin sentuh 12.3 inci dengan sistem Google built-in.
  • Konsol tengah rekaan baharu dengan kefungsian yang dipertingkat (port USB-C di dalam dan belakang, simpanan lebih besar dan pengecas tanpa wayar lebih praktikal).
  • Rupa depan baharu dengan lampu besar dan belakang digelapkan.
  • Rim 20 inci baharu (Technology Package dan ke atas).
  • Pilihan kerusi depan kulit Milano dengan fungsi 9 urutan (Advance Package, A-Spec dengan Advance Package).
  • 11 pembesar suara (+2) dan sistem audio 8 saluran.
  • 19 pembesar suara (+3 Advance Package dan A-Spec, +7 pada Technology) Bang & Olufsen (Technology Package dan ke atas).
  • Dalaman yang dipertingkat untuk suasana lebih senyap termasuk cermin but belakang berlamina dan penambahan penebat (Technology Package dan ke atas).
  • Sistem peringatan tali pinggang keledar belakang (standard).
  • Dua warna baharu; Canyon River Blue Metallic (kecuali A-Spec dan A-Spec dengan Advance Package) dan Urban Gray Pearl (A-Spec dengan Advance Package).

Ciri-ciri baharu MDX Type S dengan Advance Package 2025:

 

  • 31 pembesar suara (+6) Bang & Olufsen.
  • Fungsi AcuraWatch™ 360 baharu; Amaran Lintasan Trafik Depan, Mitigasi Pelanggaran Penukaran Lorong dan Bantuan Penukaran Lorong Aktif.
  • Kerusi depan rekaan baharu dengan sisi Ultrasuede dan logo Type S.
  • Rupa depan baharu.
  • Rim 21 inci baharu.
  • Warna baharu Urban Gray Pearl.

Acura MDX Type S 2025:

Acura MDX A-Spec 2025:

Acura MDX with Advance Package 2025:

Acura Acura MDX
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.