• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Z400 SE ABS (2019) Debut di Malaysia, Harga RM28,755

Kawasaki Z400 SE ABS (2019) Debut di Malaysia, Harga RM28,755

April 22, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI diramalkan kami dalam artikel terdahulu, benarlah Kawasaki Motor Malaysia akan melancarkan siri Z baharu untuk pasaran tempatan. Cuma apa yang mengejutkan, wakil pengedar itu memperkenalkan dua model siri Z serentak, Z250 dan Z400, bukan satu model seperti yang kami jangka sebelum ini. Wow!

Model diperkenalkan ialah Z400 SE ABS dengan frem trellis berkekuatan tinggi yang dikuasakan enjin 4-lejang 399cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair berkuasa 43hp @ 10,000rpm dan tork 38Nm @ 8,000rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan dan dipacu sistem pencucuhan suntikan bahan api (FI).

BACA >>> Kawasaki Dedah Foto Acah Bakal Lancar Model Baharu, Adakah Z250 (2019)?

Kawasaki Z400 SE ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_17
Kawasaki Z400 SE ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_15
Kawasaki Z400 SE ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_8
Kawasaki Z400 SE ABS (2019)
Kawasaki Z400 SE ABS (2019)

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 41mm di depan dan absorber pautan bawah @ bottom-link UniTrak dengan pengecas gas dan ciri prabeban boleh laras di belakang. Sistem brek depan dipadukan cakera petal tunggal semi-apung 310mm dan kaliper dual piston, manakala belakang belakang juga cakera petal tunggal 220mm dan kaliper dual-piston.

Tayar depan ialah 110/70-17 MC 54H, dan belakang 150/60-17 MC 66H, manakala kapasiti tangki menawarkan isian 14 liter dengan berat kerb 165kg. Tinggi pelana 785mm cukup sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang asalkan bukan zirafah atau memerang, manakala jarak tinggi tanah 145mm.

Berapa harga? KMM meletakkan nilai naked bike ini pada harga RM28,755 untuk pasaran Semenanjung Malaysia, tertakluk terma dan syarat.

BACA >>> Kod Nama Bocor, Streetfighter Kawasaki Z400, Z250 Baharu Bakal Lancar Tahun Depan?

GALERI
Kawasaki Z400 SE ABS (2019)
Kawasaki Z400 SE ABS (2019)
Kawasaki Z400 SE ABS (2019)
Kawasaki Z400 SE ABS (2019)
Kawasaki Z400 SE ABS (2019)

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Motor Malaysia (KMM), kawasaki z400, naked bike, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev