• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Z250 ABS (2019) Kini di Malaysia, Harga RM21,998!!!

Kawasaki Z250 ABS (2019) Kini di Malaysia, Harga RM21,998!!!

April 22, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Kawasaki Z250 ABS (2019)
INILAH masa dinanti-nantikan. Segmen dua roda dikejutkan dengan kehadiran model naked suku liter, Kawasaki Z250 ABS (2019) yang baru saja dilancarkan Kawasaki Motors Malaysia (KMM) tadi.

Sudah pasti kehadiran Z250 ABS (2019) bakal menggembirakan peminat dua roda tempatan, dan dijangka memberikan cabaran sengit buat Modenas Pulsar NS200 dan Yamaha R25.

HARGA

  • Kawasaki Z250 (2019) - RM21,998

Kawasaki Z250 ABS (2019)

ENJIN LEBIH BERKUASA

Berbanding versi terdahulu, Z250 ABS (2019) menampilkan enjin lebih berkuasa, baik kuasa atau tork. Dengan enjin 4-lejang bersesaran 249cc DOHC berkuasa  35hp @ 12.500rpm bersama tork 23Nm @ 10,500rpm.

Enjin baharu ini 5hp dan 2Nm lebih tinggi berbanding versi terdahulu. Begitu juga berat badan 5kg (165kg) lebih ringan berbanding model lama, manakala bahagian frem sportbike ini diilhamkan daripada model H2.

BACA >>> 4 Reviu Pantas: Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250

Kawasaki Z250 ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_17
Kawasaki Z250 ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_23
Kawasaki Z250 ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_26
Kawasaki Z250 ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_18
Kawasaki Z250 ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_13
Kawasaki Z250 ABS (2019) Malaysia_PanduLaju_19

LAMPU LED, METER Z650

Aspek rekaan, Z250 ABS (2019) kini lebih macho dan menarik. Ia hadir dengan rekaan lampu depan dan belakang LED.

Panel meter pula diambil daripada model Z650 yang tampil lebih menarik dan mudah dibaca. Bagaimanapun, kapasiti tangki bagi Z250 ABS (2019) lebih kecil, iaitu 14 liter sahaja. Sebagai perbandingan, model lama memilki tangki berkapasiti 17 liter.

Namun berita baik kepada bakal pemilik Z250 ABS (2019), model ini hanya menggunakan minyak pelincir 2 liter berbanding 2.4 liter untuk versi terdahulu.

Persoalannya, mampukah Z250 ABS (2019) mencabar Modenas Pulsar NS200 atau Yamaha R25? Adakah harga ditawarkan berjaya menarik perhatian peminat motosikal di Malaysia? Jangan lupa kongsikan pendapat anda  dalam ruangan komen di bawah ini.

BACA >>> Yamaha R25 Facelift (2019) Kini Di Pasaran, Harga RM19,998 - Sampai Kedai Berapa Pula?

GALERI
Kawasaki Z250 ABS (2019)
Kawasaki Z250 ABS (2019)

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin Kawasaki Z250 ABS (2019), HARGA Kawasaki Z250 ABS (2019), Kawasaki Z250 ABS (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev