NAZA Italia memperkenalkan Ferrari F8 Tributo ke pasaran tempatan yang juga bersempena ulang tahun ke-10 pengimport dan pengedar kenderaan Ferrari itu di Malaysia. Debut supercar di Asia Tenggara tersebut dijual pada harga RM1.068 juta (tidak termasuk duti, cukai).
Model pengganti Ferrari 488 GTB itu kali pertama ditayangkan kepada umum sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS), 5 Mac lalu. F8 Tributo itu menampilkan kemas kini pelbagai peringkat, termasuk enjin dan rekabentuk aerodinamik.
BACA >>> Alfa Romeo Tipo B: Kereta Lumba Enzo Ferrari Sebelum Asaskan Ferrari Akan Dilelong
ENJIN 3.9L V8
Bahagian belakang terletak enjin 3.9L V8 turbo berkuasa 710hp @ 8,000rpm dan tork 770Nm @ 3,250rpm dengan kemampuan pecutan 0-100kmj sepantas 2.9 saat dan kelajuan maksimum 340kmj. Dimensi badan ialah panjang 4,611mm, lebar 1,979mm dan tinggi 1,206mm.
Dengan berat badan 1,330kg (40kg kurang berbanding 488 GTB), F8 Tributo didatangkan dengan ciri terkini, Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+) untuk mengaktifkan posisi Race buat kali pertama dan diameter rekaan stereng lebih kecil untuk memudahkan pengendalian.
BACA >>> Geely Mahu Labur RM7.7 Bilion dalam Lotus, Mahu Cabar Porsche dan Ferrari
Bahagian luaran dipadankan lampu utama LED lebih kompak yang membolehkan ciri aerodinamik digabungkan dengan ambilan penyejukan brek baharu pada luar bampar. Ini bagi meningkatkan aliran udara keseluruhan gerbang roda.
Penyelesaian aerodinamik digabungkan pada bahagian badan kereta bagi mengoptimumkan kuasa enjin. Seperti 488 Pista, pakej aero F8 Tributo juga berevolusi secara langsung daripada trek. Ini termasuk mengadaptasi beberapa ciri 488 Pista se[erti kawalan panas enjin termasuk radiator depan, dan ambilan udara enjin dinamik yang diletakkan pada dua sisi spoiler dan bukan sisi belakang.
BACA >>> Enjin Ferrari V8 3.9L Turbo Rangkul Anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik 2018
Ruang kabin pula mengekalkan sentuhan klasik yang sinonim dengan Ferrari menerusi kokpit fokus pemandu. Bahagian papan pemuka, panel pintu dan lohong tengah diberikan rekaan baharu. Human Machine Interface (HMI) baru dengan reka letak tombol kawalan, ventilator penyaman udara dan skrin sentuh 7 inci penumpang memberikan ambien kabin lebih segar.
Leave a Reply