• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konvoi Malaysia-China: Proton X70 Redah 13,000km Tanpa Sebarang Masalah

Konvoi Malaysia-China: Proton X70 Redah 13,000km Tanpa Sebarang Masalah

April 18, 2019 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


PADA Februari lalu, sembilan Proton X70 memulakan perjalanan dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Shah Alam, Malaysia menuju China dengan jarak perjalanan sejauh 13,000km selama 33 hari sebelum menamatkan konvoi di Hangzhou, China.

Konvoi tersebut nyata membuktikan ketahanan dan kelasakan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton itu sepanjang meredah perjalanan jauh yang cukup mencabar. Ini kerana tiada satu pun daripada sembilan unit X70 mengalami masalah teknikal selepas merentasi empat negara, cuma melakukan servis penyenggaraan biasa seperti disarankan.

BACA >>> Konvoi Malaysia-China Proton X70 Tiba di Sempadan China, Apakah Terjadi Seterusnya?

KEMAMPUAN PRESTASI, RELIABILITI DIAKUI

Masing-masing peserta mengakui kehebatan prestasi dan realibiliti enjin 1.8L pengecas turbo X70 dalam menempuh pelbagai cabaran rupa bumi sepanjang konvoi berkenaan. Semestinya kredit patut diberikan kepada pasukan jurutera dan pereka Proton menerusi kawalan kualiti, dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama Geely dalam menghasilkan SUV pemanduan kanan (RHD) yang bukan saja mesra jalan raya di Malaysia, tetapi juga sesuai dengan pelbagai kondisi jalan di Asia.

BACA >>> Baru 3 Bulan, Proton X70 Terima Lebih 20,000 Tempahan

Katakan apa saja, tetapi fakta yang perlu diakui, selain aksi di trek lumba, kembara ribuan kilometer juga dianggap pencapaian yang sentiasa jadi penanda aras banyak pengeluar automotif dalam usaha membuktikan ketahanan model kenderaan masing-masing.

GALERI
konvoi-proton-x70-malaysia-china-1
konvoi-proton-x70-malaysia-china-2
konvoi-proton-x70-malaysia-china-3
konvoi-proton-x70-malaysia-china-4
konvoi-proton-x70-malaysia-china-5
konvoi-proton-x70-malaysia-china-6
konvoi-proton-x70-malaysia-china-7
konvoi-proton-x70-malaysia-china-8
konvoi-proton-x70-malaysia-china-9
konvoi-proton-x70-malaysia-china-10
konvoi-proton-x70-malaysia-china-11
konvoi-proton-x70-malaysia-china-12
konvoi-proton-x70-malaysia-china-13
konvoi-proton-x70-malaysia-china-14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Geely, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), konvoi, Konvoi Proton X70 Malaysia-China, Proton, Proton X70, SUV

Comments

  1. Gabriel says

    February 22, 2022 at 12:35 PM

    Berapa liter petrol digunakan sepanjang perjalanan 13k kilometer? Mohon penjelasan tq..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev