• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Promosi Raya Mitsubishi Kembali! Beli Outlander Baharu, Dapat Rebat Tunai Hingga RM4k!

Promosi Raya Mitsubishi Kembali! Beli Outlander Baharu, Dapat Rebat Tunai Hingga RM4k!

April 18, 2019 By Han Othman Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH masanya balik kampung beraya dengan kereta baharu! Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku wakil pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menawarkan promosi menarik sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini , bermula hari ini hingga 31 Mei nanti!

Mana-mana pelanggan yang membuat tempahan  dan mendaftarkan Mitsubishi Outlander 2.0L (RM137,888) atau 2.4L (RM152,888) baharu berpeluang menikmati rebat tunai hingga RM4,000!

Outlander ialah antara model Mitsubishi paling lengkap, yang dipakejkan dengan ciri keselamatan seperti 7 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Traksi dan Stabiliti Aktif (ASTC), Bantuan Daki Bukit (HSA) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX sebagai standard.

Ciri keselamatan menarik lain disertakan alah Pengingat Rehat (Rest Reminder) yang berfungsi mengingatkan pemandu supaya berhenti berehat apabila keletihan.

ASX, TRITON PUN ADA REBAT TUNAI!

Selain Outlander, MMM turut menawarkan rebat tunai hingga RM4,000 untuk kenderaan utiliti sukan kompak, ASX 4WD (RM133,336) dan ASX 2WD (RM118,866). Setiap pembelian Outlander atau ASX akan dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Begitu juga trak pikap, Triton Adventure X turut termasuk dalam promosi Raya Mitsubishi Motors dengan rebat tunai hingga RM6,000, terdiri daripada varian seperti berikut:

  • Triton VGT Adventure X - RM135,200 (rebat RM6,000)
  • Triton VGT AT Premium - RM118,600 (rebat RM2,000)
  • Triton VGT AT - RM105,990 (rebat RM2,000)
  • Triton VGT MT Premium - RM112,500 (rebat RM4,000)
  • Triton VGT MT - RM100,200 (rebat RM4,000)

Semua varian Triton di atas diberikan waranti lima tahun atau perbatuan 200,000km

SERVIS RAYA DAN DAPAT HADIAH MENARIK

Bermula 2 Mei hingga 1 Jun ini, pelanggan MMM yang melakukan servis kenderaan mereka di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi layak mendapat hadiah Raya eksklusif seperti di bawah:

  • RM300-RM499 - 1 unit perawat minyak enjin.
  • RM500 - 1 unit bekas kuih raya Mitsubishi Motors eksklusif, diskaun 10 peratus untuk caj buruh.
  • RM1,000 - 1 unit bekas kuih raya Mitsubishi Motors eksklusif, e-Baucar RM38, diskaun 10 peratus untuk caj buruh, tambahan diskaun 5 peratus untuk harga alat ganti.

Pelanggan juga boleh mendapat tambahan e-Baucar RM20 (sah hingga servis berikutnya) apabila melakukan servis kenderaan Mitsubishi mereka, dan merekomenkan seorang kawan untuk memandu uji kereta Mitsubishi sepanjang bulan kempen servis Hari Raya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai promosi boleh layari: mitsubishi-motors.com.my

* Harga dinyatakan ialah atas jalan tanpan insurans (tetapi termasuk SST 10 peratus) untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia. Tidak terpakai untuk kawasan bebas cukai.
*  Promosi Raya sah hingga 31 Mei 2019 sahaja selagi stok masih ada.
* Tertakluk terma dan syarat

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Outlander, promosi raya, Promosi Raya Mitsubishi Motors 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev